RSS

Monthly Archives: August 2012

Memandang diriku..

Kesedihan kadangkala menjadi peneman diriku. Tidak kiralah apa yang menyebabkan aku berada dalam perasaan itu, samada kerana orang lain atau diriku sendiri. Aku tidak meminta tawa berpanjangan kerana aku takut lupa bahawa hidup ini juga punya kecewa, sedih dan sebagainya.

Aku memandang diriku.. aku tidak mampu menghalang orang lain untuk membuatku rasa sedih tetapi aku cuma mampu belajar untuk membina peribadi yang mampu tersenyum tatkala berhadapan dengan sesuatu yang menyedihkan dan membuatkan aku terduduk memandang langit biru mendamba pertolongan Ilahi. Kerana aku sangat tahu segalanya datang daripada Dia..

Aku memandang diriku.. bertanya tentang kesedihan hatiku yang orang lain pasti tidak mengerti kenapa aku memiliki awan mendung itu. Aku tidak mampu berkongsi tentangnya dengan mereka melainkan aku mencari sumber yang memberi kesedihan itu. Perkongsian itu suatu yang menyenangkan tetapi biarlah kepada yang berhak untuk dikongsi. Maka aku memilih Allah yang memahami diriku lebih baik dari diriku sendiri.

Aku memandang diriku.. aku lebih banyak memikirkan tentang keselesaan orang lain pabila bersamaku namun orang lain tak pernah ingin faham apa yang ingin aku sampaikan. Mungkin aku memandang ianya baik tapi sangat sukar diterima oleh orang lain. Maka aku belajar untuk tidak memaksa dan redha menerima segala perspektif mereka terhadap segala pendapat dan rasa hati ku. Pendapatku mungkin tidak sehebat penerimaan hati mereka namun aku cuba untuk terus berdiri bersama mereka.

Hakikatnya saat aku memandang diri, aku memandang sebuah jasad yang sangat kerdil antara lainnya. Betapa aku tidaklah sehebat dan segagah mana jika dibandingkan dengan mereka yang lain. Aku hanya insan yang menumpang dalam kitaran hidup mereka, pelengkap warna ceria memori mereka. Yang hanya mampu berbisik, ” aku gembira melihat kegembiraan kamu”. Dalam airmata aku meminta pada Yang Maha Kuat untuk terus diberi kekuatan dalam memberi sebanyak-banyaknya untuk orang lain. Hatta aku tahu pasti aku tidak akan memiliki pemberian yang setimpal dengan apa yang aku hulurkan..

Diriku..hatiku.. telah lali untuk merasa segala salah tanggapan mereka terhadap diriku. Kerana dalam aku memandang diri aku berharap Allah memandangku..

Ya aku sangat bersedih.. sedih dalam diam. Mereka tidak tahu dan berharap mereka tidak akan tahu. Andai ada yang mengakhiri atas kesedihan dan pendiriannku, maka aku mohon bersedia untuk bangkit daripada noktah itu. Selagi aku mampu senyum, aku tetap begini di hadapan mereka..
aku tetap tersenyum untuk kamu

P/s : Tidak pernah mnyalahkan orang lain atas kesedihan hati..

 
Leave a comment

Posted by on August 31, 2012 in BICARA HATI

 

Gadget Baru, Duit baru, Baju Baru, Iman mesti lagi Baru

Walaupun bukan amalan Islam tetapi budaya memberi duit raya yang ‘dipinjam’ daripada budaya orang cina sangat-sangatlah mengembirakan hati tangan yang dibawah.. tangan yang di atas memang da ‘bajet’ nak bagi berapa dan siapa setiap kali raya menjelma. Seronookk…terutamanya bagi yang dah tahu menghargai duit yakni membelanjakannya untuk kepuasan dan keperluan diri. Macam kita kan?? hehe. Maka adalah yang berjaya kumpul beratus-ratus daripada saudara mara. Selagi tidak berkahwin, tangan still berada di bawah. Yang dah berkahwin minta dengan suami la plak kan.. ^_^ Gedebuk RM200 sekali hulur. Nafkah katakan.

