RSS

Monthly Archives: April 2013

1+4 : Kami 5 Menara

Kami belajar di tempat yang sama. Melakukan pelbagai perkara bersama. Namun 1 perkara yang membezakan saya dengan mereka adalah pengajian diploma yang kami ambil. Saya setia menjadi sebahagian siswi Diploma Dakwah dan Pengurusan walaupun sebelum ini pernah terniat untuk bertukar kos. Mereka pula dari Diploma Media Islam yang juga merupakan anak di bawah Jabatan Dakwah. Sebenarnya kos inilah yang pernah membuatkan aku berniat meninggalkan kos Dakwah dan Pengurusan dan kerana mereka berempat jugaklah saya rasa nak tukar. ^_^

Tetapi Alhamdulillah, Allah kuatkan hati untuk terus di situ.

Itulah yang menjadikan kami 1+4= 5 menara. Kami terkesan dengan cerita 5 menara tu dan kami pun ada 5 orang, so beranganlah yang cerita tu kami punya. Hehehe..

Tentang kami? Terlalu banyak sehingga tak mampu dikongsi dengan penulisan dan kata-kata. Semuanya dari hati dan rasa. Tak tergambar betapa banyak yang telah kami lalui bersama. Dan mereka sentiasa ada pada saat-saat genting saya di bumi tarbiyyah. Begitu juga saya. Sedaya upaya meletakkan diri bersama mereka.

shbt

To this picture, credit for ‘atifah.. ^_^

Inilah kami. Saya (Sumarni), Aimi Nadia, Farhana Syuhada, ‘Atifah dan Hamizah.

Aimi Nadia. Sahabat yang lebih banyak bersama dengan saya. Bukan nak dikatakan dia yang lebih rapat tetapi kerana dia selalu menjadi setiausaha tatkala saya menjadi timbalan dalam organisasi atau program yang dianjurkan. Jadi, kami berdua sentiasa bersama. Ke hulur ke hilir macam belangkas. Wink..wink.. cuma dia lebih kecil dari saya dan lebih cool. Hehe. Saya mudah dijentik rasa marah, dia pula lebih berperanan sebagai ubat penenang. Dia tahu bila saya marah, tak suka sesuatu ataupun saya terasa. Dan yang penting dia tahu macam na nak tenangkan saya. Hanya dengan berdiam diri dan mendengar apa yang saya bebelkan. Kesian dia.. sentiasa setia mendengar dan menenangkan. By the way saya belajar untuk tenang dari dia. Banyak yang kami kongsi termasuklah hal peribadi saya. Seakan-akan dah jadi setiausaha kehidupan saya pulak. Kan aimi? hehe. Tapi yang paling saya tak suka bila dia kamcing sangat-sangat dengan handphone dia tu.. Grrr… hehhe.

Hamizah. Antara kami dia sahaja yang tidak berpurdah. Kekadang kami menggelarnya sebagai ketua. Dan dia pula akan merasa bertuah seakan-akan dikawal oleh 4 orang ninja jika berjalan ke mana-mana. ^_^ Hamizah tampak tegas. Kekadang nampak kasar. Namun dia adalah orang yang saya respect dalam diam. Kenapa yer? hehe.. sebab disiplin diri dan sikap dia yang suka berkongsi somthing positif dari apa yang dia baca. Ingat lagi ketika kami memilih dia untuk menjadi timbalan pengerusi PEDAP menggantikan saya, pertama kali tengok dia beriya menangis. ^_^ Simpati tapi dia jer yang layak time tu.. Bila nak bersemangat buat sesuatu, saya akan tengok dia. Satu hal yang paling saya suka tentang dia, sangat jarang untuk dengar dia bercerita dan bercakap tentang orang. Dialebih banyak diam tapi bila dah mua berkata-kata, habislah. Semua boleh insaf. Kan ustazah?? ^_^ The best thing tentang Mizah adalah semangat dia membaca. ^_^

Farhana Syuhadah. Sahabat yang paling comel dalam kalangan kami. Kacukan katakan.. Hehehe. Pertama kali saya kenal dia adalah ketika orentasi kami bulan Jun 2010. ^_^ Antara mereka berempat, dia yang saya kenal dulu. Time tu kami adalah golongan yang “sakit” dan direhatkan daripada membuat aktiviti. Dia ni suka sangat cubit pipi saya. Entahlah apa sebabnya. Nasib saja dia suka senyum buat muka comel kat saya setiap kali jari dia hinggap di pipi. Kami gelar dia muallijah. Saya belajar sikit merawat (rawatan Islam) dari dia. Actually dia ni hati halus sikit. Mudah sentap jugak. Hehehehe.. Best friend dia selepas kami atau sebelum kami kot adalah laptop dia. Asal pergi bilik jer tengok dia mengadap laptop kesayangan. Tapi yang bestnya tentang dia, suka cari ilmu melalui internet. Usrah online dan baca blog dan post islamik. Ranking serius, bagi kat dia.Dia banyak membantu saya dalam HELWI sebab dia timbalan saya.. ^_^ timbalan yang baik.

‘Atifah. Dia yang paling slamber. Cakaplah apa pun kat dia, muka buat blur jer. Hehe. By the way, dia paling kreatif bab-bab design dan edit gambar ni. Multimedia, saya memang banyak bagi kat dia, Dia jenis yang susah untuk diramal tetapi dia tetap punya keistimewaan tersendiri. Untuk minggu-minggu akhir kat KIPSAS ni, dia yang banyak menemani. Maklumlah dia jer yang tinggal dekat dengan bumi tarbiyyah ni. ^_^. Saya, aimi dan dia selalu jugak bersama. Kekadang gambar banyaknya kami bertiga jer. Bukan apa, sebab kami selalu bersama adalah kerana kami duduk dalam satu organisasi yang sama. MPP. Kenangan bekerja bersama selaku waki rakyat KIPSAS. Hehehe, Dia exco yang menjaga kebajikan pelajar. Apa yang saya suka tentang dia ialah kerajinan dia mengedit gambar dan suka dengan lagu-lagu arab. Saya share dan mula mendengar lagu arab sebab dia lah. 🙂

Dan saya.. kakak sulung mereka. Tetapi kekadang bersikap bongsu. Dalam hal-hal organisasi dan usrah sahaja saya tampak serius tetapi bila waktu santai, jenuh jugak mereka nak melayan karenah saya. Tentang saya, biar mereka yang menilai. ^_^

at kampar

Ini kembar 3. ‘Atifah, Aimi Nadia dan saya ketika berada di Kampar Perak.

 

IMG_2444

Saya,Aimi, ‘Atifah dan Mizah ketika program Family Day Jabatan Dakwah

 

2012-10-10 17.10

Ini masa kami menerima sijil anugerah dekan. Sayangnya, mizah tak der kat sini kerana sibuk melayan adik-adik jabatan Dakwah. Tetapi kali ini lebih bermakna kerana kami berlima MUMTAZ! Alhamdulillah.
-saya, Syuhada, Aimi, Tina, Sera & Atifah-

Nampak sangat kami bertiga (saya, aimi dan atifah) menguasai kamera. ^_^

Kami sama-sama bermula dan kami juga ingin MUMTAZ bersama. Alhamdulillah, kami berjaya buktikan. Banyak kenangan kami bersama. Mungkin selepas melangkah kaki keluar dari bumi tarbiyyah ini, kami tidak tahu bumi tarbiyyah mana lagi yang akan kami jejaki. Mungkin kali ini tak mampu berlima lagi kerana masing-masing punya perancangan sendiri. Tapi tak apa, doa kan ada. Moga terus kuat.

Kami berkongsi hobi yang sama. Kami berkongsi kisah yang sama. Membeli buku adalah kegilaan kami dan membaca adalah kegilaan masing-masing. Kami suka berkongsi bahan bacaan yang baru. Seakan-akan berlumba memiliki buku yang disarankan. Ya, kami seronok hanya kerana buku. ^_^ Namun kami berempat masih tak mampu nak merasakan keseronokan mengedit gambar seperti yang dirasakan oleh ‘Atifah tetapi kami mampu merasa seronoknya tangkap gambar dan melihat hasil edit daripada Atifah. Heheh.. dan ayat kami berempat adalah

“Waaa cantiknya. Nak copy”.. Sorry Atifah. Hehehe

Setiap kali dapat berkumpul bersama (kekadang susah juga nak hang out berlima, maklumlah saya berbeza kos daripada mereka) tempat biasa kami adalah KP, Kuantan. Makan KFC dan cari buku kat Darul Ansar. Window shopping dan jika ada duit lebih kami shopping. Hehe. Barang keperluan. Bila balik kolej, masing-masing muka ketat sebab keletihan. Kami berbeza bilik penginapan, tetapi berjiran.

