RSS

Monthly Archives: March 2013

Silent Mood!

Hari ini.. saya memilih untuk tidak banyak bercakap atau mengulas.. apatah lagi bergurau senda. Entahlah, mungkin tak der mood atau perasaan terasa gundah dan gelisah.. Saya matikan telefon bimbit celcom saya dan mengaktifkan nombor maxis yang sangat jarang saya guna. Tambahan pula hanya beberapa orang sahaja yang tahu.. Cara saya untuk mengelakkan diri daripada berhubung dengan sesiapa pun buat hari ini.

Ternyata saya sedikit tenang dan mampu untuk lebih fokus!

Tetapi tetap juga terselit rasa resah bila lari dari kebiasaan seharian.. setiap hari berbalas mesej, bergurau tanpa berfikir samada akan menyakitkan hati orang lain atau tak dan berbicara sesuka hati tentang sesuatu dengan pelbagai reaksi serta tone suara. Itulah saya pada kebiasaannya jika berkumpul bersama adik-adik bilik..

Namun langkah inilah yang mampu menjaga hati dari terus-menerus rasa sakit.. Menapis perkara yang perlu dan tak perlu dalam kehidupan seharian. Berani untuk berubah walaupun tindakan yang di ambil mungkin geraknya hanya seinci.

Silent fo today make me being happy for a minute.. Minit yang berharga untuk hari ini!!

Maaf buat insan lain.. Andai ada mesej yang kurang penting tidak berbalas dan penggilan yang tidak bersambut.. saya cuma inginkan masa untuk mencari cinta yang telah lama hilang.. cinta yang saya rindu..

Saya bersyukur.. Allah himpunkan pelbagai perasaan yang menyesak dada untuk saya kembali padaNya. Perasaan berat itu yang membawa saya untuk bersikap diam dan lebih merenung diri.. Ya, saya perlu merasa hebatnya sakit hati hingga terbawa ke mimpi. Air mata mengalir saat terjaga, masih terasa sakitnya disakiti hatta melalui mimpi.. Jiwa dan jasadku terasa lemah seakan-akan penat berlari dan bersembunyi..

Silent mood dengan ditemani Qasidah pengubat jiwa yang lelah.. Seronok dan terbuai. Bibir juga ringan menutur pujian.. Indah dan menyuntik rasa hati.

Moga hari-hari setia begini.. ^^

 

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 13, 2013 in SEMBANG SANTAI

 

Berhati-hati punya hati

imagesSebelum jari mula menari mengikut rentak hati.. terlebih dahulu, mata ini menatap muka buku. Melihat ‘update’ terbaru kenalan-kenalanku.. Gambar yang berganti, status yang terbaru dan komen yang tak henti-henti.. Itulah dunia ‘muka buku’.. Sekadar ingin mencari sedikit ruang berimaginasi nanti di sini..Blog yang merupakan diari rasa dan jiwa..

Segalanya saya lakarkan di sini.. Indahnya, terpulang pada yang menatapnya baris demi baris..

Hari ini, saya cuba ‘reset’ kembali hati. Andai mampu untuk saya “format” kembali isi hati, ingin saja menekan butang keramat itu. Pantas saja segala yang menyakitkan itu hilang namun terpaksa pula melepaskan keindahan yang tersemat.. Segala yang manis itu perlu dicapai selepas hebatnya merasa pahit. Kan?

Saya tersenyum sendiri. Dalam tawar tetap juga bibir ini cuba mengukir senyuman pemujuk untuk diri. Sejauh mana hebatnya kepahitan yang telah saya rasa? Seakan tiada apa yang perlu dibanggakan untuk menjadi tiket merasa nikmatnya kemanisan dalam garis “hidup”..

Mereka meminta saya menjadi sebijak Aisyah r.a namun tetapi saya tidak punya akal secerdas beliau.. Mereka meminta saya selembut khadijah tetapi saya tidak punya jiwa selunak beliau..
Mereka meminta saya menjadi segagah Asma Abu Bakar namun saya tidak punya keberanian sekuat beliau..

Itulah saya..

Saya termenung sendiri. Merenung hati yang ‘sakit’ dipalu rasa.. Mahu saja saya memohon agar dibuang segala rasa yang ada dalam hati, bukanlah untuk membiarkan hati kosong tak berperasaan tetapi tidak juga ingin membiarkan hati dipermainkan oleh perasaan sendiri. Sangat meletihkan untuk membiarkannya saja!

Mula mencari di mana silapnya yang membuat hati beralun sumbang. Nampak buruk rentaknya.

Saya tersenyum lagi..Terasa semakin hambar. Masih tegarkah hati untuk terus disakiti? Masih kukuhkah hati menampan rasa untuk menyakiti insan yang lain.. Saya memilih untuk dilukai kerana mungkin mudah untuk memaafkan berbanding perlu untuk menyakiti sedangkan saya sendiri tidak pasti adakah kemaafan itu ada untuk saya kelak..

Saya ulang bicara, kata demi kata.. mengulang agar mampu mengerti. Bahawa hidup ini bukan sekadar ada saya atau kamu tetapi mereka dan semua yang punya hati menumpang di bumi yang sama. Lumrah bila disakiti dan berhati-hati untuk menyakiti. Hati kita tak sama walaupun punya darah yang warna serupa..

