RSS

Monthly Archives: November 2012

Palestinian : Kami tidak Gentar & Kami tak akan berhenti!!!

Hari yang keenam…

Letupan bom masih lagi kedengaran di bumi Palestin. Tangisan silih berganti. Jeritan perit menahan bisa yang menjalar di seluruh urat nadi.. Langit bertukar kelabu. Tanah sepi bermandi darah. Bahkan mata dijamu dengan cebisan daging berselerakan. Saudaraku hilang keupayaan, jasadnya kaku terbaring. Yang memandang mencari keadilan.. Yang dipandang syahid bertemu Tuhan.

Inilah keadaan saudaraku.. Andai mereka hidup, terus berjuang mempertahankan agama. Andai mati menjemput, tanah tempat berpijak menjadi saksi. Mereka syahid di tak tersisih.. Tahukah kamu tentang syahid?

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. [Ali Imran :169]

Wahai Yahudi Zionis laknatullah!!! . senyuman kedengkian di wajahmu tidak akan mendatangkan apa-apa kerugian pada saudara kami.. kerana ternyata mereka menang secara total walau jasad kau mamah dengan bedilan! Mahu saja aku  jeritkan ayat ini di muka-muka bongkak mereka.. “Kau sedang tertipu wahai Zionis Laknatullah, kau sedang tertipu dengan akalmu sendiri!!! Aku cukup merasa kasihan tetapi puas!!!” Bedilanmu tak pernah menghapuskan malah melahirkan jiwa-jiwa yang kuat..

Ingin ku khabarkan sebahagian sikap kedegilan bangsa Yahudi. Ingin ku canang realiti hati mereka. Ingin ku jajakan kelamnya jiwa yang dengki..Agar semua mengerti “keamanan tak akan lahir dari jiwa memberontak dan bangga dalam diri mereka”

Ketika Allah mentaqdirkan mereka keluar daripada kezaliman pemerintah Mesir dengan bantuan Nabi Musa a.s. Tongkat Nabi Musa membelah laut Merah, selamatkan bangsa Yahudi yang tertindas. Namun saat Nabi meninggalkan mereka kerana bermunajat kepada Allah, mereka ingkar kepada Nabi Harun dan menyembah patung anak lembu daripada emas. Setelah nabi kembali, mereka menunjukkan sikap keras kepala lantas berkata :

“Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang..”

Halilitar menjadi balasan atas kedegilan mereka. Kedegilan terhadap perintah Allah dan peraturan yang telah ditetapkan. Dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi mereka ingkari lantas  Allah jadikan mereka seekor kera.

Kemudian Allah perintahkan mereka masuk ke Baitul Maqdis tetapi mereka enggan untuk berperang. Lalu mereka menyuruh Nabi Musa dan Nabi Harun agar masuk terlebih dahulu barulah mereka akan melangkah dengan senang hati. Keingkaran ini menyebabkan Allah menyeksa mereka dengan memaksa mereka tinggal di tengah padang pasir selama empat puluh tahun.

Bahkan ada nabi yang diutuskan oleh Allah kepada mereka mati dibunuh!! Andai nabi yang mulia itu mereka bunuh tanpa belas, inikan pula umat Nabi yang lain. Pastinya sasaran “UMAT ISLAM” tidak akan lari dari fokus perancangan mereka.

Betapa zalim dan degilnya kaum Yahudi ini! Sejarah membuktikan dan kini dunia menyaksikan. Sikap mereka “Ingin Menguasai dan Berkuasa” tak kan pernah padam. Pantaslah kaum Yahudi dibunuh secara beramai-ramai atas arahan Adolft Hitler. Sahabatku, inilah yang aku ingin kongsikan. Musuh kita bukan sekadar miliki sokongan dan senjata canggih daripada kuasa besar dunia, bahkan mereka miliki sejarah dan hati yang sangat degil dan zalim.

Namun aku tak gentar.. Palestinian tak akan pernah gentar. walau setiap hari mereka dihujani peluru-peluru pemusnah. Ubudiyyah adalah senjata kami, yang akan menusuk terus ke akal lantas melumpuhkan semangat bahkan jiwamu wahai Zionis..

Setiap hari tiada ketenangan yang menjanjikan keamanan. Terasa lelah mendengar janji perdamaian. Saudaraku tetap jua begitu, mereka (Zionis) tetap juga berhati batu.. Tiadakah sekelumit rasa belas kasihan melihat wajah kanak-kanak ini?

Ibu mana yang akan sanggup melihat Qurratul Ain mereka membesar di atas tanah yang berhujankan peluru?? Tanahnya lembap dengan air mata dan darah. Namun inilah realitinya.. Aku terkedu, tiada lafaz yang mampu ku ungkap. Melihat bayi comel yang ku bayangkan sedang berlari riang di taman sedang terbaring lemah. Tiada suara kedengaran. Sudah habis jerit dan tangisan. Hanya HAMASAH yang menemani. Hamasah untuk terus hidup dan berjuang..

Tiada semangat yang sangat kuat melainkan aku melihatnya pada wanita-wanita, anak-anak kecil dan pemuda-pemuda Palestin.. Jiwa mereka bergetar dengan kalimah Lailaha illallah Muhammadar rasulullah membisikkan  semangat pada siapa yang mendekati kisah dirinya.. “Kamu runtuhkan..kami bina, kamu bunuh..kami lahirkan. Kami tidak sesekali akan berhenti!” Allahuakbar!!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!!

Rahim mereka tak berhenti melahirkan anak-anak yang mencintai jihad.. tangan-tangan mereka tak akan berhenti untuk membina perlindungan untuk insan-insan yang lemah.. “Bunuhlah, hancurkanlah.. kami pasti bina dan lahirkannya semula!!”. Inilah mereka, saudara-saudara seagamaku.. Buatlah apa pun ke atas mereka, tanah Palestin tak akan sunyi dari pembela-pembelanya.. Buatlah apa pun kepada mereka, tanah Palestin tak akan berada di bawah kuasamu.. Wajah-wajah mereka ini yang syurga rindukan…

Dan kita..Masihkah mengharap indahnya pelangi dalam perjalanan ke syurga? Canang rindui syurga namun tak sedia menggalas hebatnya cinta Allah.. Isu Palestin dan saudara kita yang lain, sejauh mana sumbangan dan kebersamaan kita?

Ianya bukan peperangan.. yang menyerang akan membalas dan yang membalas pasti mampu bertahan. Tidak!! Palestin bukan isu peperangan tetapi ianya satu pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam. Kenapa dikatakan sebegitu? Mereka mengurung rakyat Palestin dengan tembok batu yang tinggi dan panjang, menyekat bekalan ubat-ubatan dan bantuan ketenteraan kemudian membedil bertalu-talu ke atas mereka. Apa yang mampu kita fikirkan tentang tindakan pengecut zionis yang mendabik dada mengata diri kuat perkasa???!!! Dan tiada sebab peperangan dengan rakyat Palestin dicetuskan melainkan hanya rekaan  yang sangat menunjukkan kebodohan Yahudi Zionis sebenar.. Kamu menipu, kami tidak akan TERTIPU!!

Oleh itu aku lampirkan 12 langkah praktikal untuk terlibat dalam Jihad Palestin yang ku petik dari sebuah buku yang istimewa.. Moga bermanfaatkan untuk kita.

  1. Memantapkan diri dengan Islam
  2. Menolong umat Islam samaada jiwa raga, harta, sokongan smangat atau politik
  3. Boikot Produk Yahudi Zionis
  4. Negara Islam bersatu
  5. Negara Jiran membantu
  6. Memberi sumbangan makanan dan ubat-ubatan
  7. Derma jihad
  8. Bantuan senjata
  9. Solat hajat
  10. Tunjuk perasaan
  11. Tingkatkan kesedaran terhadap bahayanya zionis
  12. Bongkar startegi media barat.

