RSS

Monthly Archives: August 2013

Noktah Maaf..

Moga Allah hilangkan rasa sedih yang bersarang dalam jiwa. Moga Allah sirnakan rasa hampa yang membengkak dalam hati..

Tidak selamanya kita diulit rasa bahagia dan senang. Tetapi selamanya kita mampu membina tenang dalam kocakan hidup. Bila disayangi kita semakin tenang, bila disakiti kita semakin mampu untuk bertenang. Ketenangan itu hanya mampu dimiliki jika seluruh hati dan hidup kita berdampingan dengan Allah. Tidak terpisah walau sesaat..

Bukan seperti segolongan manusia yang hanya mendekat dengan Allah jika disapa resah dan susah. Kemudian kembali menjauh saat Allah memberi apa yang dikehendaki. Nauzubillah..

Seperti biasa bila saya mula menulis lagi, bermakna hati saya sedang dipukul dengan rasa sedih. Tidak kisahlah apa pun asbab rasa sedih itu. Yap, saya sedih. -_-‘

Bila kita mula melebarkan rantaikan ukhwah dengan insan lain, ketahuilah yang kita perlu untuk bersedia dilukai. Samada perempuan atau lelaki. Tidak akan mampu untuk lari dari rasa terguris, kecewa, sedih dan sebagainya.

Sekali lagi, rasa ini menerpa. terus menampar. Sakit… bila orang yang selalu ketawa bersama tiba-tiba menjauh tanpa kata. Saya terkial-kial bertanya, di mana silap saya. Apa yang telah saya lakukan. Jawapan tetap sama, diam dan terus menerus dengan hamparan bisu.

Dan saya pula, meletakkan noktah maaf untuk kesekian kalinya.

“Feeling bad!”

Ini yang saya rasa.. Saya bertanya pada seorang sahabat,”kalau kita mesej dan orang tu tak nak balas, maknanya orang tu tak nak kawan dengan kita lagi ka?”. Dia menjawab, “tak jugak, mungkin dia sibuk atau tengah buat sesuatu”. Emm, mungkin juga..

HUSNU DZON dan SALAMATUSSODRI.. 

^____________^ SMILEEEEEEEEEEEE CACTUS!

Tidak semua orang punya ruang dan rasa yang sama kan? Belajar letak rasa faham tapi  Tak nak berada dalam situasi ni “sekali lagi” nanti.. Penat. Saya minta maaf andai ada yang melukakan tanpa sedar.

“Saya janji tak ganggu lagi. Promise!”    ^___________^

Syukran..

p/s : menulis membuatkan saya mudah menghilangkan rasa sedih. Sebab bila menulis, saya mudah menukarkan negatif kepada positif.. now im happy! kesimpulannya “kalau orang tak nak, tak boleh nak paksa”.. ^__^

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on August 17, 2013 in BICARA HATI

 

Hanya kerana yakin..

Kisah kita mungkin berbeza..

Ada yang awal hidupnya dimulakan dengan kesenangan dan akhirnya juga dia tampak senang. Ada yang sepanjang nafas hidupnya hanya ditemani rasa sedih dan kesusahan yang merobek jiwa. Dan saya pula, punya kisah tersendiri.

Cemburu melihat insan lain memiliki hidup yang ceria, bahagia dan serba cukup. Cemburu melihat mereka punya suatu yang tidak saya mampu miliki. Saya melihat mereka  mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan, sedangkan saya segala-galanya terlihat agak mustahil.. Dari kecil lagi saya mendapatkan sesuatu dengan mengenal erti susah.

Teringat masa sekolah rendah dulu. Buku pertama yang saya beli adalah buku cerita ditektif kanak-kanak. Seingat saya harganya RM7.50. Tebal jugaklah dalam 100 lebih muka surat. Buku tu saya beli dengan hasil simpanan sendiri. Setiap hari ke sekolah, mak akan bekalkan duit RM1 atau 50sen. Kalau dapat RM1, saya akan simpan 50sen. Kalau dapat 50sen, kekadang saya simpan 20sen atau tak belanja lansung sebab nak sangat dapatkan buku tu.

