RSS

Monthly Archives: February 2013

Buat mereka yang “hebat”!!

Saya menjadikan penulisan sebagai terapi diri. Terapi untuk hilangkan rasa marah. sedih ataupun untuk melupakan perbuatan orang terhadap saya sendiri..Saya menulis semahunya tetapi mahu yang dipandu dengan rasa tahu bahawa tulisan saya ini bakal dihisab oleh Allah kelak. So, mahu tidak mahu tulisan saya wajib terikat dengan batas hukum. ^_^

Hakikatnya sesedih mana saya, semarah mana hati saya tetap juga tak mampu menjadi tiket untuk saya menulis sesuatu mengikut nafsu.. Dan sekarang, saya tengah marah.. ngeee.. mungkin juga perasaan benci.

Saya istighfar banyak-banyak kerana siapalah saya untuk membenci makhluk Allah yang lain.

Saya marah dengan sikap manusia yang baik dihadapan orang atasan tetapi hakikatnya sangat menyusahkan hidup dan urusan orang bawahan.. Tepukan besar dan lantang buat insan-insan ini!!! Apa yang ada dalam fikiran mereka???

Terlalu sempurnakah mereka?
Terlalu baikkah mereka ?

Sehingga memandang orang lain sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan. Sehingga sanggup meninggalkan kapal ditengah lautan hanya kerana tidak ingin bersama orang-orang yang lemah. Allahuakhbar, sehebat mana mereka???!

Saya penat berdepan dengan mereka yang suka bertopeng. Diajak berbincang, hanya mengangguk dihadapan.. bila ditinggal bijak pula berhujah menegakkan benang yang basah. Manusia.. hanya kerana kuasa, kita hilang rasa mahabbah sesama kita. Hanya kerana nama, kita suka menempah neraka.. mulut semakin berbisa dan mata semakin tajam memanah. Tepat ke hati, biar sampai mati kan.. 🙂

Terima kasih kerana menjadi asbab untuk saya lebih banyak belajar untuk sabar dan tenang..

Saya beringat dengan peringatan dari Allah..
“…Janganlah kamu merasa suci, sesungguhnya Allah lebih tahu siapa yang bertaqwa..”

saya ada ALLAH, kami ada ALLAH yang lebih atas daripada pihak atasan kamu.. ^_^  mungkin sahaja kami terluka tetapi tetap juga kami tak gentar apatah lagi berputus asa.. saya sayang kapal saya walau seburuk mana ia belayar. Bukan meninggalkannya hanya kerana satu dua lubang yang mampu ditampal dengan kerjasama semua..

BTW.. saya serahkan pada Allah.. 🙂

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2013 in SEMBANG SANTAI

 

Coret Tawa

Pilihan Raya Kampus KIPSAS telah melabuhkan tirainya 2 HARI yang lalu dengan pengumuman keputusan pemenang kerusi setiap jawatan seusai Mesyuarat Agong MPPKIPSAS sesi 2011/2012 selesai (kami la tue) 🙂 Cuak jugak apabila duduk atas pentas dewan dan bentang semua laporan gerak kerja sepanjang kami memegang amanah sebagai MPP.. ^_^ the last memory with MPP..

TAHNIAH buat semua penggalas amanah yang baru!!!

Terasa lebih lapang dan ringan kepala bila jawatan sudah dilepaskan daripada bahu. Masa untuk diri sendiri!! 🙂 Relax dan enjoy dengan tesis dan aktiviti peribadi yang lain. Tetapi ingatkan dah boleh menarik nafas lega rupanya ada masalah lagi yang belum selesai,

 

Semalam dan hari ini.. saya menyertai Program Ziarah Dan Ramah Mesra dengan Penduduk Perkampungan Orang Asli Batu 14 Gambang, Kuantan.. Seronok walaupun programnya agak ringkas dan santai. 🙂 Sukaneka bersama kanak-kanak orang asli, its so fun. Bukan setakat orang kampung yang main, AJK lelaki pun terlebih kuah jugak.. hehehe..