Insyaallah.. teruskan menembak doa. Jangan sesekali putuskan rantaian doa kita buat saudara-saudara di Palestin. Andai doa sahaja yang termampu tak mengapa..biar sikit atau kecil asal berterusan. Pastikan doa kita termasuk doa yang diterima Allah dengan memastikan kita menjaga kualiti doa.. bagaimana? bermula dengan mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang menyebabkan doa kita ditolak..

Aisyah berkata, suami tercintanya bersabda, “Wahai sekalian manusia, lakukan amalan sesuai dengan kemampuan kalian, kerana Allah tidak bosan sehingga kamu merasa bosan. Ketahuilah, amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Sahih Bukhari, kitab libas, no. hadis 5523).

Pesananku.. apa pun usaha kita, kamu dan mereka.. besar atau kecil, hargailah dan ikhlaskan kerana Allah.. Jangan meremehkan atau perkecilkan. Allah tidak melihat hasilnya, Allah memandang usahanya.. Aku akan ingat kamu wahai si burung kecil.. usahamu memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim walaupun tak akan mampu menyejukkannya tetap menjadi amalan paling besar dihadapan Allah..

KEEP FIGHT!! LOVE GAZA… FOR GAZA

 
Leave a comment

Posted by on November 19, 2012 in BICARA HATI

 

Hijrah : Jasmani vs Rohani

Salam maal hijrah 1434H.. ^__^

Alhamdulillah, genap setahun lagi kembara di alam fana dan insyaallah semakin dekat dengan alam baqa’ yang tiada penghujung. Kesyukuran menggunung yang disertai dengan harapan seluas langit yang terbentang moga kebaikan dan keberkatan sentiasa mengiringi. Azam untuk membuat perubahan dan pembaikan.. Tak kisahlah besar atau kecil yang penting kita mampu istiqamah. Tak kisahlah ringan atau berat yang penting kita ikhlas untuk mujahadah. Hijrah sangat sinonim dengan perubahan dan perpindahan.

Hijrah terbahagi kepada dua iaitu hijrah jasmani dan ijrah rohani berbentuk batin atau pemikiran. Hijrah jasmani adalah perbuatan berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain dan hukum berhijrah secara jasmani menjadi WAJIB mengikut situasi. Contohnya seseorang individu yang tinggal di sebuah negara kafir atau kawasan/ kampung yang majoritinya orang kafir sehinggakan perintah Allah terhalang daripada dilakukan, maka wajib untuk berpindah ke tempat di mana dia mampu untuk melaksanakan perinta ajaran agama..

Pasti sahabat2 masih ingat lagi peristiwa hijrah baginda ke Madinah atas perintah Allah s.w.t.. bila Allah perintahkan untuk berhijrah? Pada saat kaum musyrikin Quraisy telah mula menyeksa kaum muslimin terutamnya hamba abdi mereka untuk memaksa mereka keluar daripada agama Islam.. Maka Allah ilhamkan “hijrah” kepada baginda untuk selamatkan akidah umat Islam barisan pertama.. Inilah keadaan yang memerlukan hijrah jasmani untuk memelihara kepentingan yang lebih besar.

Bagaimana hijrah rohani pula? Ianya adalah pembaikan pemikiran dan amalan daripada yang kurang baik kepada yang baik dan yang baik menjadi lebih baik. Pembaikan daripada melakukan maksiat kepada perbuatan taat dan daripada pemikiran yang mengejar dunia kepada pemikiran menuju akhirat.

Rasulullah bersabda : “Dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang menjauhi apa yang dilarang oleh Allah” (Riwayat bukhari)

Setiap kali azan dikumandangkan pasti kita akan mendengar seruan ” Marilah Menuju Kejayaa”.. sebagai individu muslim kita perlulah sentiasa melangkah menuju kejayaan dan kebaikan dalam hidup sesuai dengan seruan yang telah diilhamkan oleh Allah untuk menjadi syiar Islam yakni azan.