Belajar untuk mengerti.. hati itu suatu hal yang paling sukar untuk difahami hatta hati sendiri. Ada yang suka disakiti namun tidak kurang juga yang suka menyakiti.. Saya memilih untuk menjaga hati dari menyakiti insan lain..

 

 
Leave a comment

Posted by on March 11, 2013 in BICARA HATI

 

Saya menulis lagi..Untuk si Hati

394539_267944759934106_100001557534422_781918_1283399824_nSaya menulis lagi..

Kali ini saya membawa rasa “sakit”.. Tak mengerti apa yang membuatkan hati ini sangat-sangat berasa “sakit”. Sedaya upaya saya hembuskan rasa “sakit” ini setiap kali nafas saya berganti. Hati saya semakin rapuh untuk bertahan dengan sikap manusia mungkin juga sikap saya sendiri terhadap manusia lainnya..

Semakin lama, semakin hati ini dikuasai rasa tidak puas dan sakit hati.. Mudah sangat meletakkan sampah “marah” dan sisa “dendam” dalam kotak hati. Sehingga seakan-akan sudah tidak sanggup lagi memandang hati ini. Betapa ia semakin buruk dalam bekas yang cantik..

Saya menemukan kata-kata ini dalam wall seorang ustaz yang saya kagumi setiap penulisannya.. beliau menulis dari hati untuk menyentuh hati-hati manusia lainnya..

Tidak akan lurus hubungan dengan manusia, selagi tidak tulus hubungan dengan Allah.

Perbaikilah hubungan dengan Allah, nescaya akan baiklah hubungan kita dengan suami/isteri, anak, sahabat, saudara, rakan sekerja, jiran tetangga…

Dosa itu mengotorkan jiwa…
Jiwa yang kotor akan merenggangkan persahabatan, persaudaraan dan apa jua ikatan sesama insan!

Saya rasa terpukul.. bahkan tersentap. Tepat saja panah kata-kata itu menusuk ke hati.. Saya muhasabah dalam keadaan saya cuba menghadam kalam maya itu agar sebati dalam jiwa dan kotak minda.. Ligat saja akal ini memproses kebenarannya.

“Ya.. bagaimana hubunganku dengan Allah?” Saya bertanya dengan diri sendiri. Seakan-akan dikejutkan dalam lena yang panjang.

Saya memandang hati yang terbiar sepi.. sudah lama rasanya hati itu tidak basah dengan airmata taubat,, Sudah kering rasanya tanah hati itu dari siraman ayat suci Quran. Layaklah lalang “mazmumah”tumbuh meliar atasnya. Kerana silap saya sendiri yang jarang membelai dan mengusahakan tanah hati itu. Layaklah pokok hati itu buahnya terasa pahit atau lansung tak membuahkan hasil kerana silap saya lalai dalam membajanya dengan amalan-amalan sunnah

Saya mula mendapatkan jawapannya.. Saya malu sendiri. Meminta untuk menjadi seorang yang baik dan terbaik apabila bersama dengan makhluknya tetapi tidak pula saya berusaha mencantikkan ikatan taqwa dengan pemilik dan pencipta makhluk. Sangat malu!!

Kini saya sedar, dalam saya cuba dan mendambakan hubungan sesama manusia yang indah saya lupa betapa pentingnya saya menjaga hubungan dengan Allah.

Kenapa?

Kerana hati manusia itu.. Hati itu bukan milik diri, ia milik Allah.. Hati manusia itu tidak sama bahkan sukar untuk disamakan hatta mereka lahir dari satu ibu yang sama.. Unikknya hati. Kerana keunikan itulah, manusia tidak mampu memegang hati manusia yang lain bahkan tidak mampu mengawal hati sendiri.

Mampukah kita mengarahkan hati itu berhenti membenci serta merta sedangkan hati itu sudah mula seronok membenci?
Mampukah kita mengarahkan hati untuk berhenti sayang sedangkan hati sudah telanjur sayang?

Dalam hidup ini, semuanya bukan atas usaha dan kehendak kita melainkan atas bantuan dan kehendak Allah juga.. Sekuat mana kita berkehendak, andai tak selari dengan kehendak Allah tetap juga kehendak kita itu tidak ┬áterpenuhi. Begitu jugalah dalam hubungan kita dengan manusia. Tak selamanya keindahan dalam berhubungan itu berterusan andai Allah sudah tetapkan “halangan” di antaranya..

Namun Hanya Allah.. hanya DIA yang mampu menjadikan manusia itu jauh atau dekat dengan kita.. Namun tidaklah bermakna kita hanya diam berpeluk tubuh tanpa mengorak langkah berusaha memperbaiki hubungan kita dengan manusia.

So.. langkah untuk saya adalah :-

1) Perbaiki hubungan dengan Allah

2) Belajar buang segala rasa sakit hati dan tanamkan sifat pemaaf yang besar dalam hati..

3) Diam jika rasa diri bila berkata-kata akan menyakitkan hati orang lain atau sakitkan hati sendiri.. ^_^

Buat masa ni.. ini dulu ya.. ^_^

 
Leave a comment

Posted by on March 1, 2013 in BICARA HATI