RSS

Bicara Tentang Ikhlas

12 Jul

Sang isteri memandang suaminya lalu bertanya kepada sang suami ” Abang dapat elaun ke jadi imam dan bilal masa terawih dan khatib masa solat jumaat?” Sang suami memandang wajah isterinya sambil tersenyum. Lantas dia menjawab : ” IKHLAS sayangku.. abang akan dapat elaun lagi besar daripada Allah.Lagipun, abg anggap ni adalah latihan dan medan praktikal ilmu-ilmu yang abg belajar selama ni. Syg tak suka?” Isteri membalas dengan senyuman paling manis “Alhamdulillah suka, setiap bicara abg tarbiyyah untuk sayang.”

IKHLAS DALAM BERAMAL IBADAH

Firman Allah s.w.t :
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik” (s. Al-Hajj: 37)

Menurut Ibn Atthiyyah dalam Muharrar dan Ibnul Jawzi dalam Zad al- Masir, menurut Ibnu Abbas bahawa ayat ini diturunkan kerana kecenderungan sesetengah kaum muslimin yang mengikuti amalan kaum musyrikin yang menghadapkan binatang sembelihan mereka ke arah Kaabah sambil merenjiskan darah yang melimpah dari smbelihan itu ke dinding Kaabah untuk menunjukkan keikhlasan mereka dalam beramal. Maka Allah menurunkan ayat ini untuk menegur perbuatan mereka dan menyatakan bahawa Allah s.w.t tidak mengkehendaki kepada darah dan daging tersebut melainkan ketaqwaan hanya ketaqwaan mereka sahaja.

Ayat ini walaupun fokus kepada ibadah korban tetapi ia juga berkaitan dengan pelaksanaan ibadah yang lain.

HAKIKAT IKHLAS

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al Bayyinah ayat 5 :
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”

Ikhlas ertinya murni.. Keikhlasan dalam melakukan sesuatu amalan adalah perkara asas yang diperintahkan oleh Allah untuk disampaikan kepada umat Islam seluruhnya. Ikhlas in tempatnya di hati dan hanya individu itu yang mengetahui samaada dia ikhlas atau tidak dengan sesuatu amalannya. Segelas air dikatakan al maa’ul khalish ketika tiada setitis warna apa pun dicampurkan ke dalamnya. Maka seorang hamba dikatakan mukhlis apabila seluruh hidupnya murni untuk Allah s.w.t yakni tidak dicampuri dengan dengan kepentingan lain dalam amalan perbuatannya. IKHLAS ialah ketaatan secara menyeluruh kepada Allah dalam segala perbuatan. Lawan kepada ikhlas ialah SYIRIK menurut Imam Al- Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah .s.w.t bersifat cemburu. Allah bersifat cemburu apabila hambaNya melakukan syirik terhadapNya. Diriwayatkan dalam satu kisah peperangan yang diberi nama Zatur Riqa’ terdapat para sahabat seramai 6 orang  bergilir-gilir menaiki unta dalam peperangan itu. Salah seorang menceritakan pengalaman mereka lalu timbul rasa kekesalan dalam hatinya lantas mengubah topik perbualan kerana takut timbul riya’ atau ujub dengan diri sendiri. Dia risau darjat keikhlasannya dicacatkan dengan pujian rakan-rakannya. Nama peperangan itu sempena keadaan mereka terpaksa membalut kaki masing-masing dengan kain kerana musim panas yang teruk sangat sehinggakan kaki mereka sakit. Begitulah penghayatan para sahabat terhadap keikhlasan dalam hidup mereka.

Namun perlu diingat, bukan semua perkara atau amalan yang dilakukan jika ikhlas akan diterima Allah. Para ulama’ menegaskan syarat kedua diterimanya amalan ialah amalan itu sendiri perlu selari dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Ini bermakna sehebat mana pun amalan andai tidak ikhlas maka amalannya tertolak dan andai seikhlas mana pun ia beramal tetapi amalannya tidak selari dengan perintah Allah dan sunnah Nabi s.a.w maka amalannya juga tidak diterima..Wallahu a’lam

Rujukan :

– Al Quran Karim
– Ihya Ulumiddin (IKHLAS)
– Majalah Al-Ustaz (2)

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 12, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: