RSS

Monthly Archives: September 2012

Bila dijentik rasa marah

Mohon perlindungan daripada segala rasa yang menyesakkan dada.. sejahterakan hati, biar sentiasa aman dalam iman. Tetapi dalam sehari pasti ada yang membuatkan hati rasa sesak..Jika bukan kerana sikap manusia lain pasti sikap sendiri. Betul tak? ^_^

Tetapi apa pun terpulang pada diri kita bagaimana untuk mengatasi semua unsur negatif itu. Kebijaksanaan kita tidak dinilai daripada sebanyak mana kita menghafal sebuah buku atau berbuku-buku (^_^) tetapi sejauh mana kita mampu meletakkan diri kita berkondisi selesa dalam zon masalah..

Hari ini, tersentap seketika dengan kata-kata si “bijak pandai”.. menghukum tanpa selidik dan lebih memandang kesan jangka pendek berbanding memilih pelaburan untuk jangka panjang. Alhamdulillah hanya “seketika” unsur negatif itu memanaskan hati kemudian segera disejukkan dengan perkongsian dengan sahabat-sahabat. “TIDAK PERLU MARAH PADA SESUATU YANG TAK PERLU” dan saya tambah ayat itu dengan perkataan “TAK PENTING!!”

Saya mula tersenyum. Sedikit sebanyak saya mula mengawal kemarahan. Jika sebelumnya saya pasti akan menjadi bak singa sedang tidur yang dikejutkan bunyi bising, pasti tunjukkan taring.. Alhamdulillah sikap “cepat melenting bila diusik” berjaya saya jinakkan hari ini. Tersenyum dan tersenyum… Segera saya teringat  pada lagu “Ya Badratim”. Bibir saya mengalunkannya lantas cuba menghalang unsur negatif itu terus melekat pada hati.

” orang kuat bukanlah orang yang mampu memukul lawannya. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu mengekang hawa nafsunya ketika sedang marah ” .

(HR Bukhari dan Muslim)

Thumbs up buat adik @Fadrul Azim kerana post hadis ni dalam komen kat wall saya.. ^_^

Marah adalah api yang ada dalam jasad anak adam.. kemarahan itu datangnya daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api.. cara nak padam ialah dengan air wudhuk.. uhh…sejuuukkkkk ^_^.. Dinasihatkan juga pada yang marah untuk mengubah posisi bila marah ibaratnya bila marah ketika duduk, berdirilah untuk mengurang rasa marah tu.. Tetapi habit saya ialah sukar nak pandang orang yang buat saya marah. Saya akui habit ni tak baik tetapi nak ubah tu tak mampu dalam sekelip mata.. saya memilih untuk tidak memandang berbanding membiarkan hati bersarang dengan hasad dan rasa marah. Allahu Rabbi.. saya sangat lemah dalam bab ni..sebab saya takut memandang dengan penuh benci. Mata saya saja cukup mengambarkan apa yang saya rasa terhadap seseorang itu. Mata saya juga mengambarkan ketegasan saya. Tetapi tak bermakna saya membiarkan terus habit ni menjadi salah satu identiti diri. Buruk tetap buruk walau sebaik mana kita hias dan tacap..

Terima kasih kepada yang mengajar erti sabar. Terima kasih kepada yang membuatkan saya marah.. Inilah tarbiyah yang Allah atur untuk saya hari ini. Saya menikmatinya dengan baik, alhamdulillah dengan izin Allah juga saya mampu mengatasinya untuk hari ini.. Esok pasti ada lagi. ^_^ dan saya bersedia untuk kesekian kalinya.

Jadi, hari ini saya mendapatkan hadiah atas kejayaan saya secara peribadi.. KESEMPATAN BERSAMA DENGAN SAHABAT-SAHABAT tatkala terpisah dengan hambatan  masa walaupun hari-hari berselisih atau bersua muka. Namun dah lama tak berkumpul bergurau senda sambil menikmati rezeki daripada Allah sambil-sambil telinga disajikan dengan persembahan Ustaz Akhil Hayy.. Tak nampak pun tapi just mendengar.. sambil berkongsi mutiara hikmah. Sweet moment, dibawah langit hitam berhiaskan bintang..emm ada bintang ker??? Tak perasan pula. Astaghfirullah, lalainya hati memerhati kebesaran Allah.. (-_-)

Apa pun.. belajar untuk mengatasi sikap marah walau apa jua cara kita yg penting tetap dalam syariat.. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit sikap tenang kita..

wallahualam

 
2 Comments

Posted by on September 30, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

Memaknakan hidup sebagai DAIE

Nikmat masa yang sering di sia2kan oleh hambaNya.. dan saya sangat bersyukur punya masa untuk berkongsi dalam Kembara Hati setelah sekian lama sepi daripada entry baru. Hatta masa yang terluang ini membuat saya terfikir “apa yang nak saya tulis?” Runsing juga apabila punya masa terluang tetapi hamasah dan idea terpendam tak nak keluar. Namun perlu juga memberi walaupun sedikit.. Insyaallah.. Mengambil ibrah dari kekuatan Rasulullah s.a.w dalam sifatnya iaitu Tabligh.. sampaikanlah walau sepotong ayat dan sampaikanlah di saat kamu susah mahupun senang.. Andai saat itu kamu senang dalam menyampaikan maka bersyukur andai dalam kepayahan kamu masih mampu untuk menyampaikan walau satu nasihat dan teguran maka berbahagialah kerana kamulah yang paling kuat..analoginya bersusah payah menongkah arus untuk memberi tali kepada manusia lain yang hampir lemas dalam lautan dunia. Inilah kekuatan dalam berkorban.

Sepanjang “silent mode” ni, banyak yang telah dilalui.. Hakikatnya sedikit sebanyak memberi pengajaran dan didikan buat hati. Allahurabbi, kesempatan demi kesempatan Allah beri untuk hambaNya sentiasa kembali padaNya walaupun hambaNya tetap saja berlari jauh meninggalkan Dia.. Indahnya Sifat Pengasih dan Penyayang Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa.. saya tertunduk menahan rasa malu pada Dia yang banyak memberi dalam hidupku. Tak sedar air mata membasahi birai mata. Nampak sangat diri ini kurang bersyukur dalam menikmati hidup.

Hidup ini bukan untuk dinikmati seorang diri.. bukan juga untuk syok sendiri.. Sedangkan hidup itu lansung bukan milik manusia apatah lagi kita nak suka2 hidup tanpa berfikir tentang yang hidupkan kita.. Sedar bahawa kita hidup bukan sebagai hidup-hidupan tetapi menyempurnakan satu kehidupan. Bagaimana sempurnakan satu kehidupan? Terpulang pada cara kita memaknakan hidup.. Jika mendedahkan aurat dan tak solat itu buat hidup kita bermakna, maka go on tapi memaknakan hidup bukan sekadar pengisian hidup di dunia tapi di AKHIRAT juga.. tak bermakna satu kehidupan andai isinya hanya membuatkan kita sengsara di akhirat..

Tetapi hakikatnya, hidup seorang manusia yang dipenuhi dengan maksiat dan perkara sia2 adalah KOSONG kerana ia tak membawa makna kepada kehidupan di akhirat jika dibandingkan kehidupan seorang muslim yang terisi dengan perjuangan Islam dan amalan hasanah. Individu ini sedang membina kehidupannya di akhirat..

Dan saya memilih perjuangan dan berperanan sebagai daie bagi menjadikan hidup bermakna.. Namun bukan semudah memetik jari untuk menjadi seorang daie.. dan nak jadi daie bukan sekadar biasa2 sahaja tetapi daie yang luar biasa.. bukan sebab kebolehan peribadinya tetapi hatinya.. kalam yang ringkas tetapi punya nilai makna yang tinggi.. satu ayat tetapi memenuhi hati yang mendengar..