Program pertama dimulakan dengan ziarah ke rumah-rumah sekaligus menanda rumah-rumah muslim dengan sticker “Assalamualaikm”.. Tapi malangnya group saya (zulfikah, hasif, illyani & saya) tak berjaya untuk menampal sticker tu pada pintu rumah kerana kawasan yang kami pergi semua NON-MUSLIM.. 🙂 nasiblah.. tapi alhamdulillah, sempat beramah mesra dengan mereka.. opss! lupa..dengan “hamster” mereka jugak.. sangat besar dan menakutkan..

Kami tiba di satu rumah.. ingatkan rumah MUSLIM rupanya NON MUSLIM.. nak tahu kenapa kami ingat rumah tu rumah muslim? Hanya disebabkan rumah tersebut menggantung lampu berbentuk ketupat.. hahahaha.. sinonim sangat melayu muslim dengan ketupat sampai lupa yang rakyat MALAYSIA ni 1MALAYSIA.. hahaha.. semangat jer bagi salam..  Tapi nasib kami baik sebab makcik tu peramah jugak. Apa tak nya, isteri tok batin…. hehhe.. patutlah rumah besar.. 🙂

Banyak pengalaman yang diperolehi.. kenangan manis bersama adik-adik junior yang jarang dapat bersama dalam satu program.. 🙂 BEST!

Program kemuncak adalah perasmian.. Yang ni paling menyengat telinga dan menyentap hati adalah ucapan perasmian daripada YB Suhaimi.. (geng UMNO)

“ADAKAH NAJIB ITU ZALIM?!”
“ADAKAH BN ZALIM??!”
“kerajaan dah bagi bantuan BR1M dan lain-lain.. Ptutnya kita bersyukur”

Dalam hati… “apalah yang orang ni cakap”.. hehehe.. Saya hanya tersenyum disebalik purdah. AJK lelaki yang  fikrah HIJAU semua bertukar BIRU apabila mngambil gambar dan kmudian bertukar semula HIJAU bila YB dah balik.. macam sesumpah,, Ketawa sahaja bila tengok gelagat “menganjing” adik-adik saya ni.. hahahaha.. Sempat lagi nak membodek YB… 🙂

Full day with laugh.. ngee ^_^

Sekarang… kembali membuat tesis. Setelah sekian lama “bercuti” sesuka hati.. hehe…  ^_^ v

Assalamualaikum..

 

 
Leave a comment

Posted by on February 23, 2013 in SEMBANG SANTAI

 

Merawat Luka di Hati

“Ujian Allah s.w.t buat insan yang dipeduliNya tidak akan pernah ‘senyap’ daripada garis hidup hambaNya itu. Kerana apa? Kerana hadiah Allah yang paling berharga yang tidak berikan secara ‘direct’ kepada hambaNya adalah SABAR..

Sabar itu dipupuk dalam hati secara berperingkat dan sedikit demi sedikit. Cara memupuknya bukan sekadar melalui teori tetapi juga praktikal yang utama. Andai tiada ujian, maka tiada kemanisan sabar di hati.. “

Begitulah saya memujuk sang hati. Berbicara sendiri. Rajuk saya seorang, pujuk saya juga seorang.. Saya lebih senang begini. Saya menempah kekuatan sendiri..dengan harapan Allah masih sudi memandang wajah sedih ini..

Dulu, bila ‘mereka’ menyerang..saya menjadi insan yang mudah melenting. Akhirnya, saya merasa lelah sendiri. Penat dan letih.. Kemudian, bila ‘mereka’ menyerang.. saya menjadi insan yang memendam dan diam. Saya menangis kepenatan menangung beratnya menahan lidah untuk melenting sedangkan saya tahu saya mampu untuk membalas dan mempertahankan diri sendiri..