“Hari ni lebih sikit abang bagi.. sempena raya bersama isteri” Gembira hati si isteri tapi hakikatnya belanja untuk dua orang juga.Hehe

Kalau tangan da berbau duit baru dan poket da mula mengembang, maka otak da ligat merancang nak beli apa lepas tu. Maka muncullah fenomena gadget baru. Handphone baru..touch-touch da.. ^_^ Jam baru.. berkilat-kilat..Rolex..hehe.. Ada juga yang beli kamera paling latest.Fuh… apalagi banyak la gambar ke ‘snap’ sana sini. Semuanya menjadi baru. Seronok rasa hati, boleh tunjuk kat orang. Ops! Tak baik menunjuk tau.. Allah tak suka orang yang bangga dan suka menunjuk-nunjuk ni..

Semua tampak baru.. duit raya yang dihulur pun semua baru lagi. Latest daripada bank negara. Bau bank pun ada lagi. (tahu ker bank bau mcm na?hehe)

Hakikatnya bukan nak berceloteh soal benda-benda baru ni semata-mata tetapi nak mengajak sahabat-sahabat untuk memperbaharui sesuatu yang lebih berharga daripada segala isi dunia.. Lebih hebat dari handphone dan duit baru tu.. bling..bling… apa yang lebih hebat tu? Rasa nak beli la…

Ops!! Maaf.. benda ni bukan boleh dijual beli.. ^_^ apa ya….

Of coz la IMAN.. mcm na iman selepas ramdahan? Baru tak??? ^_^

Minah : Boleh laa… baik sikit
Joyah : Ntahlah..aku rasa biasa2 jer
Melah : Alhamdulillah, sekurang2nya aku da makin rajin beribadat.
Zenab : Aku sama jer masa sebelum ramadhan tu. Tapi ok la sepanjang ramadhan aku ‘off’ overnight. Lepas
puasa baru aku buat lagi..

Alahai.. beraneka ragam jawapan yang diterima.. Cuba kita ambil masa seminit untuk muhasabah diri sebentar. Bagaiman iman dan amalan kita selepas ramadhan.. ataupun iman kita saat ini?! Kalau kita mengukur dengan menggunakan paras, di mana kedudukan iman kita, menaik atau menurun.. tinggi atau rendah..Jangan sampai tak ada iman lansung. Bahaya!!!

Hakikatnya dalam hidup ni, bukan sekadar berusaha memperbaharui harta semata-mata tetapi memperbaharui iman dalam hati. Andai hidup sekadar membesarkan dan memenuhkan rumah dengan perabot tetapi hati dan iman dibiar kosong dan tiada upgrading maka kepuasan itu tetap kosong dan sementara. Itulah ramai yang berharta tetapi mati dalam keadaan miskin di hadapan Allah. Biar kita jadi orang yang berharta di dunia dan kaya diakhirat..

Ramadhan sepatutnya menjadi medan untuk membina hati yang kuat dan iman yang kukuh. Tetapi malangnya Ramadhan dibiar berlalu sepi tanpa usaha yang mengasak hati dan iman untuk menjadi lebih baik atau naik pangkat.. Ingat polis dan tentera sahaja yang perlu melalui proses tekanan dan latihan untuk memperolehi pangkat yang tinggi dan gaji yang besar? Iman juga begitu.. Maka perbaharui iman kita dengan amalan-amalan rohani samaada secara rela atau paksarela..^_^

Memperbaharui iman bukanlah dengan membeli iman yang baru atau membuang iman yang sedia ada dan menggantikan iman yang baru sepertimana apabila kita ingin menukar gadget dan barang-barang baru. Carilah iman di mana2 kedai dan pasar pun, kamu tidak akan menemuinya kecuali dengan beberapa perkara iaitu dengan menambah ilmu dan amal solehnya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Perbaharuilah iman kamu, baginda ditanya: “bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami, beliau menjawab: “perbanyaklah mengucapkan kalimat laa Ilaha Illallah.” (Riwayat Ahmad : 8944 dan Al Hakim: 7766)

Memiliki iman yang baru sangat penting. Sangat-sangat penting!! Bukan sekadar gadget baru! ^-^

Imam al-Ghazali pernah berkata, bahawa hati (qalbu) itu ibarat cermin. Ketika seseorang melakukan dosa/maksiat, maka ada satu titik hitam menodai qalbunya. Semakin banyak dosa, semakin banyak titik itu menutupi qalbunya. Jika sudah tertutup dengan banyak titik hitam, qalbu yang ibarat cermin itu tidak mampu lagi digunakan untuk bercermin; dengan demikian, kepekaan spiritual yang biasa dilakukannya, akan lenyap daripada dirinya.

