RSS

Monthly Archives: June 2013

Kami berjemaah, Kami Kaya

Alhamdulillah..

Seusai solat berjemaah dengan adik-adik. Oleh kerana kat rumah semuanya perempuan maka, saya sebagai anak sulung yang still “bujang” kenalah jadi imam untuk adik-adik. Terasa sedikit lapang apabila solat secara berjemaah. Ukhwah kami tercas. Lucu dengan si adik yang ketiga kerana cuba mencium tangan si bongsu ketika tengah bersalam. Sebenarnya dia tidak faham dan sekadar mengikut. Dia OKU, jadi istimewa sikit. Paling penting adalah mengajak dia sekali untuk sujud pada Allah walaupun dia tak faham. Mungkin suatu hari nanti, perlahan-lahan dia akan tahu bahawa SOLAT ITU WAJIB DAN PENTING.

Sejak dia mula solat dan menjadi makmum setia saya, secara tidak lansung dia juga menjadi “penjaga” solat saya. Solat awal waktu. Alhamdulillah, dia sudah tahu waktu-waktu solat. Dengar sahaja azan dan tengok jarum pendek dan panjang pada jam dinding, dia yang akan bersedia awal dan mengajak. Saya bersyukur punya adik walaupun tak sempurna pada zahirnya tetapi punya hati yang mudah dibentuk ke arah kebaikan.

Dia belajar dari apa yang dia lihat dan pandang. Mengingati cara wudhuk juga dilakukan dengan cara yang kreatif dengan melukis gambar.

Photo0575

Dia menunjukkan kertas ini sewaktu kami hendak menunaikan solat asar. Bermula dengan gambar tangan, mulut, muka, lengan, rambut, telinga dan akhir sekali kaki. Kami ketawa. Terasa lucu. Namun alhamdulillah, sekarang dia dah hafal dengan baik turutan wudhuk.

Dia berusaha untuk menyempurnakan apa yang dilakukan. Mungkin dia adalah teguran lembut dari Allah untuk saya sekeluarga. Amanah yang perlu kami jaga dengan baik. Jika dia yang tidak sempurna zahirnya rajin menunaikan solat TEPAT PADA WAKTUNYA, kenapa tidak saya yang sempurna fizikal ini kan? Kekadang malu juga apabila dia yang mengingatkan saya untuk solat awal waktu. Dia setia menunggu dengan bertelekung dan sejadah sudah siap di bentang.

Moga kami istiqamah berjamaah di rumah. ^^ Menunggu kedatangan adik kedua yang sedang belajar di UNISZA. Nak tambah seorang lagi makmum. Mungkin oleh tukar saya jadi imam pula.. Moga amalan kami diterima Allah dan kami kaya dengannya.. sepertimana firmanNya :

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

27 x 3 = 81 ganjaran.. Hehe kami kaya! InsyaAllah.. ^^

Siapa yang tak nak kaya kan? Semua nak kaya, hidup senang, Namun ramai yang lebih memilih untuk senang dan kaya di dunia sahaja sehingga lupa untuk menjadi kaya di akhirat. Lupa dengan “hidup senang” di akhirat kelak.

Bagaimana nak jadi kaya?

Salah satunya solat berjemaah. Bagi kaum lelaki bolehlah berusaha solat berjemaah di masjid dan perempuan pula sebaik-baiknya mampu untuk solat berjemaah di rumah. Rasulullah s.a.w sangat mengutamakan solat berjemaah berbanding solat bersendirian.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Apa yang kita boleh dapat daripada solat berjemaah dalam membentuk peribadi kita?
1) Menepati masa
2) Berdisiplin
3) Taat pada ketua.
Terbaik! ^^
TAHNIAH bagi yang mampu istiqamah memastikan solatnya sentiasa berada dalam keadaan berjemaah kerana pastinya dia adalah orang yang paling kaya dengan ganjaran solatnya. InsyaAllah.. ^^
JOM JADI KAYA.. KAMI BERJEMAAH, KAMI KAYA.. ^^
solat-jamaah-new
 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2013 in FIQH WANITA

 

AURATKU MARUAHKU : JOM SAYANGI DIRI!

Indahnya Islam!

Islam sangat-sangat melindungi wanita. Buktinya? Allah memerintahkan agar wanita itu menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan bukanlah untuk menindas wanita tetapi adalah untuk MENJAGA WANITA DARIPADA GANGGUAN, BAHAYA DAN FITNAH. Begitulah Maha Baiknya ALLAH kan? ^^

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab : 21

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

PANDUAN MENUTUP AURAT..

1)       Tutup aurat

2)       Longgar dan tidak sempit

3)       Tidak jarang dan nipis

4)       Tidak menyerupai orang kafir

5)       Tidak menyerupai lelaki

6)      Tidak menarik perhatian.

 Picture1

 

KENA PAKAI BAJU KURUNG DAN TUDUNG LABUH? BERFESYEN TAK BOLEH?

 

Islam tidak melarang umatnya berfesyen tetapi dengan syarat masih lagi menutup aurat dengan sempurna. ^^  Sebagaimana firman Allah s.w.t :

 “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”
Maka, pastinya Allah nak juga hambaNya tampak cantik dan kemas.
Ini adalah contoh pakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai. Jom, semak pakaian kita! ^_^

auratwanitafatima3pemakaian

Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jom tutup aurat!

 

KENAPA WAJIB TUTUP AURAT?

ü)  Lambang wanita yang beriman dan bertaqwa

ü)  Mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat

ü)  Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim

ü)  Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit

gelombang_tutup_aurat___by_adilah91-d523ufq

 

 

——————————————————————————-

Entri ini merupakan artikel pertama saya untuk edaran dakwah di sekitar bandar Tawau. ^^ Moga Allah redha dan terus memberikan ilham menulis.

 
Leave a comment

Posted by on June 18, 2013 in FIQH WANITA

 

Pagi saya ^_^ : Lenggang perut & Si tudung labuh

Berpagi-pagian dengan duit. ^_^

Awal pagi lagi mak ke bank. Ada urusan sedikit. Bila dah bergelar anak sulung dan masih belum bekerja maka tanggungjawab menemani mak atau adik-adik berurusan adalah kerja saya. 🙂 Moga adalah pahala untuk saya di sisi Allah s.w.t.. Balik dari bank, terus ke rumah makcik. Sepupu nak buat “lenggang perut”.

9

o_O’ Apa tu?

Amalan ni biasanya dilakukan untuk ibu yang sedang hamil 7 bulan.  Tak banyak yang saya tahu tentang amalan adat ni tetapi ianya amalan yang tiada dalam Islam. Cuma masyarakat Islam mengubah suai adat ini dengan menambah bacaan surah Yusuf dan bacaan doa selamat.

Antara sebab amalan adat ini dilakukan adalah untuk mengetahu jantina bayi. so compilcated! Kenapa tak ultrasound jer? lagi canggih.. hakikatnya adat ini bukan dipandang pada sukar atau mudah ia dilakukan dan bukan juga pada keputusan yang akan diterima tapi pada pelaksanaan. Perlunya untuk dilaksanakan. Itulah adat. ^_^ menolak logik dan ada yang membahayakan akidah.

Hakikatnya lenggang perut ini TIADA DALAM ISLAM dan wajib ditinggalkan kerana mendatangkan faedah. MEMBAHAYAKAN akidah kerana ianya adat yang bercampur dengan khurafat. Cuma biasalah bila orang tua kan.. adat mendahului syariat. Orang muda pula jika tiada ilmu di dada, hanya ikut saja la jawabnya.

Sesungguhnya yang mengetahui hal-hal ghaib itu hanyalah Allah sahaja.  Allah berfirman dalam surah Al-AN’aam ayat 59 :
Ertinya : “… dan pada sisiNya ada kunci-kunci ghaib tiada yang mengetahuinya, kecuali hanya Dia semata-mata.”

Alhamdulillah rumah dekat. Saya hanya singgah sebentar dan terus balik ke rumah dengan alasan. Terasa kekok bila majlis ituhanya dihadiri oleh makcik-makcik jiran terdekat. I’m lost bila nak bersembang dengan mereka!. Mereka pun pandang pelik juga dengan kehadiran “si tudung labuh” ni.. nasiblah mak faham dan bantu buat alasan untuk saya balik rumah dengan tenang.. ^_^

Sempat saya bisik kat mak, “mak, nanti saya tak nak lenggang perut. saya lenggan sendiri pagi-pagi depan cermin. (bersenam).. hehehe.” mak bulatkan mata. (marah la tuu.. ^^) Keluarga sebelah mak saya masih lagi kuat memegang adat, maklumlah keturunan bugis ni complicated sikit. Masih terbelenggu dengan adat yang kuat. Tapi alhamdulillah, keluarga saya tak seberapa coz keluarga kecil dan anak-anak (kami) jenis yang suka berdalih bila disuruh buat majlis itu dan ini.. Fuhh..selamat!

Balik-balik jer saya buka laptop dan online. Bersebab. Nak tengok tempahan barang kat facebook. ^_^ Scroll new feed dari bawah ke atas dan atas ke bawah, lastly jumpa status ni dari seorang senior a.k.a Ustaz..

~ masa belajar di Pahang, semua bertudung labuh, tutup aurat blaka..mmg sejuk udara di buatnya, bila jumpa ke tgk ke habis belajar dah berubah pakaian, canggih pakaian, sampai jadi singkat pun ada, masuk UKM..puuuun tak jauh bezaagaknya pakaian indah mcm ni pakaian kurikulum wajib belajar ja kot
membenarkan kalam “benda paling susah dalam agama, adalah ISTIQOMAH”
Sentap! Dalam saya mencari-cari identiti baru yang lebih “matang” dan “elegent” (kononnya) tapi masih lagi dengan pakaian labuh, STATUS ni datang menyapa. Alhamdulillah.. ^_^  Menjadikan saya rindu dengan tudung labuh dan jubah-jubah saya..
gelombang_tutup_aurat___by_adilah91-d523ufq
“Yang bertutup itu indah, labuh itu bahagia..”
Tudung labuh membuatkan saya rasa lebih besederhana dan rendah diri. Tak terasa menonjol sangat di hadapan orang lain. Sweet humble jer kan.. ^_^ tetapi yang penting apa pun yang saya pakai, keutamaan saya adalah labuh dan selesa. Niat ofkos kena didik dan jaga. Buat dan pakai kerana Allah.. Moga nilainya TAQWA bukan sekadar bergaya.
“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26)
Kenapa mesti tudung labuh? yang kecil sikit boleh? Kan yang penting tutup dada, tidak jarang..
Iya.. tak salah. Terpulang kepada keselesaan anda. Syariat tidak membelenggu tetapi menjaga. Yang penting tahu dan faham apa yang telah Islam bataskan dalam pemakaian. Jika ia melepasi syarat, GO ON untuk pakai. Berfesyen?? Tak salah tetapi jangan sampai dikenal tabarruj.. ^_^ Islam itu indah. Allah suka yang Indah maka tak salah jika kita juga ingin kelihatan indah.
Tapi jangan lupa! NIAT! Jangan sebab nak menunjuk kita cantik..
images (3)
Berpakaian ikut keselesaan.Mengejar kesempurnaan dalam beramal dan mentaati Allah itu hak individu masing-masing. Bukan kerana berlebihan tetapi kerana risau mudarat yang mendatang. Tak salah kan seorang individu nak buat pagar tinggi-tinggi jika dia mampu dan memilih suatu yang lebih selamat dari yang selamat??
Maka si tudung labuh berlitup penuh memilih untuk lebih selamat dan lebih selesa.. ^_^
Jom sayangi diri kita dengan mengikut syariatNya.. ^_^ Allah sayang maka Allah jaga.. 🙂
tdg
 
1 Comment

Posted by on June 14, 2013 in SEMBANG SANTAI

 

My mutaba’ah amal.. bila lagi kan? ^_^

Dengan nama Allah yang Pemurah, Yang Maha Pengasih dan Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya..

Dah lama tidak menulis dalam ruangan cinta ni.. Bila malas bertamu, idea pun malu-malu nak datang. Jadi saya salahkan diri saya yang malas ni. ^_^ Tiba-tiba malas nak berfikir dan mencari ayat untuk ditarikan. Kesannya, si cinta ini jarang sangat dijenguk.

Tapi hari ini, terasa sangat rindu untuk mencoret sesuatu. Mungkin kerana hati saya sedang tidak stabil dengan apa yang dirasanya. Sedih, kecewa, gentar atau gembira. Mungkin! Sebab menulis adalah terapi hati saya.. Jika saya tidak selesa dengan apa yang sedang saya rasa maka si cinta ini menjadi teman saya.

Saya cuba lari dari kesibukan dunia Facebook setelah sekian lama saya menghadap muka buku itu sehingga terasa bahawa saya telah terlalu asyik dengannya.. Saya dijentik dengan satu status dari seorang sahabat FB (tak kenal pun).. ayatnya lebih kurang begini :

“…adakah akhir hidup kita mampu memegang al-Quran andai selama hidup kita hanya disibukkan dengan gadjet di tangan?”
Hati saya tersentap! Saya melihat borang mutaba’ah amal yang telah lama dibiarkan sepi. Zalimnya saya terhadap diri sendiri dengan membiarkan jiwa saya kontang dari makanan rohani. Bila kali terakhir saya menghitung amalan saya sendiri?  Bila kali terakhir saya merawat hati dan iman saya?

