RSS

Bagaimana Sirah Mengajar kita..

26 Jul

Saya menulis tentang pengorbanan bukanlah bermakna saya yang paling baik dalam berkorban..
Saya berbicara tentang perjuangan bukanlah bermakna saya yang paling kuat dalam berjuang..
Saya menggambarkan tentang kesabaran bukanlah bermakna saya yang paling teguh dalam bersabar..

Hakikatnya ianya hanya perbincangan sekitar  sejauh mana kita berkorban,berjuang dan bersabar. Menghayati erti ketiga-tiga ramuan hidup ini. Resam hidup orang yang berjuang perlu ada yang dikorbankan, perlu ada yang membuatkan kita sabar.

Hidup sebagai seorang yang miskin, mereka berjuang untuk mendapatkan rezeki, berkorban diri mengerah tenaga dan mereka perlu sabar untuk kelansungan hidup. Walau mereka menarik nafas kepayahan, jasad dan hati terus teguh memenuhi keperluan diri. Maka beruntunglah bagi mereka yang bersyukur.

Hidup sebagai seorang yang yang kaya, mereka berjuang menambah kekayaan, berkorban keluarga dan masa yang berharga dan mereka perlu sabar menghadapi masalah runtuhnya keluarga yang dibina. Walau mereka menarik nafas kelegaan, jasad dan hati mereka lelah memenuhi kepuasan diri. Maka rugilah bagi mereka yang tamak terhadap dunianya.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”   [14:7]

Perjuangan, pengobanan dan kesabaran menjadi suatu yang sia-sia andai wasilah untuk mengalirkan ketiga-tiga elemen hidup ini adalah untuk keduniaan. Oleh itu, semua orang memiliki perjuangan, pengorbanan malahan kesabaran tetapi tak semua perjuangan, pengorbanan dan kesabaran yang benar dijalaNya dimiliki oleh semua manusia. ^_^

Ada yang berjuang.. ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai ianya perjuangan menegakkan kebatilan yang nyata sepertimana tentera salib yang berjuang menentang Islam.
Ada yang berkorban.. ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai ianya pengorbanan untuk suatu yang tiada nilai di sisi Allah sepertimana pengorbanan Romeo dan Juliet.
Ada yang bersabar..ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai kesabaran dalam melakukan maksiat sepertimana sabar menanti pasangan datang lambat untuk temu janji tepi pantai..^_^

Saya cuba memahami dan menghayati bagaimana pengorbanan, perjuangan serta kesabaran saya pula? Adakah lebih kepada suatu yang sia-sia atau suatu yang bernilai di sisi Allah.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”   [49:15]

Saya teringin nak merealisasikan perjuangan saya sepertimana ayat itu, bahkan bukan untuk saya sahaja tetapi untuk sahabat-sahabt lain juga..Biarlah saya belajar dan berusaha untuk menyalurkan elemen pengorbanan dan kesabaran saya dalam jalan seperti ini yakni sebagaimana Firman Allah s.w.t :

“(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan” [3:134]

Namun saya memahami bahawa ianya suatu yang sangat sukar untuk dibentuk dalam diri dan juga sahabat lain melainkan terus berusaha membentuk acuannya.

Saya melihat keadaan perjuangan menegakkan kepimpinan Islam di Malaysia. Sangat variasi mungkin juga boleh menjadi satu hiburan bagi yang bersikap ‘silent reader’. Lihat sahaja Facebook, medan luahan semangat-semangat anak muda. Mereka sangat bersemangat dalam perjuangan terutamanya dalam demonstrasi tetapi bagaimana dengan pengisian pengobanan? Tidak dinafikan perjuangan memerlukan semangat.. dan saya sangat menghargai semngat perjuangan sahabat-sahabat saya walaupun hanya sekadar di facebook dan semangat [ada demo sahaja ^_^. Mereka tetap juga ada kpentingan dan peranan dalam perjuangan.

Rasulullah s.a.w banyak mengajar kita tentang 3 elemen ini dalam setiap langkah baginda sebagai seorang utusan Allah. Senyuman baginda sahaja boleh dijadikan contoh, inikan pula bicara, perbuatan dan perjuangannya. Allah juga mencatatkan semula kisah para nabi sebelum baginda dalam kalam Allah. Bukan untuk dikhabarkan bagi mengindahkan Al-Quran tetapi sebagai ibrah dalam hidup. Nabi mana yang tidak sabar? Nabi mana yang tidak berkorban? Nabi mana juga yang tidak berjuang??! Hakikatnya mereka semua adalah pejuang, berkorban dan penyabar.. Kita?? Pengecut, kedekut dan pemarah.. Allah.. jauh sekali kita daripada nabi-nabi yang diutuskan sebagai contoh untuk kita.