Ya.. menjadi seorang daie mempunyai ujian dan masalah tersendiri. Tetapi ujian itu jugalah yang membezakan martabat hambaNya di sisi Allah.. semakin kita sabar semakin tinggi darjat dan semakin kita rasa kerdil di sisi Allah, perasaan ini yang membesarkan Allah dalam hati kita.Itu yang dirasa dalam perjalanan memaknakan hidup. Mana tidaknya saya juga punya perasaan yang kekadang berprasangka, sedih, marah dan kecewa. Inilah ramuan perasaan yang akan digaul sebati dalam hati mereka yang masuk dalam medan dakwah sebagai daie. Tanya diri sejauh mana kita mampu mengatasinya.

Saya tidak lahir dalam keluarga seorang pejuang apatah lagi keluarga ilmuwan tetapi saya tidak memandang keluarga itu sebagai penentu yang saya juga tidak akan menjadi pejuang hatta melahirkan para pejuang. Memiliki keluarga punya fikrah pejuang satu kelebihan tetapi tidak lahir dalam keluarga pejuang bukan penghalang untuk kita melangkahkan kaki di dalam medan dakwah sebagai seorang daie. Cukup saya ada keinginan untuk jadi penyumbang kepada Islam dan selebihnya semangat saya perlu di isi dengan ilmu. Dalam mendidik diri menjadi seorang daie apabila telah disematkan DAIE sebagai cita-cita dalam hidup, langkah pertama adalah sedaya upaya mengenal sikap mazmumah yang perlu diubati..

MARAH dan cepat melenting apabila dijentik.. inilah kelemahan yang menghalang saya untuk jadi seorang daie yang tenang dan sabar. Semakin sedar semakin saya berfikir mampukah mengatasi sikap yang telah 22 tahun sebati dalam diri.. Allah, runtun hati saat memikirkannya.. bagaikan satu halangan yang sangat besar buat diri. Tiba-tiba diingatkan tentang Kisah Saidina Umar yang sangat garang dan tegas. Bagaimana dia mampu menjadikan garang, marah dan sikap tegasnya menjadi satu senjata untuk umat Islam.. Ya, dia adalah idola saya selepas Rasulullah s.a.w maka begitu juga la saya perlu memanfaatkan sikap yang saya ada..

Dalam beberapa minggu ini, saya seakan-akan berada dalam sesi kaunseling dan pemerhatian untuk tidak cepat melenting jika mendengar khabar yang negatif serta cuba positif dengan dengan semua orang. Berjaya atau tidak saya serahkan kepada yang Maha Melihat yang penting usaha untuk menjadi baik sebagai keutamaan. Andai kalah dengan si marah hari ini, esok saya tetap bangkit semula..

Memang payah bersikap positif tapi sedaya upaya untuk menjadikan ia sebagai tabiat yang sebati. Allah tak kan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Ya! Berubah bermula dengan diri sendiri bukan persekitaran atau orang lain.

” Apa yang kita nampak hari ini terhadap orang lain tidak akan sama dengan apa yang bakal kita nampak akan datang. Terpulang pada kita samaada nak semakin dekat dengan Allah atau semakin jauh”. Dengan Izin Allah, DIA mampu membolak balikkan hati manusia termasuklah kita sendiri tanpa kita sedari. Pilihan hidup di tangan kita.. kita nahkodanya.. maka kita yang bawa hidup kita ke dalam lembah kerugian atau keuntungan.

Saya sendiri tak pasti kenapa saya akan rasa sebak apabila memikirkan perkataan DAIE ni.. Saya berfikir, layakkah saya menjadi seorang daie seperti Ustazah Safiah sedangkan hati ini kelam dan gelap dengan maksiat. Sekadar semangat tak akan membawa daie pergi jauh dalam medan dakwah. Putar-putarnya hanya sekitar situ sahaja jika hatinya masih manja dengan maksiat. Saya menangis lagi, mengenang kelemahan diri.. jauhnya hidup dari syariat. Namun sampai bila mengikat kaki pada rantai dosa semalam?? Sehingga kini ayat ini bermain di minda ” Ustazah memahami. Kita doa yang baik2 yer” Lembutnya seorang murabbi membelai jiwa anak didiknya yang dirundung rasa gelisah dan bersalah. Bukan seperti segelitir pendidik yang  menarik muka apabila anak murid berbuat kesalahan. Allah, bagaimana diri ini mampu membentuk jiwa sepertinya???

