RSS

Monthly Archives: December 2012

Sepi Tetapi Tak Berhenti!

posHari kedua berada di bumi Ilmu.. Hujan mulai reda. Alhamdulillah, sang mentari masih berpeluang mencelah di awan mendung walaupun sebentar. Pasti seluruh makhluk tersenyum riang. Begitu juga aku. 🙂  Masih terbayang lambaian ibu yang menjadi bekal dalam musafirku dua hari yang lalu. Sebak, seakan-akan baru pertama kali aku pergi jauh dari insan kesayangan itu. Beberapa kali aku mengeluh, “mak, tak nak balik”. Tetapi aku sendiri tahu keluhan itu hanya suatu yang sia-sia. Pergi tetap menjadi pilihan terpaksa! Namun aku melafazkan syukur saat perjalananku dipermudahkan Allah..

Setibanya di bumi Ilmu, perasaan pertamaku adalah asing! Langkahku terasa sumbang seperti pertama kali aku memijakkan kaki di bumi ini 2 setengan tahun yang lalu. Mungkin kerana rasaku tanpa teman-teman yang dulu mula mencuit hati dan menghasut mindaku. Bertemu dengan adik-adik baru yang tak ku kenali menjadikan perasaan itu semakin kuat.. Namun aku menarik nafas sedalam-dalamnya, moga tenang melangkah. Moga kuat menjernikan prasangka. Mulakan dengan senyuman..

Aku kuat! Tetapi semakin aku cuba untuk kuat, semakin kuat jugak rasa itu mengasak jiwa. Semakin sebak! Terlintas di hati “nak balik Sabah cepat“. Perasaanku semakin diuji. Hatiku mula untuk tidak mensyukuri pilihan sendiri. Ya, memilih membuat tesis daripada melakukan praktikal. Allahukabar! payahnya saat diuji dengan perasaan TAK SUKA..Aku jauh dari syukur..

Ditambah pula dengan khabar yang bertamu dalam kotak memoriku. Seakan-akan mengejek aku yang sedang belajar untuk positif. Unsur negatif mula bermain dalam minda. Mencabar rasa marah yang tersimpan, mengusik rasa ingin mencelah dan membebel. Bagaimana aku akan mampu untuk positif??

Ku tarik nafas sedalam-dalamnya. Ku ingat kembali segala apa yang telah ku hidangkan buat si akal yang setia menatap tulisan-tulisan para asatizah. Restart minda & re-framing segala keadaan negatif yang melingkari hidup. Aku mula fokus dengan apa yang ingin ku selesaikan. Alhamdulillah sedikit sebanyak aku mula membuang rasa cuak & ‘berat’ dalam langkahku di hari yang mendatang.

Aku memang sendiri tanpa sahabat-sahabat yang setia di sisi, tetapi tak bermakna aku perlu berhenti dari terus melangkah ke hadapan. Aku tidak mudah untuk memilih diam, menjadi pasif dan digelar orang yang ‘hilang’ dari medan juang. Hatta aku harus sendiri! Semangat ku seakan kembali. Pertemuan pertama dengan ketua jabatan pagi tadi menumbuhkan rasa “ingin”. Ingin lebih kedepan. Alhamdulillah, awal kehadiranku Allah telah tunjukkan bantuanNya. Mendapat tawaran untuk ke seminar Gen-Y yang perbincangannya menghidangkan topik yang sangat sesuai untuk dijadikan bahan tesisku. Rezeki!!! 🙂

Aku mula merasakan keseronokan ilmu.. aku mula untuk melupakan rasa sedih dan risau yang mengusik.Hidup dalam lingkungan hari ini, aku belajar untuk lebih cepat menyelesaikan masalah dan kerja yang telah diamanahkan. Tak sabar nak balik ke bumi tarbiyah (Tawau)..

Yap! susah tak semestinya menyusahkan.. 🙂 Allah bersama..