Melihat sisi hidup Nabi Ibrahim A.s yang sabar menunggu hadirnya cahaya mata. Kesabarannya harus dicontohi oleh pasangan yang masih belum mendapatkan cahaya mata. Lalu kesabarannya bukan diganti dengan seorang anak tetapi dua orang anak daripada dua orang isteri yang disayangi. Kesinambungan kesabaran Nabi Ibrahim mengalir dalam diri isterinya siti Hajar dana anaknya Ismail ketika mereka ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang gersang.. Bukankah Allah ingin mengajar kita SABAR. Buat muslimah bergelar isteri, hati perlu mantap dengan sabar. Bukan selamanya hidup bersama dengan seorang insan bernama suami, satu saat dan ketika perjuangan hidup kita akan dilalui tanpa seorang imam yang memimpin maka saat itu kitalah imam.. tidak mahu kah kamu menjadi imam sekuat siti Hajar?? Mungkin ada yang berfikir, saat menjadi isteri itu lama lagi dan gelaran janda mustahil menjadi title kita tapi siapa kita untuk menetapkannya.. Right??

Bagaimana pula Allah s.w.t aturkan kisah hidup semantap Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mentarbiyah kita?? Seorang anak muda yang bercita-cita tinggi dalam merealisasikan hadis nabi s.a.w bahawa Konstantinopel akan ditawan oleh pemimpin yang baik yang memilki tentera yang baik dan rakyat yang baik juga. Dia berusaha untuk menjadikan kepimpinannya adalah kepimpinan yang disebut-sebut dalam hadis tersebut.Kita pula? remaja kita bagaimana semangatnya dalam merealisasikan dan membuktikan kebenaran hadis Rasulullah s.a.w??!

Nabi s.w.a ditanya apakah amalan paling baik? baginda bersabda : “Solat di awal waktu”

Lihat hadis di atas, bagaimana kita meraihkan hadis ini? atau hanya memandang sepi tentangnya..Mana semangat kita dalam meraihkan hadis-hadis nabi. Kekadang kita mantap berhujah dengannya tetapi mengamalkannya? Tiadakah dalam kalangan kita atau kita sendiri yang meminjam semangat dan kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh.Perjuangannya yang bersungguh, kesabaran menjadikan tentera dan rakyatnya adalah yang terbaik dan pengorbanannya dalam merealisasikan hadis tersebut.

Pandang pada sisi hidup Rabiatul Adawiyah.. Sesungguhnya tanpa cinta dari manusia, dia mampu menjadi sebaik-baik hamba Allah di dunia. Dia tidak perlukan seorang lelaki yang soleh dan bertaqwa untuk membentuk ketaqwaannya kepada Allah tetapi dia mampu menempah nama di langit yang tinggi melakar wangian cinta di dunia. Jangan kita menjadi muslimah yang meletakkan syarat mencapai soleha dengan kehadiran kaum adam yang soleh. Si solehah mampu hadir tanpa si soleh!! Rabiatul mengajar kita erti berkorban nikmat hidup untuk mencapai nikmat yang hakiki. Siapa yang tidak inginkan cinta lelaki soleh bukan? tetapi untuk CINTA Tuhan yang hakiki, Imam Hassan al Basri turut mengkagumi cintanya pada Ilahi.

Hakikatnya Allah tidak mendidik kita hanya melalui ujian tetapi juga melalui kisah hidup insan lain. Banyak lagi sirah yang mengajar erti hidup kepada kita tetapi hanya kita yang menutup sebelah mata memandang sirah hanya sebagai lembaran sejarah yang hanya akan dibuka tatkala kuliah. Dimana hati kita saat menatapnya???

Sirah adalah kehidupan yang terus bernafas dalam diri kita.Sehingga hari ini, hati masih merasa teruja.. sirah Nabi suatu yang sangat2 amazing.. knapa tidak? Hatta tidak berlaku kepada kita tetapi boleh ia hidup dalam kehidupan kita.. Natijahnya, kita bljar erti sabar, qanaah, taqarrub, PENGORBANAN dan paling besar adalah PERJUANGAN DAN DAKWAH.. ♥ Andai mampu untuk dilafazkan, ya saya sangat rindu pada mereka.. Sirah 25 Rasul, hadam dengan hati yg sarat pnghayatan! bukan untuk melahirkan seorang nabi, itu sangat mustahil ! tetapi ingin mlhirkan insan yg memilki jiwa mncontohi nabi.. ♥

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on July 26, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

Leave a comment