Melihat raut wajah ustazah membuatkan saya makin yakin membina diri seorang daie .. Bermula dengan penghayatan sirah perjuangan, mengutip mutiara2 pengalaman daripada Ustazah sendiri dan mentarbiyah hati membuang sikap mazmumah lalu mengisi hati dan diri dengan ilmu, keberanian serta melatih kefasihan lidah dalam menyampaikan kata2 hikmah.. maka saya semakin bersedia melahirkan hamasah diri yang baru. Dan kini saya lebih yakin untuk memilih DAIE sebagai pengisian hidup yang bermakna…moga setiap nafas, idea dan segala yang dimiliki punya manfaat untuk ISLAM. Saya genggam kerisauan ustazah : “masyarakat kini kekurangan pendakwah muslimah muda yang boleh bercakap seperti Ustazh” dengan senyuman bermakna.. suatu saat nanti, saya juga pasti merasakan nikmatnya sebagai daie.

-MEMAKNAKAN HIDUP SEBAGAI DAIE-

 
Leave a comment

Posted by on September 30, 2012 in BICARA HATI

 

MEMBERI sebanyak-banyaknya dalam hidup

Dakwah adalah cinta
Cinta meminta segalanya dari dirimu

Bagaimana kehidupan mereka yang memberi sebanyak2nya untuk Islam?

Lihat sahaja Mus’ab Ibn Umair.. daripada sgt kaya menjadi sangt miskin sehinggakn kain kafannya tidak cukup dan dipulau oleh ibu sendiri TETAPI HATInya tenang bertemu Allah dan jasadnya lena di taman syurga..

Lihat pula zinnirah.. daripada celik dengan mata yang indah menjadi buta kerana diseksa mempertahnkn iman TETAPI matanya mendahului dirinya di syurga dan HATInya tenang dalam dakapan Ilahi..

Hakikatnya andai kita memilki hati yg cintakan dunia maka kita akan melihat betapa ruginya kita memberi untuk Islam TETAPI andai kita memilki jiwa yang cintakan akhirat lebih daripada dunia maka kita akan melihat betapa UNTUNGnya kita hatta kehilangan nikmat dunia.. ketahuilah hakikatnya dunia lebih hina daripada bangkai seekor kambing dan lebih murah daripda seblah syap nyamuk.. KITA TIDAK RUGI DALAM PELABURAN ISLAM!!

Rasulullah s.a.w bersabda :

Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu d sisi tuannya, demi Allah dunia lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Jika nilai dunia ini mnyamai nilai sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk air pun kepada orang kafir”
(R: Tirmizi dan Ibnu Majah- Hasan sahih)

Pilihan pelaburan di tangan anda sendiri?

Ya… diakui kita akan kehilangan harta, masa lapang, anggota badan kita bahkan mungkin juga nyawa kita andai kita memilih PERJUANGAN untuk ISLAM namun kita tidak rugi kerana Allah tidak hilang dan jauh daripada kita.. Sesungguhnya Allah cukup bagi hamba2Nya yang bertaqwa melebihi keperluan dan kehendak mereka kepada dunia.

” Em penatnya..malam ni usrah lagi”
” Esok meeting lagi”
” Jap lagi ada program..malasnya nak pergi”
” Maaflah kak saya ada hal sikit tak dapat datang”
” Em duit cukup untuk beli makanan jer nanti, macam na nak derma”

Alasan-alasan ini yang menghalang jiwa kita dalam memberi. Alasan yang memanjakan diri untuk menjadi kedekut dengan diri sendiri.Apatah lagi dengan orang lain. Mungkin sahaja kita sebegitu tetapi sampai bila berada dalam takuk yang sama? Angkat kaki dan melangkah ke dunia yang lebih baik..