Masa sekolah menengah, ketika form 1 buku pertama yang saya beli adalah buku tentang aurat. Pertama kali saya kenal erti aurat. ^__^ Harga buku tu tak silap saya dalam  RM10.50. Teruja tengok cover buku tu ada gambar muslimah bertudung labuh dan berniqab. Excited nak beli! Jadi, macam biasa..nak dapatkan buku tu saya kenalah berusaha sendiri. Kumpul duit.. ^___^ Dalam 3 minggu jugak la saya kumpul. Tolak makan waktu rehat. Saya gantikan waktu rehat saya dengan baca buku. Biasa saya minta mak sediakan bekal. Sweet.. terima kasih mak..

Sejak itu, saya suka beli buku dengan duit simpanan sendiri.

Barulah saya mengerti yang hidup saya perlukan pengorbanan. Tidak semudah orang lain. Melalui proses ini, saya bersikap “memikirkan orang lain”. Mendahulukan keperluan orang lain berbanding keperluan sendiri walaupun hakikatnya saya sangat sedih.

Pengorbankan.. Korbankan apa yang saya mahu, apa yang saya suka dan apa yang saya inginkan.. Semuanya perlu untuk saya gadaikan hanya kerana sebuah kehidupan yang sudah Allah gariskan. Kekadang keluhan saya ditemani airmata.

Kenapa saya tidak menjadi seperti mereka?
Kenapa saya tidak dapat apa yang saya nak?

Jawapan yang bertandang hanya “PENGORBANAN”. Sehebat mana pun saya merintih dan menangis, ianya hanya memberi kelegaan tanpa memiliki. Namun kelegaan itu ubat.

Apa yang saya mampu miliki adalah sebuah keyakinan bahawa Allah tidak menjadikan hambaNya sia-sia. Allah lebihkan dan kurangkan sesuatu pasti dengan hikmah. Keyakinan ini yang membuatkan saya kuat tersenyum, kuat berusaha dan saya terus menerus berharap. Disebalik kekurangan,Allah beri kekuatan dan kelebihan pada sudut yang lain.

Hal yang paling menggembirakan dan hadiah yang paling disukai buat diri saya sendiri adalah keputusan-keputusan cemerlang yang saya perolehi dari darjah 1 sehinggalah diploma. Alhamdulillah, setiap tahun saya punya hadiah untuk diri. Saya tidak berniat untuk gembirakan orang lain dengan keputusan-keputusan saya melainkan untuk diri saya sendiri.. ^_^

Garis hidup ini yang saya jalani dengan kekuatan syukur. Tidak perlu menumpang “senang”nya orang lain.

Alhamdulillah.. inilah saya.

^_________________________^ big smile for a big syukur!

 

p/s : Entah kenapa rasa nak tulis..

 
Leave a comment

Posted by on August 12, 2013 in BICARA HATI

 

Ragam Raya

Yeaaahhhh… dah raya!

Ops!

Alhamdulillah.. setelah diberi kesempatan bertemu dengan ramadhan, kini bersua pula dengan syawal yang meriah. Hari ini dah masuk syawal yang ketiga. Still ramai yang buat open house dan gerakan jaulah. Pakat-pakat kumpul dan pergi ke rumah sahabat-sahabat lain. Best! ^__^

Saya pula, raya ketiga memilih untuk duduk kat rumah. Menghilangkan keletihan semalam. Menziarahi 10 buah rumah dalam masa sehari. Bukan hanya kaki yang penat berjalan, mulut pun penat dah mengunyah. Aktiviti semalam makan saja.. saya pula makan sekadar yang mampu dan perlu. Cuma saya pastikan air habis diminum. Tak manis pula kan lau tak dihabiskan..