Hakikatnya umat hari ini lebih memerlukan penghijraan pemikiran berbanding jasmani.. Lihat sahaja pemikiran masyarakat kini terutamanya remaja. Sangat cenderung dengan budaya hedoisme. Hari ini kita malu apabila mengenakan serban, jubah atau bertudung labuh tetapi tak merasa malu lansung apabila mendedahkan aurat.. Kini kita malu jika melangkah ke masjid tetapi tak segan lansung bila melangkah ke tempat-tempat maksiat.. Kebanyakannya adalah malu jika dikata “alim” ” bajet baik” dan sebagainya.. Kita banyak segan dengan manusia berbanding segan dengan Allah. Pemikiran sebeginilah yang perlu diubah dalam masyarakat kita..

“Seseungguhnya Allah Maha Melihat segala sesuatu” [Surah Al-Mulk : 19]

Selain itu, ada juga yang bersikap memilih-milih dalam mengamalkan agama. Jika sesuai dengan kehendak dan keperluan maka dilakukan sehabis daya tetapi jika tidak sesuai dengan kepentingan diri maka dibiarkan tanpa terusik. Bahkan ada yang cuba melawan kudratNya.. Hebat orang ini!!! Hebat menangkis azab daripada Allah kelak.. Pemikiran yang tersasar jauh inilah yang perlu kita ubah dan hijrahkan.. Sedangkan Allah telah berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ” [2 :208]

Hijrahkan rohani dengan memperbaiki dan meningakatkan amal ibadat kita. Jasad yang baik akan lahir dari hati yang baik juga. Hati perlu sentiasa dikuatkan dengan amalan2 yang meningkatkan iman bukan perkara2 maksiat yang akan merendahkan kedudukan iman di bawah kuasa nafsu dalam hati.. Hijrahkan hati kita dengan meletakkannya dalam keadaan yang sejahtera dibantu oleh akidah yang benar dan ibadah yang sahih.. Insyaallah segalanya mudah.. Andai diri telah bergelumang dengan maksiat dan dosa yang kita sendiri merasa sangat besar untuk diampunkan, kita kena ingat bahawa pengampunan Allah bahkan lebih besar. Hijrahla sesuai dengan tuntutan ke atas dirimu… Saya sentiasa mendoakan yang terbaik samada untuk saya sendiri, keluarga, sahabat dan pastinya untuk kamu juga.. ^_^ Insyaallah..

Ada kisah yang ingin dikongsi.. Bila maal hijrah bertandang mengetuk pintu pada garis waktu yang terus terusan berlalu tanpa menoleh ke belakang, pasti ada insan yang suka mengusik dan mengaitkan hijrah dengan nama samaran yang sering saya gunakan..  HIJRAH HUMAIRAH. ^_^

Kenapa Hijrah Humairah?? Saya hanya mampu tersenyum. Malu jugak bila lebih mengutamakan nama samaran berbanding nama sebenar. Bukan tak bersyukur dengan nama yang diberi oleh kedua ibu bapa tetapi mengharapkan doa disebalik nama yang dipilih.. ada simbolnya pasti ada harapannya..

Hijrah Humairah.. ya, saya memilih hijrah humairah. Setiap saat bagi saya adalah nilai hijrah.. hijrah yang membawa kekuatan untuk membentuk satu momentum perubahan untuk mencontohi humairah(aisyah r.a).. bizznillah walaupun tak kan mampu setanding dengan srikandi hebat yang menjadi bidadari baginda s.a.w.. namun biarlah saya menjadi bidadari di sisi seorang anak adam yang bergelar suami..

Bila disebut tentang hijrah, pasti ramai yang punya lakaran berharga tentangnya.. Pastinya saya dan sahabat juga begitu. ^_^ Simpan ia dan teruskan langkah ke hadapan.. Semua manusia ada ruang untuk berubah, samaada kita sedar atau tak jerr..