 
Leave a comment

Posted by on December 26, 2012 in BICARA HATI

 

Cakna si Hud-Hud & Hati Emas si “Little Bird”

burungAku memandang burung yang bebas berterbangan di awan biru.. Hari ini cuaca sedikit mendung. Aku berkira-kira, mungkin hujan bakal membasahi bumi Tawau hari ini. Bila? Wallahu alam.. Dia sebaik-baik Perancang. Andai hujan menjadi tetamu siang, moga ia menjadi tetamu yang membawa rahmat..

Burung-burung itu masih lagi ‘gembira’ menongkah angin. Sayapnya kelihatan garang bersuara “Aku mampu untuk terus terbang!”. Lantas aku terbayang 2 ekor burung yang terakam dalam dua kisah nabi mulia.

Hud-Hud dan si burung kecil yang ku tak kenali namanya..

Kenapa dengan burung-burung ini?

CAKNA SI HUD-HUD

Benar.. ia adalah burung yang hidup pada zaman Nabi Sulaiman. Zaman kegemilangan seorang nabi yang bergelar Raja. Raja kepada manusia, haiwan malahan jin! Sangat hebat! Hud-hud adalah pembukaan kepada ‘hijrah’nya seorang ratu. Ratu Balqis pemerintah kerajaan Saba’. Allah meletakkan jasa yang besar kepada seekor burung kecil.

” Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar”

Aku belajar daripada Hud-hud yang hampir di hukum oleh Nabi Sulaiman kerana keterlewatanya untuk berkumpul menemui Nabi Sulaiman. Aku belajar mengasah sikap “cakna” dalam diri agar lebih tajam dan bermanfaat untuk orang lain.

Cakna keadaan di sekeliling, kenali persekitaran yang berkualiti untuk kebaikan Islam. Tidak kira siapa atau apa. Menjaga tepi kain orang bukan menjaga dalam kain!! Melalui pandangan mata bukan sekadar kita mampu mencari kebaikan untuk diri sendiri tetapi juga untuk ummah yang mendambakan teguran dan didikan dari mereka yang berilmu.

Seperti Hud-Hud terbang di awan negara Saba’.. bukan sekadar melintas di atasnya tetapi singgah untuk memerhati dan berfikir. Hingga dia mampu membawa satu khabar yang kini menjadi sejarah hebat dalam Islam.. Allahu akbar!! Jiwanya besar.

Kita? Mampu punya jiwa yang besar. Pandanglah sesuatu dari kacamata dakwah bukan sekadar memadang kosong. Tidak malu kah memandang keindahan dan kejadian disekeliling milik Tuhan tapi sombong untuk berfikir dan mencari hikmah disebaliknya.

Teringin nak “terbang” seperti hud-hud dan pulang membawa ”hadiah” besar untuk Islam..

HATI EMAS SI BURUNG KECIL

Ingat lagi kisah perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang sedaya upaya mengalihkan kepercayaan umatnya termasuklah ayahnya si pembuat patung berhala kepada mentauhidkan Allah? Alhamdulillah.. Dalam kisahnya menghancurkan berhala sehingga dibakar oleh orang-orang yang jahil terhadap Tuhannya, ada satu kisah indah yang terselit..

Saat api sedang marak cuba membakar Nabi Ibrahim, si burung kecil bersusah payah membawa air dalam paruh kecilnya. Untuk apa? Untuk memadamkan api setinggi bukit yg sedang cuba memakan jasad Nabi Ibrahim.. Seakan-akan lagaknya sia-sia.. Dia menjawab dengan yakin saat burung-burung lain memperlekehkan usahanya.

“Sekurang-kurangnya aku ada jawapan kelak dihadapan Allah saat aku ditanya apa usahaku menyelamatkan kekasihNya”

Aku tersentak.. bahkan mungkin burung-burung lain juga begitu. Dia sikecil yang punya hati yang besar..

Aku belajar mengenal dan memahami hakikatnya Allah tidak menilai kejayaan kita tetapi Allah menilai usaha yang kita lakukan. Jadi kenapa perlu berhenti? Di saat kaki mula letih membawa usaha-usaha kecil ditambah pula dengan sambutan yang hambar dan rasa tidak memberi kesan apa-apa, maka hati mula berkira-kira untuk berhenti. Tidak malukah pada si burung kecil itu!! Dia punya hati emas walaupun tidak memiliki akal sehebat manusia dan kita miliki akal yang hebat cuma tidak mahu berusaha memiliki hati emas.. Sangat memalukan!!

Aku belajar untuk terus memikul usaha kecil ini.. Tanpa mengeluh tanpa bersedih.. Tidak resah tidak gelisah..

Inginku dakap hati emas itu dalam dakwah yang berliku.. Moga si burung kecil itu sudi menemani. Biarlah tiada siapa yang melihat usahaku, moga Allah redha itu yang utama… 

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2012 in TARBIYYAH

 

I Love My Quran.. Lot of Love.. ^_^

Sesuatu yang menemani aku pada awal hijrahku sehingga kini.. Menemani saat aku gah berdiri dan ketika aku tersungkur jatuh, kalah dengan nafsu dan perasaan sendiri..

Alhamdulillah.. hampir 8 tahun Terjemahan Quran ini menemaniku..  Si hitam (warna kulitnya) yang bercahaya. Tak sedar, suda begitu lama menjadi teman setia. Baunya sudah sebati dengan deria rasaku, helaian demi helaian telah ku belek berkali-kali, hampir renyuk kerana kesetiaan jariku..  Telah banyak tanda menjadi kesan untuk ku jejak kembali firman Allah yang berbekas di hati. Kekadang membelai lembut, kekadang menampar dengan keras.. PeringatanMu Allah..

Alhamdulillah, aku menghargai kehadirannya.. memilikinya dengan usaha sendiri membuatkan aku lebih menghargai.. Bahkan tidak pernah pula aku ingin mencari pengganti walau kini ku lihat ramai yang cuba untuk mempromosikan yang terbaru di pasaran.. Cantik tetapi ia sudah cukup..

Cintaku telah jatuh padanya. Sayangku telah berpaut dengannya. Ia ISTIMEWA.. baru ku faham, resah hati sahabat tersayang. Saat ‘si hitam bercahaya’ miliknya telah hilang.. Aku sendiri melihat kulitnya hampir berpisah dengan isinya, seperti sedang cuba sedaya upaya untuk tegar melindungi Kalam Indah Ilahi..

Biarlah.. aku ingin terus setia mendampingi setelah sekian lama ia menemani.  Ya.. mungkin ada ketika aku membiarkan ia sepi di satu sudut menyendiri, tetapi biarlah kali ini aku yang berlari mencari.. kerana aku yang pernah menjauh pergi.

Aku tak ingin ia bertukar ganti, kerana aku sangat serasi dengannya. Andai suatu masa ia tak mampu ditutup rapi, biarlah mataku terus sahaja menghargai..

Ialah penghibur dan teman sejati..Moga di akhirat kelak ia menjadi saksi..

tman sejati

I LOVE MY QURAN…

 
2 Comments

Posted by on December 14, 2012 in BICARA HATI

 

Facebooker.. jom cermin diri..

fb

Kempen dengan slogan  ‘Andai Rasulullah melihat kita berfacebook’ mula menyedarkan kita bagaimana perlunya kita beradab dan ‘berhati-hati’ dalam mengendalikan laman sosial yang popular ini, namun kini sambutannya hanya suam-suam kuku sahaja, sentuhannya semakin kurang menyengat. Kenapa ya? Di mana kurangnya??

Sebenarnya, bukan masalah alat? tapi masalah hati si pengguna..  Yap, macam saya,  awak, dia, kamu dan mereka.. yang punya Facebook. Tak kisahlah 1 or 2 akaun, bahkan ada yang lebih daripada itu rasanya. Nah, makin banyak akaun makin besarlah amanahnya kan?