Kini… bila diasak dengan “khabar buruk”, saya lebih banyak menyerah. Kekadang menangis untuk redakan rasa berat di hati. Selesai menangis saya diam dan biarkan sahaja. Mengumpul kekuatan untuk membiarkan sahaja.. Saya belajar untuk mengenal erti sabar sebenar.

Hari ini, sekali lagi ‘ditembk’ dari belakang. Sakit hati juga bila ucapan kita dimanipulasikan..dan menyebabkan timbulnya salah faham. Terima kasih kepada yang berjaya mengaibkan saya dimata orang lain. Saya hanya mampu mendengar dan belajar untuk bersabar..

Roomate kata “ kak patut bersyukur sebab mereka bagi pahala lebih”

Saya tersenyum tetapi sejauh mana manusia mampu untuk bertahan.. Hanya kerana isu khilaf, purdah!! Nama saya dijajah. Hanya kerana musim PR Kampus, saya dah lihat siapa diri ‘dia’ yang sebenar.. 🙂 saya tersenyum, begitu cetek akal manusia walaupun sehebat mana dia berpakaian. Sehinggakan seorang ustaz sendiri pun dibahas kredibilitinya.

Sehinggakan ada yang berani melontarkan tuduhan “ustaz UMNO” hanya kerana isu khilaf yang mereka sendiri tidak faham.. lontaran dan bantahan mengikut rasa semata-mata. Menunjukkan mereka sangat tidak matang..  Adab yang hilang hanya kerana ammarah. Hakikatnya mereka menunjukkan kebodohan sendiri.. Jangan mudah menuduh orang. Jika tida benar maka kita telah menfitnah dan jika benar bersemukalah. Jangan mengumpul dosa dengan mengumpat!! dan berprasangka buruk!

Tetapi dalam sedih, saya gembira kerana mereka mengajar saya merasa sedikit kedudukan sepertimana yang dilalui oleh Tuan Guru Hadi kini apabila amanatnya diputar belit . Walaupun ujian tak sehebat beliau tetapi saya belajar daripada beliau untuk terus tersenyum.. 🙂

ya.. ujian saya tak sehebat mereka.. saya mampu!

“jangan jadi orang yang tidak sabar, terus bersabar dan tetapkan bersabar. sabar itu sebahagian iman jadikan ia satu amalan”

 
Leave a comment

Posted by on February 8, 2013 in SEMBANG SANTAI

 

Sentapkan Diri!!

Jiwa itu sifatnya lembut.. Hati itu sifatnya terbuka.. Tetapi yang peliknya ada juga manusia yang punya jiwa keras dan hatinya TERTUTUP.. mungkin juga manusia itu saya atau kamu!! Bukan masa menuding jari, tapi masa untuk muhasabah diri..

Stop to be the beast yang degil!! Look at yourself!! Bukan menghalakan mata dan pandangan dengan orang lain sahaja. Mata itu bukan sekadar untuk pandang orang lain tetapi pandang diri sendiri itu yang UTAMA.. Dan bukan juga menjeling orang lain.. Bila kita banyak memandang orang lain dan menegur lumpur yang tercalit pada pakaian orang, kita akan lupa untuk memeriksa pakaian sendiri.. takut bukan sekadar lumpur yang melekat, najis pun terpalit sama pada pakaian kita.. Allahurabbi, kita lebih kotor dan busuk dari orang lain tanpa kita sedar..

Pelikkan manusia ni.. sangat unik bila mereka diberikan hati dan akal namun masih kaku untuk bertindak sebagai hamba yang baik.. Kekadang mengalahkan haiwan lagaknya. “Listen!! Haiwan pun ada masalah” maka Jadilah pokok sebab Mrs Listen tak cakap pun pokok ada masalah 🙂

Masalah sebenarnya bukan datang dari orang lain sahaja tetapi datang dari diri sendiri.. Betul tak?? Mereka yang berprasangka, hasad dengki dan busuk hati itulah yang suka sangat-sangat memberi masalah pada diri. So cheak hati kita.