BILA KITA SEDAR ADA KESILAPAN DALAM PERJALANAN.. PASTINYA KITA ADA RUANG UNTUK KEMBALI UNTUK MEMBETULKANNYA. TERPULANG SAMA ADA KITA MEMANFAATKAN RASA SEDAR DAN RUANG ITU SEBAIK-BAIKNYA ^__^

Ruang untuk menjadi BIDADRI SYURGA…

 

 

 
Leave a comment

Posted by on November 14, 2012 in USRAH

 

Langkah Sekeping Hati Yang Rapuh

Andai mampu untuk meminta dikembalikan dan diputarkan masa yang telah jauh meninggalkan saat ini, aku benar-benar ingin ianya termakbul. Kembali melangkah ke belakang untuk memulakan langkah yang baru dan lebih tersusun kemas ke hadapan.. Namun.. TIDAK MUNGKIN akan kembali. Imam Al-Ghazali berkata “perkara yang paling jauh adala masa yang berlalu”. Aku meratapi masa-masa ku yang telah berlalu saat aku merasa langkahku makin payah, tanganku makin lemah meraih jaya..

Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

(Al ´Ashr :1-3)

RUGI!!! Aku benar-benar merasakan kerugian itu. Mengimbas kembali masa lalu membuatkan aku bertanya dengan diri sendiri

” kenapa aku buat semua tu??”
” Kenapa aku tak buat begini dan begitu??”

Mula menyalahkan diri. Mempersoalkan langkah dan pilihan. Astaghfirullah, dadaku sesak memikirkan persoalan itu. Air mataku mula membasahi pipi. Hatiku seakan-akan remuk, retak yang menanti belah. Kenapa dengan aku??! Allahu Rabbi…. Bagaimana ingin aku betulkan setiap kesilapan dalam langkah yang telah jauh meninggalkan aku? Bagaimana aku mampu membersihkan dosa dalam setiap perjalanan masaku?Kerana aku benar-benar tersepit dengan kesannya..

Aku cemburu dengan bijaknya insan lain menjaga pengisian masanya, melakar keindahan hidupnya sedangkan aku mencorak kedua-duanya dengan maksiat dan dosa. Aku cemburu mendengar orang lain tawa dalam cahaya sedangkan aku gelisah membina bahagia.. Semuanya kerana pengisian dan lakaran hidupku yang cuba kucantikkan dengan maksiat hakikatnya ia tetap buruk dihadapan Allah.. Hakikatnya aku sedang menipu diri dengan berpura-pura bahagia.. Bukankah itu suatu pembohongan??

Buntu.. Bersalah.. Kesal… Inilah yang kurasa..

Aku menyapa hati dan diri.. sampai bila terus begini.. Aku tak mampu putarkan kembali masa yang semakin menjauh lantas apa yang perlu dan selayaknya untuk aku lakukan? Hatiku semakin gelisah.. bermain tarik-tarik tali dengan nafsu sangat meletihkanku. Melelahkan perjuanganku. Sangat meletihkan Ya Allah.. Andai mampu untuk aku perdengarkan kepada seluruh alam “YA..AKU SANGAT-SANGAT LETIH!!!”

Allahu Rabbi, seakan-akan aku ingin tidur dalam pelukan cahayaMu..

Terasa Inginku hentikan langkah kaki. saat hatiku benar-benar kecewa dan terluka asbab perbuatanku sendiri.. Terasa semakin tidak mampu untuk aku terus bertahan dengan perasaan ini, membawa hati yang semakin kering dihadapan Allah.. dan semangatku semakin tenggelam, lemah tak daya… terkapai dalam usahaku sendiri..  Dekatnya diri dengan sifat putus asa.. rebah dalam khayalan dunia yang tak berpenghujung.. Tanganku semakin tawar untuk menadah, bicaraku semakin keluh untuk meminta dan hatiku semakin jauh dengan TAQWA. Di mana perginya rasa takut dan berharap pada Allah duhai hati???

Sisa hati berbisik.. bangkit melawan titik hitam yang semakin membaluti. ” TAUBAT ILALLAH YA QALB”.
Ya.. taubat.. tetapi aku membalas bisikan ” aku sering kali mengunjungi kolam suci itu bahkan menyentuhnya tetapi aku tak terdaya mengulanginya lagi”  Berkali-kali dan sering kali namun masih tidak terkesan di hati. Kesannya sementara.. mujahadah mempertahankannya kendur.. Di mana silapku?? Masih lagi aku menyentuh kotoran itu, masih lagi aku seronok berulang-ulang menyentuhnya.. Astaghfirullah Ya Allah.. bagaimana aku kelak dihadapanMu andai aku terus berada dalam keadaan yang lemah ini???

haruskah aku mengalah?? Berhenti pada saat Allah masih mengizinkan aku berjalan.. Siapa yang harus aku persalahkan kalau bukan diriku sendiri…

Haruskah aku mengalah?? Berpaling pada saat Allah masih menyambung garis hidupku.. Duduk terdiam kaku memikirkan takdir..