3 tahun kami bersama. 3 tahun itu juga kami mengenal hati budi masing-masing. Tiada seorang pun antara kami yang sempurna. Kami bukan malaikat dan kami juga tidak bersahabat dengan malaikat. Maka kelemahan dan kekurangan itu lumrah. Kami terima seadanya. ^_^

I love U more than u know..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 28, 2013 in BICARA HATI

 

Nafasku II

“Hijrah!”

Dia terkejut, lantas menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Jantung berdegup kencang. Pantas tangannya mengurut dada dan mencari pemilik suara itu. Seorang wanita berjubah hitam dan bertudung litup hijau lumut mendekat ke arahnya. Hijrah melemparkan senyuman. Kelihatan wajah wanita itu keletihan. Nafasnya kelihatan tercungap-cungap.

“Hijrah, ada orang nak jumpa kat masjid”

“siapa?” Keningnya berkerut penuh persoalan.

“Entah. 2 orang perempuan. Macam anak beranak. Mereka kata nak jumpa awak sekarang” Dia sedaya upaya menerangkan.

“Sekarang? Emm insyaAllah, saya pergi” Hijrah menjeling sekilas jam hitam yang melingkar rapi di pergelangan tangan kanannya.

“Ada masa lagi. InsyaAllah sempat.” Getus hatinya. Kuliah seterusnya akan bermula setengah jam lagi di bangunan Pengajian Islam. Hatinya sedikit gelisah. Dia pasti yang datang bukanlah ahli keluarganya. Sangat mustahil. Kakinya mula melangkah ke arah masjid yang dimaksudkan tadi. Hatinya penuh dengan tanda tanya. Kekadang terasa tidak mahu untuk berjumpa dengan mereka yang tidak dikenali.

“Assalamualaikum” Lengannya disentuh lembut. Hijrah menoleh ke belakang memandang insan yang mencuitnya. Dia malu, mungkin wanita ini telah lama memerhatikan dirinya yang sedang ralit mengintai di balik pintu kaca bahagian solat muslimat.

“Waalaikumsalam”. Dia menghulurkan tangan lantas bersalaman. Di hadapannya berdiri seorang wanita yang berumur sekitar 50-an. Tidak jauh daripadanya ada seorang wanita muda yang kelihatan sebaya dengannya. Hijrah memeberikan senyuman kepada wanita tua itu.

“Anak ni, Hijrah kan? Panggil makcik, ‘Mak Sum’ sahaja” Soal wanita tua itu.

“Iya mak cik. Macam mana mak cik boleh kenal saya? Owh, makcik ker yang nak berjumpa dengan saya?”

“Iya. Mak Sum yang nak berjumpa dengan Hijrah. Ini anak Mak Sum. Namanya Sufiah.”

“Panggil akak ‘kak Sufi’ saja yer” Ramah dia membahasakan dirinya ‘kakak’. Tidak sedar wanita muda itu sudah ada disamping Mak Sum. Mereka duduk di sudut ruang solat muslimat. Seakan-akan sedang membuat satu halaqah kecil. Hijrah tertunduk. Malu ditenung oleh Mak Sum dan Kak Sufi.

“Kenapa Mak Sum dan kak Sufi nak berjumpa dengan saya?” Soalan itu memecah keheningan petang itu.

Kelihatan Mak Sum memandang kak Sufi. Seakan-akan meminta kak Sufi yang mejelaskan tujuan mereka datang bertemu dengannya. Kak Sufi membetulkan duduk, seakan-akan sangat besar hajat yang ditanggungnya.Hijrah semakin gelisah. Tapak tangannya mula berpeluh dan dia juga semakin tidak tenang duduk. Tiba-tiba Kak Sufi menghulurkan sekeping gambar. Hijrah teragak-agak untuk mengambil gambar tersebut. Sempat dia memandang wajah kedua-dua wanita yang duduk bersimpuh di hadapannya mengharapkan kepastian.

“Ni gambar lelaki itu” Bisik hatinya. Dia tidak menatap lama gambar itu, cepat dia menyerahkan semula kepada Kak Sufi.