Fenomena dalam Facebook

Dalam facebook, kita juga mampu belajar mengenal dunia. Mengenal karenah manusia yang pelbagai. Kekadang ada yang menilai manusia lain melalui aktiviti yang dilakukan terhadap FB masing-masing. Tak kisahlah samada status yang dikemaskini. atau gambar-gambar yang dimasukkan sebagai hiasan pada wall. TAPI jangan silap menilai pulak, yang pasti apa yang kita pandang dan baca dalam ruang sosial ni banyak AUTA berbanding FAKTA.. al maklumlah, masing-masing nak tunjuk diri ‘perfect’, baik, macho, cantik dan sewaktu dengannya :

1)   Isu wanita dan Niqab.. ataupun dikenali sebagai niqabis. Mereka memang cantik. Dengan mata yang dihiasi alis yang menawan, cukup membuatkan saya berkata ” tak perlu hidung, bibir dan pipi.. cukup mata, kami da jatuh hati dan rasa suka”

Wait a minute.. apa tujuan paparkan gambar sendiri?? Ok fine..hak masing-masing. Tak palah, yang saya tahu ” SAYA TAK SUKA!!! SAYA TERASA TURUT DIPERAGAKAN”  Apa?? tak setuju? Maaf, ni hak saya mengeluarkan pendapat. ^_^

Sebenarnya, saya kecewa. Tindakan ini memberi fitnah kepada golongan ‘niqabis’.. mereka (yg tak tutup aurat) berkata “cakap jangan dedahkan diri sesuka hati tapi mereka juga memperagakan kecantikan mata”.. Allahu akbar, saya semakin tercabar, mungkin juga semakin rasa dikecewakan..

2)   Muslimah yang suka masukkan gambar… Saya tak kisah jika beramai2 dan jaraknya sangat jauh.. (tetapi hati saya tetap memilih x perlu) tetapi jika gmbar itu boleh mengundang muslimin yang memandangnya sangat teruja untuk memuji ‘kesolehaan’ kita, baik jangan.. Kasihan mereka, sukar menjaga hati asbab kita walaupun bukan kita asbab sepenuhnya tetapi elakkan. Pilihlah jalan dan tindakan yang paling selamat dari yang selamat.

Sebagaimana kamu malu ditenung di dunia sebenar, begitu jugalah kamu patut malu untuk memperagakan diri dalam alam maya dengan senyuman yang cukup menawan dan gaya yang betul-betul menarik.. Betulkan? Cuba fikir.. kita bila nak ambil gambar yang bukan ‘candid’ mesti akan memberikan senyuman yang paling terbaik yang kita ada dan membuat gaya yang paling ‘sopan’ dan menarik bukan?

Kena ingat orang yang memandang di alam maya lebih ramai dari di alam nyata.. 🙂

3) Upadate status : “aku suda dilamar”  “tengah duduk makan”  “Kejap lagi nak ke pasar”.. Rajin sangat update. Ops lupa, handphone canggih. So, senanglah nak update. BB terus dari handphone 24 jam.. Hak kamu.. Tapi sekadar nak ingatkan,  setiap yang kita lakukan hatta duduk pun Allah akan soal di akhirat kelak.. Sebab apa? Sebab masa yang kita sedang gunakan ni milik Allah. Kita meminjam saja. Andai Allah tanya “Apa manfaat yang kita dapat dari post2 tu?” Nak jawab apa ya??

‘Post’lah status-status yang mampu memberi manfaat kepada orang lain yakni masyarakat ataupun agama. Paling kecil pun manfaat untuk diri. Actually, manfaat yang sebenar-benarnya manfaat.  Bukan semata-mata nak  hilangkan stress.. 🙂 Pilihlah manfaat yang membantu di dunia dan juga akhirat kita.

Sama juga apabila kita nak komen.. Pastikan ada nilai. Hatta, kita kata “setuju”. Kita niat untuk meraihkan. Moga sahabat kita tu makin bersemngat menyebarkan dakwah.. Bergantung pada niat kita sebenarnya.

4) Chatting : Hati-hati, ikhlitan perlu dijaga bukan sekadar di dunia nyata tapi juga di alam maya. Tidak terkecuali. Chat dengan yang bukan mahram, biarlah sekadar yang perlu dan penting sahaja. Elakkan bergelak ketawa “hehehehe” “hahahaha”.. sweet jer kan, tapi hot di masyar kelak.. ^_^

Chatting dengan sahabat sejantina, biar bahasa melembutkan hati si pembaca (si pendengar). Bahasa (lidah) mencerminkan hati.. baik lisan yang dilafazkan menggambarkan baiknya hati.