Haruskah aku mengalah?? Terus melangkah pada saat Allah masih memberi ruang untuk kembali… Tidak peduli dan terus mengingkari..

TIDAK.. TIDAK sesekali aku akan berhenti!!  Jiwaku masih berbisik “inilah dugaan..” Dugaan yang akan mematangkan iman dan menyuburkan kekuatan.. selagi aku sedar maka aku masih punya hati yang berpotensi untuk kembali..

<MUJAHADAH DAN TIDAK PUTUS ASA>

 
3 Comments

Posted by on November 13, 2012 in TARBIYYAH

 

Bidadari Di Dunia

Bidadari.. awalnya hanya sekadar fantasi. Bila memikirkannya maka akal membentuk lakaran. Pastinya dia cantik bercahaya, putih berseri, anggun, berambut panjang ikal mayang, tinggi dan tak rendah, suara yang lunak, bibir tersenyum indah, haruman semerbak dan yang paling best adalah memiliki sayap putih cantik dan kemampuan hilang dari pandangan.. Tingginya imaginasi zaman kanak-kanak. ^__^

Hakikatnya bidadari benar wujudnya..

Firman Allah s.wt :

” Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli,laksana mutiara yang tersimpan baik”

Surah Al Waqiah : 22-23

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik,Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah.”

Surah Ar Rahmaan : 70-72

Ya.. bidadari itu di syurga..  bidadari adalah makhluk yang Allah ciptakan suci daripada disentuh oleh sesiapa pun hatta jin. Mereka adalah nikmat yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa. Kewujudan bidadari yang diceritakan oleh baginda menimbulkan rasa cemburu di hati para wanita mukminin sehinggakan berlaku dialog antara Ummu Salamah dan Nabi S.A.W. Apa yang ditanya oleh Ummu Salamah kepada baginda?? Beliau bertanya “adakah bidadari syurga lebih baik daripada wanita dunia?” Maka baginda bersabda ” Bahkan wanita dunia lebih baik dari wanita syurga kerana solatnya, puasanya serta akhlak baiknya… “

Allahuakbar!! Begitu besar kemuliaan seorang wanita yang bertaqwa kepada Tuhannya.. dirinya adalah lebih baik daripada bidadari di syurga bahkan disebut bahawa bidadari mencemburui para isteri-isteri yang solehah. Dikisahkan bahawa biadadari sentiasa memandang dari langit bagaimana sang isteri melayan suaminya. Jika sang isteri bersikap buruk dalam melayan suaminya maka bidadari akan menempik dan berkata ” Celakalah kamu wahai perempuan.. jika layananmu sebegitu rupa serahkan suamimu kepadaku!!” Wallahualam..

Berbicara tentang bidadari sangat berkaitan dengan akidah kerana wujudnya adalah di syurga. Bahkan isteri yang solehah akan menjadi penghulu kepada bidadari-bidadari suaminya di syurga.

Namun apa yang ingin saya ketengahkan adalah tentang bidadari dunia iaitu wanita solehah perhiasan duniawi.. Bling..Bling.. Rasa teruja untuk bekongsi tentangnya. Jom kita simpan azam  untuk menjadi bidadari dunia yang darjatnya lebih baik dari bidadari syurga.. Azam ini yang kita perlu perkuatkan dari semasa ke semasa.