Dah namanya raya kan. ^_^

Tapi.. dalam keseronokan beraya, adab ziarah jangan lupa.. akhlak dan syariat tetap kena jaga.

Pakaian raya still kena menepati syarat tutup aurat dan pengaulan kena waspada. Tahu siapa yang boleh dan tidak boleh salam. Jangan asal nak salam jer.. Free-free dapat dosa di hari raya.. ^_^

———————————————————————–

Seronoknya raya ialah “baru”.. baju baru, kasut baru, tudung baru. Yang besar sikit, kereta baru dan rumah baru. Yang melampau tu, isteri baru.. hehehe. Hakikatnya raya suatu yang menyeronokkan bagi yang tidak mampu, mereka hanya akan merasa “baru” ketika sambutan raya sahaja. Setahun sekali.

Bagi yang sangat-sangat tidak mampu, mungkin hari raya sama seperti hari-hari yang lain. Tiada yang berbeza. Bahkan mungkin ada yang semakin sayu merenung nasib diri. Si ibu dan ayah merasa bersalah saat menatap wajah anak-anak kerana tidak mampu membelikan baju raya seperti kanak-kanak lain. Moga anak-anak itu memahami erti redha dan sabar..

Untuk yang mampu dan sangat-sangat mampu. Berhati-hati dengan harta yang dimiliki.

Time raya ni.. ramai sangat yang nak bertanding.. Pakaian raya paling cantiklah, rumah paling cantik dan besar laaa.. macam-macam perangai. Ada yang sampai tak senang duduk kalau tengok jiran sebelah beli perabot baru atau renovate rumah. Nak juga buat.. raya sahaja, berpuluh-puluh ribu habis. Hanya nak puaskan hati dan puaskan mata yang memandang yang hakikatnya TIDAK PERNAH dan AKAN PUAS pun..

Ada juga yang terlebih rendah diri.. tak nak ajak sahabat-sahabat ke rumah sebab malu. Malu rumah kecik, tak cantik dan tak besar macam yang lain. Ada juga yang malu nak kenalkan keluarga sendiri, hanya kerana keluarga tak nampak mewah dan uptodate.. Allahuakbar!! Jika ada yang rasa sebegini, semak semula hati. Apa sangatlah harta yang nak dibanggakan. Bila-bila masa sahaja Allah tarik. Jangan lupa diri!!

Kaya tidak semestinya bertaqwa dan bahagia.. Tidak confirm membawa ke syurga!

So, bersyukur dengan apa yang kita ada. Ikhlaslah dalam menerimanya. Semuanya adalah amanah. Berbangga kerana harta, bukan aset yang menjamin bahagia..

SELAMAT HARI RAYA… Assalamualaikum..

 

 

 
Leave a comment

Posted by on August 10, 2013 in BICARA HATI

 

Hadiah, si Pokok Kaktus

Moga tulisan ini tidak lara atau sepi hanya dengan angan-angan..

Hadiah, si pokok kaktus!

Saya dikenalkan dengan si kaktus. Lagaknya biasa. Hanya hijau yang dipandang, hanya duri yang dihindari. Jika ada warna lain pun, pastinya merah. Namun malam itu saya belajar bagaimana si kaktus ini hakikatnya si hijau yang luar biasa dan si duri yang unik di mata.

images

“Kaktus?” Dalam banyak-banyak bunga, kaktus juga yang saya pertikaikan walaupun hanya bergurau.. ^_^

Namun bila saya memutar pandangan 360 darjah berlawanan dengan pandangan asal, akhirnya pandangan saya berubah. Lebih indah cara pandang. Andai sang muslimah, sang solehah diluar sana sering menuturkan “AKU INGIN MENJADI MAWAR YANG BERDURI”, “AKU INGIN SEINDAH POHON SEMALU”.. saya pula lari dari kebiasaan pandang.