P/S : Facebook mampu menjadi ladang, terpulang pada hati yang mengeluarkan rasa mengerakkan jari untuk memberi dalam laman sosial ini. Apa yang kita pandang, kita tuturkan dan kita lakukan semua adalah pilihan kita. Dalam memilih, pilihlah yang TERBAIK, paling TERBAIK ya.. Bukan sekadar untuk dunia tetapi untuk akhirat yang utama..

Bukan untuk mengondem tetapi karangan ini untuk garis pnduan diri.. mungkin suatu hari, saya juga lalai dari berdiri di atas garis prinsip sendiri.

Mungkin hari ini, sayalah orang yang rasa malu untuk update status “main-main”, masukkan gambar tanpa tujuan, chatting dengan mereka yang tak selayakknya. Ya, saya akui. Saya banyak berfikir sebelum nak update sesuatu. Gambar apatah lagi, nak komen kat wall orang lain berfikir berkali-kali.. kekadang dah tekan tetapi cepat juga ‘delete’ semula. TETAPI ini adalah saya hari ini, hari esok dan sterusnya saya sendiri tak tahu. Moga teguran ini menjadi ‘wasiat bermakna’ buat saya kelak.. Buat kita.. ^_^

 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

NOVEL : KERANA DIRIMU WANITA (Bab 1 : Bahg 1)

 BAB 1 : DISAPA UJIAN 

Dia sayu memandang langit biru. Petang ini hatinya sangat resah. Andai mampu dia khabarkan pada semua, ingin saja dia menjerit. Luka hatinya hanya Allah yang memahami.  Dia tertunduk, memeluk erat buku–buku yang dibawanya. Kakinya menapak pergi meninggalkan perpustakan yang menjadi tempat merehatkan minda. Baginya buku adalah teman yang baik tetapi hari ini hatinya tidak betah untuk berlama-lama dalam taman ilmu itu. Air matanya kembali bersarang dibirai mata. Perit terasa. Hanya Tuhan Yang Tahu.

Jumriani meneruskan langkah. Niatnya ingin cepat sampai ke bilik. Tidak mampu lagi rasanya membendung air mata. Dia tidak mahu orang lain melihat kesedihan dan kesakitan hatinya. Cukup dia sahaja yang merasanya.

“Kak jum! Kak jum!”

Langkahnya terhenti. Dia menarik nafas dan menoleh ke belakang. Bibirnya cuba mengukir senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu andai insan itu menghidu kesedihan hatinya.

“Eh, Nadia. Kenapa dik?” Huluran tangan nadia disambut mesra.

“Nak tanya akak tentang usrah malam ni. Jadi tak kak?”

“Owh, ingatkan apa da tadi. Hehe. In Shaa Allah jadi, seperti biasa ya. Maklum pada yang lain. Maaf, kak lupa nak balas mesej Nadia tadi.” Kesal Jumriani. Hatinya beristighfar panjang. Bagaimana dia lupa hal sepenting itu. Dia memarahi dirinya.

“Ok kak. Jumpa malam ni ya. Nad ada kelas lagi ni. Akak nak balik bilik dah?”  Soal Nadia.

“In shaa Allah, iya dik. Kak da tak da kuliah lepas ni. Nak balik rehat sekejap.” Jawab Jumriani. Senyumannya tak lekang di bibir. Itu saja cara untuk dia menyembunyikan kesedihan daripada adik usrahnya itu.

Pertemuan ini betul-betul memukul hatinya. Dia masih kesal, kerana masalah itu dia lalai terhadap tanggungjawabnya. Amanah sebagai Naqibah.

“Ampunkan aku Ya Allah” Bisik hatinya penuh harapan. Read the rest of this entry »

 
4 Comments

Posted by on December 8, 2012 in NOVEL

 
Image

Penawar hati yang lemah..

saat diuji

 
Leave a comment

Posted by on December 8, 2012 in BICARA HATI

 

Aku mula belajar..

geAku mula belajar..