Teringat kenangan di Felda Ulu Jempl, Jerantut Pahang. Ketika program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Jabatan Dakwah berlansung selama 3 hari 2 malam. Program berbentuk 1 Keluarga 1 anak angakt… hehe macam 1 Malaysia plak.. Awalnya sangat cuak bila terpaksa duduk rumah orang dan bergelar “anak angkat”.. Apanya tak cuak, TAK PERNAH duk rumah orang dan sangatlah TAK PANDAI berkomunikasi dengan orang tua.. Takut tersalah cakap. Jadilah perbualan tu komunikasi rasminya… Errkkk betapa kakunya saya berhadapa dengan situasi ini. Hanya gah dalam komunikasi dengan remaja.. hehehe.

Dalam program ni saya dikehendaki untuk menggantikan Ustazah Fadelah (pensyarah saya) untuk memberikan kuliah dhuha tetap pukul 8 pagi di surau Peringkat 5.. Allahuakabar!!! TERBAIK.. Kuliah bersama KAUM IBU!!! Tak pernah saya buat sebelum ni.. Bijak sungguh mereka meletakkan nama saya.. ( dengan wajah yang cuak). Tajuk kuliah adalah “MENJADI BIDADARI SYURGA“.. Allahuakbar!! kali kedua saya bertakbir.. best jugak dapat kejutan, boleh takbir banyak kali.. ngeeee.. Beratnya tajuk yang ingin dibawa, yang mendengar pula adalah kaum ibu. Bagaimana nak menyampaikan tajuk yang biasanya dekat dengan para remaja muslimah nak disampaikan dalam acuan buat ibu?? Alhamdulillah.. saya dicadangkan untuk menyampaikan tentang kemuliaan dan peranan ibu sebagai wasilah menjadi bidadari syurga.

Ya.. “ibu” besar sahamnya untuk mendapat keuntungan sebagai bidadari syurga. Tetapi tinggi risikonya. Tetapi lumrah bila tinggi risikonya maka pulangannya adalah lebih lumayan. Sifir kewangan..
Bagamimana peranan ibu mampu membawa gelaran bidadari??

1) Kesusahan dalam mengandungkan anak
2) Kesakitan melahirkan anak
3) Kepayahan membesarkan anak dengan memberi keperluan jasadiah dan rohani anak2
4) Doa yang baik untuk anak-anak

Mampukah kita nafikan besarnya peranan dan pengorbanan seorang ibu? Mampukah kita nafikan gelaran “bidadari” daripada insan yang bernama ibu? Mereka bahkan menjadi bidadari yang sangat cantik apabila peranan ibu ini diperkuat dengan peranan sebagai HAMBA ALLAH yang taat kepada Tuhannya melalui solatnya, puasanya dan amalan hasanah di sisi Allah.

Bagi yang belum bergelar ibu, kukuhkan prestasi anda sebagai isteri yang solehah dengan melunaskan tanggungjawab kita kepada suami. Tetapi ingat tanggungjawab kita sebagai isteri bukan atas jasadnya sahaj tetapi hatinya. Jika seorang pengarah syarikat memilki setiausaha dalam mengingatkannya dalam semua urusan maka dalam keluarga kita, isterilah yang perlu bertindak sebagai setiausaha bukan timbalan pengarah..yang menggantikan suami apabila ketiadaannya. Jadilah setiusaha kepada hatinya kerana suami kita bukan malaikat maka dia juga punya kekurangan dan kelalaian.

Menjadi bidadari dalam status bujang hakikatnya lagi mudah.. Mainkan peranan sebagai hamba, anak dan sahabat dengan sebaiknya. Zaman muda adalah zaman yang lapang untuk beribadah kepada Allah dengan bebas. Ya.. terpulang pada kita untuk mencorak bagaimana indahnya masa muda kita dengan amal ibadah.

Teringat kata-kata isteri seorang murabbi :
” Benar, menjadi isteri itu indah tetapi selagi masih belum dimiliki, manfaatkannya sebaik-baik mungkin. Kerana bila dah berkahwin dan punya anak, ibadat kekadang terganggu dengan anak-anak.. puasa sunat perlu izin suami dan tahajud pasti tak puas kerana kesibukan dengan anak2 walaupun hakikatnya apa yang kita buat selepas menjadi isteri dan ibu itu ibadah jika diniatkan kerana Allah tetapi berpuas2lah dulu dengan amal ibadah kamu sewaktu bujang. Takut kamu kesal kehilangannya kelak”

Allahurabbi.. benar apa yang dikata. Tidak menyesal kerana yang berganti itu juga baik tetapi merasa sedih zaman bujang yang penuh dengan emas2 masa tidak dinikmati dengan sebaiknya, ^_^ tetapi tetap bersyukur.