“Dia adik akak. Hijrah kenalkan?” Soalan itu membuatkan Hijrah semakin berdebar dan tidak tenang. Duduknya semakin gelisah dan resah. Teragak-agak dia mengangguk kepala tanda mengiyakan soalan itu. Matanya tidak mampu menatap wajah kak Sufi dan Mak Sum.

Tiada kata yang mampu terluah.

“Emm Hijrah jangan takut yer. Sebenarnya kak dan mak akak nak sampaikan hajat adik akak ni. Dia nak jadikan Hijrah sebagai isterinya.” Mak sum tersenyum dan mengangguk-angguk. Tanda mengiyakan kata-kata anak perempuannya.

Lidahnya kelu, mukanya mula meronah merah. Seakan-akan jantungnya berhenti berdegup.

****

“Ya Allah, besarnya ujian yang Kau beri buat hati ini. Tak pernah aku duga, sehebat ini Kau aturkan tarbiyyah untukku. Aku tak layak menerimanya dan aku tak nak menjadi beban yang besar buat dirinya. Ya Allah, Kau temukan dia dengan pasangan syurga yang terbaik buatnya di dunia. Sedang aku, hanyalah debu yang bakal ditiup pergi. Ke mana perginya aku, hanya Engkau yang Maha Tahu selayaknya aku berada kelak. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan petunjuk Ya Allah Ya Bari’. Aku memohon sepenuh hati ku.. jangan biarkan insan lain menaggung resah dan masalahku.”

Lama dia sujud menyembah Yang Esa, Dia berserah diri pada Allah dengan penuh lemah dan tidak berdaya. 2 minggu lagi dia perlu untuk memberi jawapan. Pertemuan mereka siang tadi sangat menggusarkan hatinya. Sepanjang berada di dalam bilik kuliah saing tadi, dia hanya mendiamkan diri. Terasa hati dan kepalanya berat untuk fokus. Sepanjang hari, hanya persoalan itu yang bermain di minda. Satu kejutan besar daripada Allah.

 

Bersambung..

 

 
1 Comment

Posted by on April 21, 2013 in CERITA PENDEK

 

Nafasku

Dia termenung jauh. Pandangannya kosong.

Sehingga kini, dia masih berjaya menyembunyikan resah hatinya. Senyum dan tertawa ibarat topeng di wajah. Namun topeng itu yang membuatkan sahabat-sahabatnya tetap tersenyum bahagia. Inilah pengorbanan. Inilah cinta.. Buat sahabat-sahabatnya.

“Hijrah. Jauhnya termenung.” Dia tersedar dari lamunan. Dia memalingkan wajah. Sedaya upaya menghadiahkan senyuman yang termanis. Insan itu masih setia di sampingnya. Bahu kanannya semakin rapat menyentuh bahu kiri Hijrah.

“Tak da apa Ai” Hijrah senyum sehingga menampakkan barisan giginya.

“Saya nak pergi ke kedai. Nak ikut?” Pelawa Ai. Bersungguh.

“Emm.. Ai pergilah. Saya duduk rumah jer ye”. Dipandangnya wajah Ai, berharap sahabatnya itu tidak memaksa..

“Ok.. awak jaga rumah tau”. Ai meninggalkan Hijrah yang setia berdiri melepaskan pandangan di tepi tingkap biliknya.

‘Sampai bila aku akan memandang langit biru, rumput yang menghijau dan merasa udara senyaman ini’.

Hijrah bermonolog sendiri. Dalam resah dia belajar pasrah. Dalam kesedihannya, dia cuba untuk lebih bersedia. Sakit jantungnya semakin cemburu melihat dirinya punya masa untuk terus tersenyum. Seakan-akan, ia ingin mematikan terus senyuman itu dari bibir Hijrah.

‘Sampai bila aku akan bertahan?’

Dia bertanya sendiri. Hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang mengerti. Dia melepaskan satu keluhan yang sangat berat. Seberat sakit yang ditanggungnya.

‘Maafkan aku sahabat. Tidak berniat untuk menyembunyikan rasa ini kerana aku masih memerlukan senyuman antum sebagai penawar rasa sakit ini’

Tidak sedar, air matanya mengalir. Dia semakin rindu, semakin sayang dan semakin cinta. Cinta pada memorinya yang semakin jauh ditinggalkan. Dan akan lenyap terus dalam noktah hidupnya nanti. Ya.. hanya Allah yang tahu bila noktah itu akan mencoret garis masanya.

***

Bersambung…

 

 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2013 in CERITA PENDEK