Disaat aku mula berputus asa..’Restart’ semula apa yang sedang aku jalani. Alhamdulillah, hanya perlu sedikit usaha dan kesungguhan serta ditambah dengan doa yang tak putus-putus. Moga Allah beri kekuatn demi kekuatan. Tak kisah penat bertatih asal hati semakin tenang terisi. It’s good than nothing, kan?

Bukanlah bermula dari ‘kosong’ tetapi mengisi runang yang ‘kosong’..

 

Langkah pertamaku..

Uzlah.. bukan menjauhkan jasad daripada masyarakat tetapi merehatkan hati dan pemikiran untuk seketika. Ianya perlu untuk membina diri. Kekadang tenggelam dalam dunia yang penuh dengan rantaian hubungan dengan manusia boleh membuatkan aku alpa. Apatah lagi diiringi dengan pujian. Sangat meresahkan. Hati semakin jauh dari keikhlasan.

Hati yang memberi tanpa keikhlasan ibarat berkerja untuk menyuburkan kebun orang lain membiarkan kebun sendiri kering dan terbiar. Bermula dengan Facebook.. dari peng’update’ tegar menjadi ‘silent reader’. Alhamdulillah dikurniakan kemahiran berbahasa membuatkan senang untukku meng’update’ status setiap hari. Tetapi yang bahaya pada hati adalah melihat bilangan sahabat-sahabat yang ‘LIKE’.. sangat menguji. Maka aku memilih untuk mencegah dari merawat.. ^_^ sebab aku da mula rasa lain da pun..

Langkah kedua..

Alahai banyaknya buku kat almari buku ni. Banyak juga yang masih belum habis ku tatap patah lagi ku hadam dengan baik isinya. Maka kekosongan ini aku isi dengan membaca buku-buku itu.. Andai Allah takdirkan buku tu boleh berkata-kata, mesti ia telah menjerit padaku. “Bacalah kami!!”.. 1 minggu 1 buku. Membaca adalah kelansungan dalam memberi. Bacalah, in shaa Allah, kita tak rugi. Tidak akan rugi.

Buku adalah terapi buatku.. terapi yang terbaik untuk meningkatkan motivasi diri. ^_^ Moga aku jadi makin berilmu.

Langkah ketiga..

Memperbaiki dan mempertingkatkan ibadah yang sedia ada. Macam mana mengukurnya? List taklifan peribadi menjadi kayu ukur. Memperbaiki yang wajib dan membiasakan yang sunat.. ^_^ bermula dengan amalan-amalan yang kecil. Pesan nabi s.a.w, baginda cinta dengan orang yang sikit amalannya tetapi istiqamah.

Ya.. istiqamah.. senarai taklifanku :
– Bacaan al mathurat pagi/ petang
– Solat dhuha
– Baca quran 2 m/s sehari
– Bacaan al mulk sebelum tidur

Ini dulu.. yang termampu. Jangan gopoh nanti terasa beban. Orang kata “biar lambat asal selamat”.. ^_^ In shaa Allah da mampu nak tambah dan mula rasa seronok dengan yang ada, alhamdulillah boleh tambah lagi kan. Mungkin dengan :

-solat sunat rawatib
-solat sunat taubat sebelum tidur
-Qiam seminggu sekali

Its getting fun.. ^__^

Langkah keempat..

Muhasabah dan terus muhasabah.. Perbaiki dan terus membaiki..Belajarlah untuk IKHLAS dan TAWADDUK.. Bir tak dikenali di dunia yang penting terkenal di seluruh pelusuk langit. Tetapi tetap memilih untuk menjadi yang terbaik sebab MUSLIM itu hebat kerana agamanya yakni ISLAM. Masakan saya ingin mencapai yang biasa-biasa saja sedangkan ISLAM itu luar biasa hebatnya.. ^_^

Hidup bukan untuk meletakkan fitnah pada Islam tetapi meletakkan Islam pada tangga yang paling tinggi. Aku mula belajar.. dan aku belajar semula.. disaat aku hampir berputus asa. Aku ada Allah. Itu Pasti!! ^_^

 

 

 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2012 in TARBIYYAH