“Saya ingin menjadi seperti KAKTUS”

Hehehe.. bunyinya sedikit sumbang. Namun harapan ini sudah terbang tinggi di awan. Moga Allah bantu memanjangkan hajat dengan tembakan doa yang lembut dan penuh harap.

“Kaktus kan biasa jer?” Getus hati saya namun dalam diam saya mula berfikir. Menukarkan pandang negatif kepada suatu yang positif.

Kaktus tampaknya biasa, tidak menarik dengan warna-warna memikat, punya duri.. nak hidu pun tak berbau. Silap-silap hanya bau “busuk” yang menjadi tetamu deria rasa di hidung. Jika tak dapat bau, hidung pasti “dicium” duri. Realitinya, walau ia tidak punya rupa yang indah namun punya manfaat dan simbolik tersendiri..

Saya ingin menjadi kaktus yang punya duri memagar diri. Tidak mudah di sentuh sesuka hati, pasti duri menanti untuk beraksi. Sedaya upaya memagar diri dari menjadi murah dan mudah didekati. Ayat biasa “untuk yang halal saja” hehehe.. ^___^

Saya juga ingin menjadi kaktus yang walaupun zahirnya tampak tidak menarik dipandangan mata namun tetap punya keindahan tersendiri. Miliki kesederhanaan dan ketenangan. Tidak semestinya jika  tidak miliki rupa paras yang cantik, kita tidak mampu dipandang indah kan? Makhluk Allah semua punya nila INDAH.. sebab Allah maha Indah.. Baik tumbuhnya, pasti ada bunga kecil mengiringi. Begitu juga muslimah, cantik akhlak dan hatinya pasti ada keindahan hakiki yang terzahir.

Terdapat juga pokok kaktus yang menyimpan air. Tak silap saya kaktus padang pasir. Sila betulkan jika saya salah.. Besar namun tumbuhnya tidak sia-sia. Membantu musafir yang dahaga di perjalanan. Subhanallah! Sangan bermanfaat.. Saya ingin menjadi kaktus yang mampu memberi khidmat dan kebaikan kepada orang lain. ^___^

Sederhana, berduri & bermanfaat kepada orang lain.

TERIMA KASIH pada TEMAN yang memberi.. sungguh saya jatuh cinta pada si kaktus.

—————————————————————————————

Melepasi malam yang sangat meletihkan bersama sahabat tersayang. NORMA SUDIRMAN. Saya juga yang mengaku kalah awal. Tak larat nak meneruskan perjuangan menyiapkan almond london.. maka saya berundur mengisi perut yang tidak lapar. Kak norma (along) pula terus gigih menyiapkan proses terakhir almond london tu.

“maaf long.. memang tak larat..” -__-

Kami sudah semakin sukar untuk bertemu tetapi bila dah ada masa berjumpa, ada saja aktiviti untuk dilakukan seharian. Pot biasa, kat rumah dia la.. ^___^ saya juga la yang perlu menapak ke sana. Nak kata jauh, boleh la.. Transit kat bandar sebelum ke sana. Pasir Putih.

Alhamdulillah, saya seronok punya masa bersamanya. InsyaAllah, saya nak lagi walaupun ada juga kuih yang hangus. Hahahaha.. resam la kan, bila membakar ada yang terlebih bakar pula. Sambil bubuh kacang dalam adunan tu sempat jugak masukkan ke mulut.. Nasiblah kacang tu banyak lagi. Hehehe..