Allah..Allah.. telah lama rasanya.. -_-‘

“Hitunglah amalanmu sebelum amalanmu dihitung.” – Saidina Umar Al-Khattab-
Segera saya mencari borang mutaba’ah yang baru. Search Google Image. Wah.. banyakk.. pelbagai pilihan! Saya ingin memulakannya semula tanpa menghiraukan bisikan-bisikan yang cuba menghentikan langkah..

“Dah terlambat lau nak mula pun”
“Eleh.. nanti akan berhenti setengah jalan jugak”
“Sudah-sudah la tu.. bukan kau mampu nak buat pun. Sehari jer boleh tahan”..

Persetankan bisikan-bisikan ini jika ia datang tanpa dijemput dalam hati! Selagi ada ruang hidup. maka ruang itu adalah untuk sang usaha.. sedangkan kejayaan kita tuntut di akhir hidup kita. Hidup kan perjuangan!! Berusaha, cuba dan bangun kembali!

Saya cuba.. daripada terus berdiam diri dan membiarkan diri dibaham gelak tawa syaitan kerana menyangka sudah berjaya melalaikan hamba Allah sorang ni, lebih baik saya bangun sikit. Sikit pun jadilah kan?! ^_^

“Hey, penderhaka Allah! Saya bukan kawan kamu!”  Jerit sekuat hati. Hehe..

Ini adalah contoh borang mutaba’ah amal yang mungkin boleh dikongsikan dengan sahabat semua. Sama-sama nak redha Allah.

Capture

Yang kat atas ni ringkas sikit.. Sesuai untuk yang baru nak berjinak dengan mutaba’ah amal.. Yang kat bawah ni padat sikit dan saya pilih yang ni sebab saya dah besar! ^_^ eh.. bukan.. sebab saya nak usaha lebih sikit.. Sakit sikit tak pa kan? 🙂 Yang ni pun saya dapat daro GOOGLE IMAGE.. cuma untuk diri saya, saya ubah sikit ikut kemampuan saya.

kmmm

Sahabat-sahabat pun boleh try.. ^_^

“Wajibkah ada borang mutaba’ah amal ni?”

Saya jawab “tak.. ^_^ tapi fungsinya adalah untuk mengawasi diri kita dan lebih amanah dengan amalan kita.. Macam jam loceng jugak.. Akan ingatkan kita. Lebih mudah untuk muhasabah bila banyak yang kita tak tanda. Maknanya tak buat la tuuu.. -_-  Mudah nak U-TURN kembali pada Allah kan.. tapi AWAS!! niat LILLAHI TAALA.. jangan pula bila dah rajin tanda benda tu, rajin jugak nak tunjuk kat orang.. Tak baik! Amalan ni amalan peribadi kita, so keep it secret.. antara kita dengan ALLAH S.W.T.. lagi sweet kan… ^_^”

Lagipun ramadhan sebulan lagi. Sekurang-kurangnya kita dah ada latihan di bulan syaaban ni.. Kan 15 hijriah ni Nisfu syabaan.. Sebelum buku amalan kita di angkat, kita warna cantik sikit dengan amalan.. Tak nak la kosong atau hitam saja buku tu.. Harap bulan syaaban ni memberi kebaikan dan aura semangat untuk terus dekat dengan Allah..

Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

————————————————————————————————————-

Alhamdulillah, dalam sibuk nak setting semula diri yang sangat-sangat berat nak beribadat.. saya juga dipaksa untuk sibukkan akal dan kotak ingatan saya dengan info-info JPN. Berat!  -_-‘  Minggu depan saya akan menghadiri sesi temuduga. Temuduga pertama. Gementar + Risau. Banyak sangat benda negatif bertandang.. Moga Allah permudahkan.. Dalam resah dan hampir kepada STRESS yang tak perlu, saya ditegur dengan lembut tapi tegas.. -_-
“Kalau kita fikir negatif.. negatiflah jadinya. Janganlah fikir dapat atau tak dapat tetapi fikir usaha. Usaha dan berdoa.. Allah tidak kecewakan orang yang berusaha dan berdoa.. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun alhamdulillah.. adalah tempat lain yang Allah nak bagi tu.”

Uhh.. betul la tu..  mungkin kerana istilahnya “pengalaman pertama” maka rasa gementar tu terlebih dari parasnya. ^_^..  Rabbi yassir wa la tuassir..  Moga Allah mudahkan..

Doakan ya Hijrah Humairah ni.. 🙂

 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2013 in SEMBANG SANTAI