RSS

Monthly Archives: October 2012

Revolusi Syafiq dan Safura

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on October 24, 2012 in USRAH

 

Untuk aku dan kamu..tentang hati yang tersisih

Cuba melepaskan segala ketegangan di hati. Membiarkan ia berlalu seperti angin yang menampar lembut di pipi.. Berpegang kepada kata-kata Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’ nya..

” Bila seseorang mencela anda maka banyakkanlah istighfar, berdoa dan teruskan berbuat baik. Jangan dilayan kerana itu berpunca daripada dosa kita atau Allah ingin memberi kita ganjaran mudah atas kesabaran kita”

Benar.. kekadang kita tidak sabar berhadapan dengan celaan orang lain ke atas kita, begitu juga dengan saya. Terlalu mudah berkecil hati namun saya mula merasai tenangnya diam dan terus berfikiran positif bila mempunyai masalah yang melibatkan orang lain. Actually saya masih baru dalam melatih diri untuk bersikap lebih tenang dan membiarkan sahaja perkara-perkara yang saya kategorikan sebagai unsur negatif. Setiap hari bibir ini tidak lekang daripada memohon untuk dikurniakan hati yang jauh daripada rasa cemburu, berprasangka buruk apatah lagi membenci. Hakikatnya ia sangat menyesak hati. Sangat berat membawa hati yang penuh dengan rasa cemburu, benci dan berprasangka.

Apabila saya berharap untuk orang lain berhenti mencela, saya perlu buktikan yang saya juga mampu berhenti daripada mencelah kelemahan orang lain. What you give, you get back right??  Tidak dinafikan ianya tak semudah 1,2, 3 tetapi ianya tetap TIDAK MUSTAHIL. Kini, apabila saya berdepan dengan masalah-masalah orang lain yang melibatkan maruah mereka ataupun kesilapan dalam melanggar syariat, saya mula menarik nafas sedalam-dalamnya. Mengambil masa beberapa minit dalam diam. Belajar untuk melafazkan :

 ” saya memahami, kita doa yang baik-baik ya”.

Saya mulakan dengan empati dan beralih kepada doa moga saya dilindungi daripada diuji sedemikian rupa dan berdoa untuk mereka agar tidak berputus asa mencari jalan kembali kepada Allah. Dan melarikan hati dan diri untuk tidak berada dalam posisi MENGHUKUM seperti yang pernah saya lakukan dulu. Kesilapan besar saya sebagai daie.

Teringat status seorang sahabat yang dia sendiri kongsi daripada seorang penulis yang hebat tentang seorang banduan yang sangat putih berseri wajahnya. Riak mukanya sangatn tenang dan memberi ketenangan kepada insan yang memandang dan selayaknya digelar ustaz bukan seorang banduan. Pabila diberitahu tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh banduan itu, terasa sukar untuk penulis  mempercayainya. “Dia telah meliwat beribu orang” kata seorang polis penjara. Sungguh tidak disangka namun benarlah andai manusia itu kembali kepada fitrah kejadiannya maka dia memang baik dan taat.

Namun persoalannya, mampukah kita membantu mereka yang telah melakukan dosa-dosa yang zahir ini untuk kembali kepada fitrah baiknya hanya dengan sekadar berlapang dada dan memberi ruang serta peluang?? atau kitalah yang mengangkat kaki menjauh dan memandang penuh hina dengan senyuman sinis. Menghukum sebelum hukuman sebenar dijatuhkan. Allah.. saya pernah merasakan peritnya keadaan ini. Terasa ada satu tembok yang sangat besar, penghalang untuk melakukan kebaikan.

Ingat lagi kisah Rasulullah s.a.w yang ditegur oleh Allah s.w.t dan tersemat indah dalam kalam Nya? Saat seorang pemuda pencuri kain kapan datang dengan membawa penyesalan yang sangat besar Dia telah merogol mayat seorang gadis yang baru dikubur. Sesalannya tidak tertanggung maka bertemu Rasulullah untuk meringankan keresahannya dihadapan Allah kelak. Malangnya dengan rasa marah, baginda mengusir pemuda itu. Jibril datang membawa teguran daripada Allah s.w.t

“Aku menyampaikan pesan dari Tuhanmu, adakah engkau yang menciptakan makhluk?”. “Bahkan Allah yang menciptakan semua makhlukNya”. kata Jibril. “Tuhanmu berpesan bahawa Dia telah mengampunkan dosa pemuda tersebut..”

baginda meminta sahabatnya untuk mencari pemuda itu. Dalam keadaan yang nazak penuh penyesalan, baginda memangku kepala pemuda itu lantas pemuda tersebut mengalihkan kepalanya daripada pangkuan baginda. Baginda bertanya penuh hairan dengan tindakannya dan hanya satu yang dilafazkan ” sesungguhnya kau tidak layak untuk menyentuhmu ya Rasulullah”

Hibanya hati.. berapa ramai yang datang kepada kita menyatakan rasa bersalah dengan segunung perasaan malu dan kita layan dengan baik dan berlapang dada?? Menghulurkan tangan untuk kembali bangkit memperbaiki diri.. Saya takut tangan tak sekuat tali, senyuman tak semanis madu dan hati tak selapang awan biru untuk menjadi sebaik hamba yang baik terhadap hamba lain. Tetapi saya berusaha untuk merealisasikannya..