Thanks a lot long..  ^___^ nak tidur atas katil long lagi laaaaaaaaaaaaaaaa…

 

– Assalamualaikum-

 

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2013 in BICARA HATI

 

Ujian buatku.. ^^

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni. -_-‘

Namun,  alhamdulillah, ALLAH bagi semangat dan kekuatan dalam melawan RASA MALAS yang bersarang dalam diri. Fuh, sangat malas untuk update my wordpress ni sebenarnya walaupun ada kisah dan cerita yang ingin dikongsi. Sebulan dua ini saya lebih banyak berbicara dengan hati sendiri tanpa perlu untuk berdepan dengan papan kekunci. Jari pun terasa sumbang tarinya. Tetapi tak apa, saya berada dalam proses RAJIN semula.. ^_^

Sebelum nak celoteh panjang, jom amalkan doa ni untuk elakkan rasa malas dan lemah macam yang saya hadapi sebelum ini.. Ingat sahabat, MALAS itu penyakit hati! Jangan biar lama-lama duduk berumah dalam diri.

Doanya..

“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sifat malas dan lemah. Aku juga berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil serta cengkaman hutang dan penindasan orang”

Doa ni boleh dapat dalam almathurat.. bagi yang dah terbiasa dengan bacaan al mathurat pagi dan petang, bolehlah pula menghayati dan fahami apa yang kita minta dalam bacaan doa tu. Yalah, ada yang baca tapi tak nak ambil tahu apa yang dia baca. Ibarat minta tanpa ambil tahu apa yang diminta, Rasanya pihak yang dipinta tu nak bagi tak?

Kalau saya sebagai pemilik, memang tak la.. Tapi Allah tetap dengan rasa kasihnya akan terus memberi mengikut kehendakNya. Betul tak? Maha Baik Allah.. 🙂 Tambah-tambah lagi dalam bulan RAMADHAN yang mulia ini. Bulan dimakbulkan doa sang peminta. Maka mintalah apa yang diinginkan hatta dunia atau akhirat, DIA pasti dengar. Mintalah apa yang diperlukan, namun bersungguhlah dalam meminta.

—————————————————————————————————————–

^_____________^  saya tersenyum lebar selepas senyuman tu hilang ditelan rasa “stress”. Seminggu saya terlantar dalam sakitnya “iman” sebelum seminggu lagi saya diuji dengan sakitnya jasad. Virus demam melanda, selepas hati saya ‘demam’. I had double fever! Alhamdulillah

Sebulan sebelum ramadhan, saya menerima surat panggilan temuduga dengan rasa berat. Jawatan yang ditawarkan sangat jauh dari kos akademik saya, namun sikap dalam memilih kerja bukanlah sikap yang terbaik dalam keadaan ekonomi negara yang dikatakan “pesat” ini. Maka, dengan rasa berat hati, saya akur untuk menghadirinya. Saya tetap juga mengulangkaji dengan bersungguh, hafal itu dan ini. Hehehe.. last-last soalan yang keluar sangat jauh dari apa yang saya dah baca. Percaturan Allah yang memegang hati dan lisan saya. Kelu tetapi tetap tersenyum. Cuak juga sebenarnya.. -_-‘

Lepas daripada temuduga tu, harapan saya berubah. Dari rasa “TIDAK KISAH” kepada “BERHARAP SANGAT” moga mendapat kerja tu. Inilah manusia, hatinya tidak akan tetap kerana ALLAH ada. DIA yang memegang hati kita. Meronta juga jiwa saya kerana tidak mampu buat yang terbaik, namun saya mula membiarkan rasa tu dan serahkan pada Allah segala keputusannya..

22 JULAI.. bulan ramadhan.

Jawapan temuduga diterima dan “ANDA TIDAK BERJAYA“.

Saya sedih walaupun awalnya tidak suka dengan jawatan tersebut.. peliknya, jiwa saya betul-betul rasa “LOST”.. saya seakan-akan menghentikan tangan untuk menandah dan meminta. Menyorokkan tangan dan menundukkan kepala. Jiwa saya diasak dengan bisikan “kenapa susah nak dapat apa yang saya nak?”