Bagi yang memegang jawatan.. semak diri. Adakah kita layak bergelar pemimpin atau kita sebenarnya penguasa????!!

Bro! Sis! Jangan guna kuasa veto as boss.. kamu tu pemimpin bukan penguasa..kamu tak der hak nak berkuasa penuh dengan membuat semua keputusan tanpa berbincang.. Yang dibawah kamu bukan orang yang kamu beri gaji untuk mereka kelihatan seperti lembu dicucuk hidung tetapi mereka punya hak untuk membantah dan mencadangkan sesuatu. Kamu sekadar PEMIMPIN.. Bukan PENGUASA.. jangan mudah perasan!!! 🙂 -expecially untuk diri sendiri..

Semua manusia bila dipuji dan diangkat, mudah sangat perasan hebat!! Itu baru penghargaan dari manusia takut nanti ‘kosong’ dihadapan Allah.. Rugi.. rugi.. Sangat rugi. KIta berkobar kobar kata “pemimpin pelu terima teguran” tapi kita juga yan menutup fikiran dan hati untuk ditegur.. Inilah lumrah biasa bagi mereka yang rasa hebat berjawatan.. Moga kita belajar dari kesilapan.. ^_^ Sama-sama.. bukan sekadar kamu tetapi juga saya..

Allah maha Hebat.. kita? tak hebat lansung walau berjuta pencapaian yang kita telah perolehi… Dan saya belajar menyerahkan segala cacian dan tembak belakang tu kepada Allah.. mungkin sebab saya dah penat, penat nak “care” apa orang kata.. ^_^ saya memandangnya sebagai ujian atau ransangan untuk muhasabah.. mungkin lagi TENANG begini.. hehehe

Bahasa kasarnya “lantaklah nak cakap apa! tu urusan antara kamu dengan Allah!” 🙂

SMILE AND PRAY…

 

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2013 in TARBIYYAH

 

Demam Mesyuarat Agung MPP KIPSAS

21 Februari 2013..

Mesyuarat Agung MPP KIPSAS akan dilansungkan.. its mean, saya lah antara orang yang akan berada di atas untuk disoal jawab.. Keep SMILE.. ^_^ and RELAX.. saya dah buat semampu yang boleh dengan menggalas amanah ini.. Dan sahabat seperjuangan yang lain pula, semua tak senang duduk. Apa taknya, risau juga menanti setiap soalan daripada ‘rakyat’ KIPSAS..

Tapi saya..

Lebih memilih untuk TENANG.. Ini baru hisab dunia, belum lagi berhadapan dengan hisab Allah.. memang tak boleh nak lari ataupun berhelah lansung!! So, prepare adalah tindakan yang paling TERBAIK.. bersedia untuk menjawab dengan JUJUR!.

Awalnya,  ingatkan tak perlu muktamar macam pimpinan lepas, tapi Ustaz Amir nak ‘cantikkkan’ semula pengurusan MPP yang memang tak teatur kerana belayar tanpa kompas dan memulakan pelayaran tanpa tunjuk ajar dari kapten sebelumnya.. Memang pengalaman yang paling ‘manis’..

Kesannnya… kami saja yang rasa. Orang yang memandang hanya persoalkan tindakan kami if tak kena. kami faham sebab mereka BERHAK! dan hak kami??? Pihak di atas hanya tutup mata… jika pandang pun hanya sebelah mata.. itupun entah celik atau tidak..

Alhamdulillah, walau pada saat-saat akhir Allah pinjamkan Ustaz Amir pada kami (Barisan MPP) namun kami bersyukur.. insan seperti dia yang pelajar dambakan (emmm ada jugak yang tak suka).. tapi persetankan saja mereka yang tak suka.. Hidup memang macam tu.. yang penting baik itu bermula dari kita, bukan skadar meminta orang lain jadi baik..

