RSS

Monthly Archives: January 2013

2013.. IDENTITI DAN REALITI

“Tak sambut tahun baru?” Ayah bertanya. Sayup mendengar suara ayah ditalian.

“Tak la..biasa jak” Aku membalas.

“Jiran dah mula berpesta. Kami pun nak sambut, makan-makan kat rumah jak. Tak berkaraoke pun” Sindir ayahku. Fahamlah aku apa yang cuba ayahku sampaikan. Jiran kami suka membuat pencemaran bunyi. Dengan suara yang tak merdu dan lagu yang sangat membingitkan. Mangsanya adalah kami sekeluarga dan juga jiran yang lain. Kekadang hilang sabar tetapi tak mampu nak buat apa-apa melainkan tetap SABAR. Pernah juga terlepas berdoa yang buruk-buruk. Cepat-cepat beristighfar. Nabi tak ajar sikap mendoakan keburukan atas orang lain..

Hukum Sambut Tahun Baru Masihi

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;

a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.

b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.

c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.

d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory).

Hakikatnya kita dianjurkan untuk lebih menggunakan kalendar hijrah atau Islam kerana ianya merupakan identiti kita sebagai muslim. Pengiraan zakat,puasa dan haji juga adalah mengikut kalendar hijrah, maka amat penting untuk seorang muslim cakna terhadap kalendar Islam.

 

AZAM TAHUN BARU UNTUK BERUBAH

1 Januari adalah hari memperkasakan perubahan dalam diri seperti mana hari2 lain apabila telah memilih untuk berubah pada 1 muharram. At least 1 muharram lebih bermakna buat kita as muslim apabila azam kita seiring dengan peristiwa besar Islam yakni Hijrah..

Tetapi tidak salah jika kita ingin memulakan azam baru atau hijrah kita pada 1 januari. Tidak haram. Setia hari adalah peluang untuk kita berubah, terpulang pada diri sendiri. Cuma pemilihan tarikh-tarikh tertentu seperti tahun baru mampu menjadi pemangkin semangat untuk melakukan perubahan. Kita lebih teruja dan bersemangat untuk berubah. Pastinya tarikh itu akan menjadi satu tarikh bermakna dalam diri.

SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI LEBIH MERIAH?

Ya, tidak dinafikan. Sambutan tahun baru masihi lebih meriah dan “boom!” berbanding sambutan awal muharram terutamanya bagi para remaja. Mereka menjadikan tahun baru masihi sebagai satu pesta besar-besaran yang pengisiannya sangat bertentangan dengan akidah dan budaya kesopanan melayu.

Setiap kali tahun baru menjengah, maka pihak berkuasa seperti jabatan agama akan merangka satu gerakan untuk membasmi “maksiat tahun baru!”. Inilah situasinya.. remaja asyik dengan kebebasan bermaksiat dan kemuncaknya adalah hari-hari besar sebegini. Dimana nilai anak melayu yang seutuh Hang Tuah, semanis Mahsuri dan secantik Puteri Gunung Ledang??

Kebiasaan menggunakan kalendar masihi sedikit sebanyak mengikis sikap peduli kita kepada hari2 Istimewa lagi bermkna dalam kalendar Hijriah. Namun tidak salah untuk meraihkannya tetapi bersyarat sepertimana yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. 

Tetapi jangan sampai hilang peduli. Meraihkan masihi lebih hebat & bersmngat berbnding meraihkan tahun baru hijrah.. Penghargaan untuk kalendar bukan Islam lebih hebat dari kalendar Islam sendiri. 

“Awak Islam?”

“Ya, saya Muslim.”

“Hari ni berapa safar?”

“Emmmm… safar yer. 21 kot. Yang saya tahu hari ni tahun baru. 1 januari 2013”

Ni la hakikatnya umat Islam sekarang. Mereka ada sikap peduli tetapi salah peduli. Lebih peduli pemberian dan pencapaian agama lain tetapi pencapaian Islam dipandang sepi. 

Ingatlah! Tahun baru tak bermakna andai hati dan iman masih lagi tidak diperbaharui. Masih saja menjadi mereka yang cintakan maksiat.. Biar semangat meraihkan tahun baru seiring dengan semangat memperbaharui iman dan amalan. Biar lebih baik, biar lebih cantik dihadapan Allah kelak. 

Realitinya, inilah identiti umat kini.

 
1 Comment

Posted by on January 1, 2013 in BICARA HATI