Sedarlah saya bahawa saya sedang mengheret diri ke lembah putus asa! Lembah yang kosong dari harapan, lubang yang tiada jalan keluar darinya. Sedikit demi sedikit jiwa saya melawan REDHA dan menghulurkan tangan berjabat dengan PUTUS ASA. Saya beritighfar panjang.. mula muhasabah dan musyawarah.

Saya berbual dengan sahabat-sahabat dan kenalan. Mereka mencetuskan bunga harapan dan menyiram air iman di hati. Tegar saya menatap kalam Allah untuk menyiram iman yang semakin layu dipanah bisikan nafsu yang sudah 11 bulan terdidik dengan syaitan.

Sesungguhnya Allah lebih tahu yang terbaik buat hambaNya.. Tidak henti-henti saya melafazkan doa ini,

“Ya Allah, Kau tahu yang terbaik, maka jadikan aku baik untuk mendapatkan yang baik.”

Demam iman semakin pulih.. Alhamdulillah.. Namun, tidak berhenti di sini. Jasad pula dilanda demam. Seminggu berselimutkan rasa tidak selesa dan bertilamkan rasa sakit. Ubat-ubatan dari klinik menjadi santapan 3 kali sehari.. Biasalah, bila dah demam ni saya akan terlantar sahaja di atas katil. Nak bangun pun rasa pening. Yang paling mencabar adalah bila tiba waktu SOLAT. Saya memilih untuk Qiam! Yakni berdiri sebab saya masih mampu lagi. Walaupun ada keringanan untuk solat duduk dan sebagainya. Tapi ikut ukuran diri, “SAYA MASIH MAMPU”.. Hehe.

Tapi bila solat time sakit ni, biasalah kita akan rasa nak cepat sebab nak baring jer. Cuma kena ingat ya, sakit pun tetap kena solat. Lau sakit GILA, tak nak solat pun tak pa.. hehe

Petang jumaat, saya duduk di ruang tamu sambil berbaring di kerusi. Sambil-sambil tu saya tadahkan telinga untuk dengar tazkirah ilmu daripada ustaz Syarhan. Alhamdulillah, ALLAH sempatkan saya untuk mendengar kisah nabi Ayub a.s yang diuji dengan sakit yang teruk. Ada lagi yang tak tahu ker tentang kisah ni??!

Saya TERMOTIVASI!! bagaimana nabi masih kuat untuk sujud dan beribadah kepada Allah walaupun dalam keadaan yang sangat teruk sehingga diceritakan sewaktu nabi sujud, ulat-ulat keluar dari kepalanya.. Subhannallah.. dikatakan setiap kali nabi sujud, nabi akan merasa sakit yang teramat namun yang hebatnya, nabi akan sujud dalam keadaan yang lama. Subhanallah!!! Hebatnya iman nabi.

Saya menyindir diri..

“Baru sakit pening sedikit, sudah mula malas nak sujud. Kalau sujud pun asyik nak cepat jer..”

Huhuhu.. menampar iman sendiri. -_-‘

———————————————————————————————————-

Inilah tarbiyah Allah.

Bulan Ramadhan yang mulia ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk menjadi “silent reader” di muka buku. Kalau dulunya saya sangat aktif untuk update status tetapi kini buka pun mungkin  hari sekali. Itu pun hanya membaca. Kalau perlu untuk komen, saya komenlah. Tapi tak lama, mungkin dalam 10 -15 minit menghadap muka buku, cepat saja jari menekan butang logout. ^_^

Saya gantikan kesibukan muka buku dengan kesibukan mencari pahala lain. Memperkasakan iman membina taqwa.. ^^

Mungkin “silent reader” akan menjadi fenomena panjang bagi saya.

Sebelum saya tamatkan entry ini, mohan sang pembaca mendoakan agar perancangan istimewa terdekat saya akan dipermudahkan Allah walaupun agak pening menguruskannya.. Aamin. ^_^

Syukran. 🙂 SALAM RAMADHAN..

 
Leave a comment

Posted by on August 1, 2013 in TARBIYYAH