Memberi dalam hidup sekadar untuk orang lain tetapi pemberian itu tetap berbalik kepada yang memberi. Namun semuanya atas hati yang berkorban. Memberi hakikatnya untuk diri. Sebanyak mana yang kita bagi sebanyak itu juga yang kita dapat yang berbezanya adalah masa dan bentuk imbalan atau pulangan. Contoh memberi untuk diri sendiri ialah kesediaan dan kesungguhan kita untuk menghadiri majlis ilmu dan mendapatkan ilmu. Sebenarnya kita sedang memberi untuk diri sendiri. Kita berkorban masa lapang yang mungkin boleh digunakan untuk hal-hal yang kita suka demi mendapatkan ilmu yang akhirnya memberi kebaikan kepada diri sendiri..

Bukankah Allah telah berfirman :

“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” [58:11]

Begitu juga dengan memberi masa, harta dan segala yang kita miliki kerana Allah, maka pasti ada pulangan untuk kita di sisi Allah dan yang paling berharga ialah Syurga bergantung sejauhmana kita menyakini kewujudannya. Sikap kedekut dan berkira-kira dalam memberi menunjukkan hati seseorang itu masih lagi belum menyakini adanya hari akhirat dan pembalasannya dengan sebenar-benar yakin.. Andai hati terikat dengan Ilahi pastinya hati suka memberi. Bukankah Allah telah berjanji menggandakan setiap pemberian.. Adakah kamu lupa??

Inilah yang dinamakan memberi untuk diri sendiri.

Kebiasaan kita sangat jarang memandang hakikat pemberian ini. Uruf masyarakat memahami pemberian adalah untuk kepentingan dan kebaikan orang lain maka tidak hairanlah ada yang menganggap sikap pemurah atau memberi sesuatu kepada seseorang adalah tindakan yang merugikan kerana ianya sangat mengurangkan pemilikan kita.. Sangat tidak benar!

Kita pandang dan renung sejenak kisah Srikandi Nafisah.. Siapa yang mampu mengalahkan dia dalam memberi?  dia menyediakan suaminya dan anak-anaknya syahid di medan perang. Hingga dia risau dan bersedih kerana tidak lagi memilki pemuda dan lelaki untuk dihantar berperang sehinggakan dia merayu untuk ikut serta dalam peperangan. Dan dia jugalah yang melindungi Rasulullah s.a.w dgn nyawanya melalui sebilah pedang.

Bagaimana kita dalam memberi untuk Islam? Setakat mana kita berusaha dalam memberi sebanyak-bnyaknya untuk Islam? Renung sejenak keterikatan hati kita dengan Yang Maha Memberi.. Memberi sebanyak-banyaknya untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya..  Korbankan hal-hal yang mengikat diri dengan dunia untuk kita bina jambatan ke syurga..

Pilihan pelaburan di tangan anda sendiri?

Ya… diakui kita akan kehilangan harta, masa lapang, anggota badan kita bahkan mungkin juga nyawa kita andai kita memilih PERJUANGAN untuk ISLAM namun kita tidak rugi kerana Allah tidak hilang dan jauh daripada kita.. Sesungguhnya Allah cukup bagi hamba2Nya yang bertaqwa melebihi keperluan dan kehendak mereka kepada dunia.

Dan saya…memilih untuk merasa seronoknya memberi ilmu, masa, tenaga dan harta untuk ISLAM.. memilih keseronokan dan kesibukan membuat pelaburan dalam Islam bersama Allah s.w.t..
“Akak tak penat?” Saya hanya mampu tersenyum. Keseronokan membayangkan pulangan yang lumayan daripada Allah membuatkan diri lupa dengan rasa penat dan putus asa..

-Andai hati terikat dengan Ilahi pastinya hati suka memberi-

“Terima kasih Ya Allah mengajar aku erti memberi”

 

Buatmu Gen-NAFISAH ^_^

 
Leave a comment

Posted by on September 1, 2012 in TARBIYYAH