By the way.. tak sabar nak bermesyuarat agung… ^_^ automatik akan menyerahkan amanah as timbalan presiden MPP Kipsas merangkap Pengerusi persatuan HELWI KIPSAS pada insan.. ketahuilah, amanah itu sangat-sangat berat…  Namun pada masa yang sama, muktamar terasa sedikit kosong tanpa kehadiran sahabat-sahabat yang menjalankan latihan industri terutamnya AIMI NADIA (setiausaha), ‘ATIFAH (Exco Kebajikan Muslimat) dan Sabrih Rosland ( Exco Kebajikan Muslimin).. mereka semua jauh….  😦  But it’s ok.. muktamar must go on without them right!… 🙂

Siapa bakal kepimpinan akan datang???

Saya tak sabar menanti perancangan Allah terjadi.. setelah tangan-tangan para pelajar KIPSAS rancak berkempen.. moga TELUS!!

Allah lebih tahu yang terbaik dan lebih baik dari sebelumnya.. ^_________________________^  BIG SMILE!

Malam ini, taklimat untuk Pilihanraya Kampus… Jom datang untuk lebih faham… 🙂

 
4 Comments

Posted by on February 4, 2013 in SEMBANG SANTAI

 

Oh My Thesis!!

thesis“MALASNYA! ”

Terasa penat pulak memerah otak membina ayat sendiri.. Oh my Thesis!! Semakin sukar pulak. Membayangkannya dalam bentuk buku yang sedia siap memang indah tetapi nak menyiapkan satu persatu bab tu sangat-sangatlah sukar.

“Copy n Paste??!!”

No!! Not for me.. Actually saya nak siapkan tesis saya dalam keadaan yang jujur dan amanah. Mungkin sangat-sangat susah! Tapi bermakna dan berharga. Bukan sekadar nak cepat siap tetapi nak Allah redha. Secara tak lansung saya tak tipu penyelia dan tak tipu diri sendiri. IANYA ADALAH HASIL TANGAN SENDIRI!! ^_^

“Tajuk saya?” Hehehe..

Mencabar sikit. Mencabar daya fikir saya sendiri but saya suka tajuk tu. Dan saya memang dan buat penyelidikan tentang tu.

“PENGLIBATAN GENERASI MUDA & KEBANGKITAN MAHASISWA DALAM POLITIK ISLAM : KE ARAH MENGISLAMISASIKAN POLITIK DI MALAYSIA”

Akhirnya tajuk itu yang melekat. Penyelia pun suka. Katanya tajuk baru untuk dianalisis. Proposal dah diterima, and now tengah buat BAB 2.. kajian Literatur!! Bab ni yang payah sikit.. dalam bab 2 ni saja mungkin saya akan menaip sehingga berpuluh-puluh muka surat. Hanya untuk bab 2..

Apa tak nya, semua yang saya nak kaji perlu dikumpulkan dalam satu bab.. bab seterusnya pula adalah bahagian result kajian/ analisis dan juga metodologi kajian yang saya gunakan. Kaedah baru yang pensyarah penyelia ajar.. Nampak senang bila ustazah terangkan kat pejabat hari tu tapi bila nak start buat, mula lihat burung-burung kecil kat atas kepala (pening)

Sekarang tengah berhenti sekejap.. sebab tak der idea nak proceed untuk tajuk kecil seterusnya.. Huhuhu.. Buntu!! So RELAX jap… tarik nafas panjang-panjang dan hembus.. (ulang 3x) Lega sikit… ^_^

Saya cuma ada masa 2 bulan lagi untuk siapkan tesis ni.

“Kalau tak siap??”