Jika diimbau kisah wanita zaman jahiliah sangat-sangat membuatkan saya bersyukur kerana lahir selepas kedatangan Baginda S.A.W. Di zaman Arab jahiliyyah dahulu, nilai seorang perempuan hanyalah ibarat seperti barang dagangan. Sebelum bernikah, seorang perempuan akan ditiduri oleh sepuluh orang lelaki sampailah ia melahirkan anak. Dan seorang lelaki dari yang sepuluh tadi yang mukanya paling sama dengan muka bayinya akan dipilih untuk menjadi suaminya. Apabila seorang perempuan kematian suami, setahun dia akan dikurung di dalam bilik gelap, tidak boleh mandi, tidak boleh menukar pakaian dan tidak boleh makan makanan yang sedap-sedap. Setelah setahun, seluruh badan akan dilumurkan dengan tahi unta untuk membuang sial. Bahkan ada juga yang akan di’pakai’ pula oleh anak lelakinya sendiri sebagai isteri setelah kematian suami. Dan ramai yang menanam hidup-hidup bayi perempuan mereka sendiri kerana menganggap anak perempuan akan mendatangkan sial.

Tetapi setelah kedatangan Islam, perempuan diangkat dan dibela. Syurga berada di bawah telapak kakinya. Amalannya walaupun kelihatan sedikit, tetapi pahalanya sama seperti seorang lelaki yang keluar berperang di jalan Allah. Dan dia tidak boleh disentuh oleh mana-mana lelakipun melainkan setelah melalui proses akad nikah. Kecantikannya pula, hanyalah boleh dilihat oleh ahli keluarga dan suaminya sahaja. Betapa istimewa dan tingginya Islam mengangkat perempuan.

Tetapi alangkah sedih sekali pada hari ini, bila perempuan itu sendiri yang merendahkan semula darjat mereka setaraf dengan perempuan-perempuan di zaman jahiliyyah dahulu. Sungguh ironi.

Baginda telah memberi ruang untuk wanita bangkit dalam platform yang terbaik untuk meraih ganjaran bidadari sebaik bidadari syurga. Tinggal sahaja kita yang melangkah haluan dan mencorak perjalanan.. Apalagi, jom bangkit sebagai bidadari dunia dambaan lelaki soleh. Penuhi syurga, jadi penghulu kepada bidadari syurga. Jom kita bertemu dalam nikmat secantik-cantik ciptaan Allah  walaupun apa wasilahnya.. ^__^

Ingin menjadi bidadari dunia, jom kita raih gelaran wanita solehah di sisi Allah.. bentuk identiti wanita solehah bukan sekadar pada pakaian yang tampak zahir tetapi pada hati yang tunduk pada Allah dan pada amalan yang bersih daripada sebarang perkara yang merosakkan. Telah banyak buku-buku yang diterbitkan dalam pasaran dengan tujuan memberi panduan kepada wanita untuk membentuk identiti wanita solehah bidadari dunia bahkan bolehlah kita katakan BIDADARI ITU DI DUNIA.. ^__^

Auratnya kan tidak terdedah murah.
Akhlaknya kan sopan tidak mudah berubah.
Prinsipnya kan kuat tidak tergugah.
Kerana iman yang mengikat,
membuatkan seorang wanita itu menjadi hebat.
Ingin menjadi
muslimah sejati itu susah..
mukminah tambah susah..
mujahidah juga payah..
Namun, susah-payah itu takkan diendah
akan digagahi, akan ditabahi
demi solehah, demi Allah
kerna akhir pasti indah.
MARI SOLEHAHKAN DIRI YA UKHTI..
Wallahua’lam
 
1 Comment

Posted by on November 11, 2012 in USRAH