“Tiada dosa yang lebih besar dari pengampunan dariKU…”

Dan kita bukanlah penentu keburukan seseorang itu berpanjangan dan bukan juga penentu yang diri kita sentiasa selamat daripada diuji dengan dosa sebesar itu.

Psstt.. Saya dan kamu bukanlah yang terbaik dan yang paling solehah tetapi kita sama-sama jadi yang terbaik dan solehah yer  (^_^)v

Wallahualam..

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in BICARA HATI

 

Oh! My Iman..

Angin mula naik ke kepala.. malas bukan kepalang. Berbaring saja pening pula yang bertamu. Jadi tak senang duduk, gelisah dan resah dibuatnya. Alahai..sangat-sangat tak best bila berada dalam keadaan bosan + malas ni..

Inilah keadaan pabila iman sedang menurun.. (-___-) Nak bangkit kena mujahadah semula. Mencari satu titik untuk menyentap diri sendiri, biar sedar dan kembali bersemangat. Teringat kata-kata naqibah dulu ” Jika iman kita sedang menurun, jaga amalan-amalan wajib. Jangan sampai ditinggalkan”

Yap !! bila iman berada dalam zon merah (tidak selamat), maka dengan mudah amalan-amalan sunat yang sering dilakukan akan ditinggalkan dengan perasaan berkira-kira. Hati mula membuat perhitungan dengan nafsu

“tak palah, esok boleh buat”
“Rasa malas pulak, tak pa lepas isyak boleh baca quran.. ”

Ni la antara ayat pujukan nafsu buat si hati. Dan si hati pun alpa dan mula berkira-kira dengan ALLAH. Terdetik si hati merasa mati itu bukan esok bagi dia. Istighfarlah andai hati kita mula merasa keadaan itu. Yang pastinya maut itu pasti dan akan akan datang pada kita tanpa kita tahu bila giliran kita pula.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. [29 :57]

Jangan kita jadi hamba yang lupa pada kuasa Penciptanya.Dengan mudah kita pula mengatur dan melakukan tawar menawar dengan Allah. Jangan juga menjadi hamba yang menangguhkan amalan. Andai da terbit niat dalam hati untuk melakukannya, mujahadah lawan nafsu untuk realisasikannya walaupun kita melakukannya dalam keadaan terpaksa apatah lagi tidak kusyuk sepenuhnya. Tarbiyyah buat diri bermula daripada paksaan dan daripada paksaan yang berterusan kita lahirkan keikhlasan atas kemanisan istiqamah melaksanakannya. Biar ia sebati dalam hidup dan setiap hela nafas kita. Insyaallah..

Iman manusia sangat berbeza dengan iman malaikat dan syaitan. Iman manusia ada turun naiknya. Iman malaikat pula sentiasa sejahtera di sisi Tuhannya manakala iman syaitan pula sentiasa berada di bawah yang mendekatkan ia dengan kemungkaran dan api neraka. Iman yang “panas” tempatnya di neraka dan iman yang “sejuk” tempatnya di syurga.. Sesuai dengan keadaannya. ^_^.. Rasulullah s.a.w bersabda :

Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Pabila seorang itu kehilangan imannya maka dia akan menjadi lebih buruk dari syaitan. Nauzubillah. Tetapi andai iman seseorang itu berdaa dalam keadaan yang sangat cantik , maka dia lebih baik daripada malaikat yang taat pada Allah. 0_o

Iman itu ibarat besi. Ia juga mudah berkarat. Iman berkarat akibat tindakbalas antara kejahilan dan maksiat sepertimana besi berkarat akibat tindak balas oksigen dan air.. Nak menghilangkan karat pada besi, perlu digosok dan di kikis dengan kertas pasir. Karat iman pula di basuh dengan air mata taubat dan zikrullah.

Jom tingkatkan iman kita dengan menjaga dan mempertingkatkan  :

1. Amalan Hati 

Dilakukan melalui pembersihan hati kita dari sifat-sifat buruk, selalu menjaga kesucian hati. Ciptakan sifat-sifat sabar dan tawakal, penuh takut dan harap akan Allah. Jauhi sifat tamak, kikir, prasangka buruk dan sebagainya.

2. Amalan Lidah

Perbanyak membaca Al-Qur’an, zikir, bertasbih, tahlil, takbir, istighfar, mengirim salam dan sholawat kepada Rasulullah dan mengajak orang lain kepada kebaikan, melarang kemungkaran.

3.  Amalan Anggota Tubuh

Dilakukan melalui kepatuhan dalam solat, pengorbanan untuk bersedekah, perjuangan untuk berhaji hingga disiplin untuk solat berjamaah di masjid

Iman yang menurun adalah satu bentuk ujian daripada Allah. Oleh itu, harus untuk kita berhati-hati apabila berada dalam keadaan ini kerana takut kita GAGAL dalam ujian tersebut. As muslim, get prepare untuk berhadapan dengan zon merah ini !! sangat bahaya buat iman andai kita memasuki zon merah tanpa persediaan yang sebaiknya. Firman Allah s.w.t :

Orang-orang Arab berkata:”kami telah beriman”.Katakanlah (wahai Muhammad):”Kamu belum beriman, tp berkatalah sahaja:`kami telah Islam’ kerna iman belum masuk ke dlm hatimu.Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin),Allah takkan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(49;14)

Jom sama-sama kita sejahterakan IMAN.. ^__^ JANGAN BIARKAN IMAN KITA BERCUTI..

 
2 Comments

Posted by on October 3, 2012 in TARBIYYAH