Amat penting untuk kita memperbaharui iman dengan membersihkan hati daripada perkara-perkara maksiat atau yang menggelapkan hati.

Kenapa perlu perbaharui iman?

Ini kerana setiap daripada kita bukan maksum, sering melakukan kesalahan sama ada yang disedari ataupun tidak, dan kita juga tidak mengetahui kemungkinan semasa remaja dahulu, kita pernah bersalahan dengan kedua-dua ibu bapa dan tidak sempat memohon kemaafan daripada mereka. Namun memperbaharui iman ni bukan sekadar selepas ramadhan tetapi setiap hari dan setiap masa.

Justeru Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan suatu dosa terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka usahakan telah menutup hati mereka.”(Surah al- Mutaffifin ayat 14). (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Memperbaharui iman bukan sekali sekala dan menunggu masa yang lama seperti mana kita menukar barang-barang kita yang lama tetapi perlu untuk setiap masa kerana dalam sehari kita tak lari daripada melakukan kesilapan dan dosa.. JOM PERBAHARUI IMAN KITA!

Wallahualam.. ^_^

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2012 in BICARA HATI

 

The Flash Solat

Sungguh! Saya melihat The Flash solat… bukan seorang tetapi lebih daripada itu. Dengan pantas mereka mampu melaksanakan solat kurang daripada 3 minit. Tetapi malangnya saya sedikit pun tidak teruja apatah lagi kagum melihatnya..

Fenomena umat Islam sekarang terutamnya para remaja muslim yang solat ibarat ayam mematuk jagung.. lagaknya lebih hebat dari watak komik The Flash. Pergerakan sangat cepat, cepat nak menghabiskan 4 rakaat dalam masa kurang dari 3 minit.. Alahai dikejar sapa tu dik?? Saya yang melihat pun terasa nak tercungap2..

Mana perginya penghayatan dan ketenangan dalam berhadapan dengan Allah? Cuba lihat adat istiadat menghadap Sultan dan Raja. Semua diadakan dalam keadaan yang tenang, tertib dan teratur. Melangkah 10 tapak ke hadapan pada kebiasaan hanya memakan masa tak sampai seminit dua bertukar menjadi 5 minit apabila berada di hadapan sultan.. Sebab apa? Rasa hormat dan taat kepada sultan. Dan kita? mana nilai hormat dan ketaatan di hadapan Allah apabila sujud, rukuk, tomakninah tidak sempurna dilakukan..

Wahai sahabat…

Solat itu sumber ketenangan. Maka mampukah kita memilki ketenangan itu seandainya kita sendiri tidak bersedia untuk tenang dalam solat. Lihat sahaja The Flash, adabnya hilang dek kecepatan dan ketangkasannya.. walaupun hanya watak komik yang tidak hidup pada realitinya tetapi nilainya hidup pada mata yang memandang dengan hati.

Tidak salah dan sukar andai kita melaksanakan solat dengan penuh tawadhuk dan sopan dihadapan Allah.. menghayati dan memahami setiap wirid dan doa dalam solat. Andai kita mampu berjam2 duduk dihadapan laptop tanpa berganjak sedikit pun, kenapa kita tidak mampu untuk meluangkan 20, 30 minit menghadap Allah s.w.t. Menghayati setiap seni pergerakan solat itu. Janganlah terlalu cepat untuk rukuk dan sujud. Sehinggakan ada yang saya lihat rukun solatnya tidak sempurna..Kebanyakannya tidak berhenti sekejap dalam kadar bacaan “subhanallah” setelah bangkit dari rukuk dan sebelum sujud. Malangnya.. berdoa dengan ala kadar, doa dalam duduk antara dua sujud tidak dibaca dan dihayati..walaupun sunat tetapi doa itu sangat penting.. bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri.. Kalau dengan diri sendiri pun kita kedekut untuk menyandarkan doa apatah lagi untuk mendoakan umat Islam yang lain… Tepuk akal, tanya iman..