Tak dapat diploma lah… ^_^ ngeee… nak graduate dengan jayanya. Pointer alhamdulillah, tesis ni kerja terakhir  untuk top up PNGK.. skarang 3.84.. harap2 dapat naikkan sehingga 3.9 pulak.. last2… (Doa banyak2)

Ok la, nak sambung buat lagi.. jika tinggal lama-lama mula lah malas nak start lagi. Jadual dah sedia untuk pantau perkembangan until done!! So do it!!

Assalamualaikum.. ^_^

 

 
2 Comments

Posted by on February 3, 2013 in SEMBANG SANTAI

 

Apa kepuasan bagimu duhai hati?

hatiAku mengakui bahawa sangat sukar untuk memuaskan hati semua manusia. Mungkin hatiku juga belum cukup puas dengan segala apa yang telah aku lakukan. Aku tertunduk kalah. Mencari ruang untuk bebas bernafas melepaskan lelah yang sekian lama terperangkap dalam ruang rasa.

Aku bertanya pada sang hati,

”Apa kepuasan bagimu duhai hati?”

Si hati hanya membisu. Dan aku pula semakin buntu.

”Jawablah duhai hati, aku merayu”

Tanpa disedari, rayuanku ditemani air mata. Entah kesal atau terluka yang menjadi asbab ia sudi menemani bicara itu.

Imanku yang dipalu dengan ilmu mula berbicara.. Mungkin ia cuba untuk meredakan pukulan ombak di jiwa.

‘Sesungguhnya kita tidak akan mampu untuk meletakkan nikmat PUAS itu dalam hati seorang manusia apatah lagi lebih dari itu. Berilah harta seluas langit, ilmu seluas lautan, dan pangkat setinggi gunung , manusia itu tetap tidak mampu PUAS’

Aku masih terdiam. Seakan lembut bahasa angin itu menyapa ruang hatiku.

‘Hati itu duhai diri, tidak kira hatimu atau hati mereka.. semuanya milik Allah. Maka hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI apa mahunya hati itu, hanya DIA YANG TAHU apa kepuasan buat hati itu. Pada DIA segala sesuatu yang membuatkan kamu resah’

Dan bilamana kamu melakukan sesuatu hanya kerana memikirkan untuk meletakkan KEPUASAN pada hati-hati manusia, INGATLAH yang kita TIDAK akan mampu. Tiada kudrat kita wahai diri untuk meletakkan nikmat puas itu dalam sekeping hati’

Ya… aku seakan-akan lupa tentang DIA.

” Wahai iman, apa yang mampu puaskan sekeping hati?” Aku tidak berhenti bertanya.

‘Tenang itu suatu kepuasan. Dan tenang itu hanya ada di sisi Allah. Dan tenang itu membawa kepada puasnya hati’

‘Manusia yang tenang, hatinya puas digenggaman Allah. Walau bagaimanapun Allah letak kedudukannya di atas muka bumi’

‘Bagaimana hati itu mampu tenang sehinga dengan tenang itu dia mampu puas?’

‘IKHLAS.. 6 huruf inilah akan membuatkan bukan saja kamu puas, mereka juga akan puas. Sebab Allah sedang bantu kamu meletakkan rasa PUAS itu dalam hati manusia bukan kerana apa yang kita lakukan tetapi kerana rasa CINTA dan SAYANG ALLAH atas kamu.’

Aku menundukkan wajah memandang ke bawah. Malu rasanya untuk memandang langit Allah. Aku belajar dengan bisikan, sesungguhnya soal hati biar kita ikat pada tali Ilahi. Baik dan buruk itu suatu garis cinta dari Allah.. yang suka bukan selama-lamanya cinta dan yang tak suka bukan selama-lamanya benci. Itulah uniknya lakaran takdir Allah..

Andai sikit kita tetap hamba, andai banyak kita tetap hamba, andai dipuji kita tetap hamba dan andai dihina itu kerana kita HAMBA!’

 
Leave a comment

Posted by on February 2, 2013 in BICARA HATI