Apapun, apa yang ingin saya sampaikan ialah TIDAK PERLU gopoh dalam solat.. ISLAM tak memerlukan The Flash versi ini.. Kalau nak juga jadi The Flash, manfaatkan kelajuan dalam gerak kerja dakwah dan perjuangan.Tetapi jangan sampai hilang kualitinya…

 

Wallahualam… ^_^ Sesungguhnya segala ilmu yang ada milik Allah s.w.t

 
Leave a comment

Posted by on August 29, 2012 in USRAH

 

Siapa saya selepas RAMADHAN?

Alhamdulillah.. Ramadhan telah berlalu pergi dan Syawal pula yang menjengah dan menyapa seluruh umat Islam yang telah sebulan berjuang untuk menahan diri daripada makan dan minum serta segala sesuatu yg telah ditegah oleh Allah s.w.t. Walaupun sedih ditinggalkan Ramadhan tetapi kita harus tetap bersyukur kerana Syawal juga ada keberkatannya sendiri walaupun tak setanding dengan Ramadhan Al-Mubarak..

Berbicara tentang Ramadhan, pastinya semua sedia maklum maksud, rukun dan kesan2 berpuasa serta hikmah disebalik ramadhan. Dan saya juga tidaklah bercadang untuk menulis tentangnya. Namun apa yang saya ingin utarakan ialah SIAPA KITA SELEPAS RAMADHAN?

Jom tanya diri…
Hakikatnya ramai yg menarik nafas lega kerana Ramadhan telah berlalu tetapi bagi yg menghayati kedatangan ramadhan pastinya pilu ditinggalkan oleh bulan yang penuh barakah itu.

TERUSKAN TARBIYAH RAMADHAN

Ya..hakikatnya tarbiyah Ramadhan tidak berhenti begitu sahaja.. Amalan2 yang kita lakukan ketika bulan ramadhan itu wajar untuk diteruskan dan ISTIQAMAH dengannya.. Kita tak rugi pun melakukannya. Melalui sikap inilah kita akan dapat melihat diri kita selepas Ramadhan bagaimana?

Bertambah baik atau bertambah buruk? atau kah hanya bersifat statik..
Jika kita memandang dengan perkiraan yang logik, hakikatnya Ramadhan pasti menjadikan kita lebih baik kan? Namun ada syaratnya. Yakni kita akan baik andai penghayatan dan pengisian ramadhan kita yang sebulan itu baik..andai tidak dimanfaatkan ruang dan peluang yang ada maka mungkin kita tetap dengan sikap buruk kita yg susah untuk dikikis.

Oleh itu, jom muhasabah diri..nilai siapa kita selepas ramadhan..andai bertambah baik alhmdulillah tetapi andai bertmbah buruk jangan berputus asa.. hakikatnya taubat bermula daripada rasa sedar. Hadirkan kesedaran atas penyesalan dan mulakan langkah perubahan.. payah tetapi tak pernah mustahil bagi orang2 yang beriman.. ^_^

Jadikan Syawal sebaik dan lebih baik dari Ramadhan walaupun keberkatan di bulan Syawal tak setanding dengan Bulan ramadhan.. Insyaallah..

-JOM SAMA-SAMA JADI BIDADARI DUNIA-
-AGAR BIDADARI SYURGA CEMBURU PADAMU-
^_^

 
Leave a comment

Posted by on August 27, 2012 in USRAH

 

Puasa Ganti, Syawal & Ziarah

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-‘Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Oktober 2006

(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)

TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

p/s : khas buat sahabiah2 dan adik2ku sayang… -mmbaca untuk mnerangkan akal dan hati-

 
Leave a comment

Posted by on August 26, 2012 in USRAH