RSS

Nombor yang pelik!

09 Oct

Dua hari lepas kaktus ke bandar menyelesaikan sedikit urusan di Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendaftran Negara. Alhamdulillah, urusan kaktus dipermudahkan Allah.. dalam masa setengah jam urusan semua dah selesai.

Kemudian, kaktus ajak kawan yang bekerja di bandar untuk temankan kaktus pergi ke pameran buku yang diadakan di Dewan Masyarakat. Waaa.. buku yang sangat banyak! Tapi buku cina jer majoriti yang ada. Tapi alhamdulillah, di mana ada majoriti di situ ada minoriti kan. Hehehe..kaktus pergi ke satu bahagian yang menempatkan buku-buku Islamik. Walaupun hanya satu bahagian tetapi berbaloi juga daripada tiada kan?

Kaktus nak sedekahkan sesuatu untuk diri sendiri. BUKU.. satu kebiasaan bagi kaktus jika pergi ke kedai buku atau pameran buku dan apa sahaja event berkaitan buku pasti ada buku yang kaktus akan beli. ^__________^ walaupun duit hanya cukup makan jer.

Samalah macam masa tu..

Kaktus hanya ada RM43 & sen-sen jer kat beg duit. So, kaktus kena bijak untuk urus belanja walaupun kegilaan keapada buku tu akan membuatkan kaktus tak sedar duit akan habis. Ngeeeee.. 🙂 Belek punya belek.. dan 2 kali round meja buku tu, tetap juga tak dapat buku yang berkenan di hati. Actually, kaktus dah jumpa dua buku yang kaktus rasa nak beli. Bila tengok harga, waaaaa yang tebal sikit RM35 dan satu lagi tu harga RM24.. Tapi ada diskaun 10%.. Kaktus garu kepala yang tak gatal. Sebab :

1) 10% tu nilai dia berapa? hehehehe

2) Kalau beli buku yang harga RM35 baki duit kaktus akan tinggal RM8 & sen-sen.

3) Kalau beli buku yang harga RM24 baki duit kaktus akan tinggal RM19 &sen-sen. Kalau kaktus beli,takut duit tak cukup untuk hal lain yang kaktus tak pasti akan perlukan…

 

Apa yang kaktus buat?

Kaktus leetak buku-buku tu semula dan mula membelek buku-buku atas meja tu dengan lebih teliti. Time round n round, kaktus berdiri di satu penjuru bersebelah dengan seorang makcik sambil tangan menyelak muka surat pada buku yang kaktus pegang. Tiba-tiba…..

Hehehehe..suspen sikit.

Kaktus terdengar  makcik sebelah kaktus sedang merungut sendiri. Tadi kaktus nampak anak dia mengekor, alih-alih dah hilang. Hehehe.. Kaktus cuba dengar apa yang dirungutkan sambil dia cuba bertanya sesuatu kepada adik yang menjaga bahagian tu. Simpati, adik tu muslim tapi tak bertudung. Moga diberi hidayah!

“Kenapa buku ni tak da ayat Qurannya ni?” Makcik bertanya.  Kelihatan adik itu hanya mengangguk.

“Ini apa maksudnya? Kan bagus lau ada ayat Quran. Senang di baca.” Makcik itu bertanya lagi ,sambil jari telunjuknya menunjukkan tulisan ” (4 :108)” pada akhit ayat dalam buku yang dipegangnya. Tetapi entah pada siapa ditujukan soalan itu. Kaktus menarik nafas panjang dan meringankan mulut untuk menegur.

“makcik 4 tu merujuk surah dan 108 tu merujuk kepada ayat dalam surah“. Kaktus menerangkan sambil tersenyum. Tak pastilah jika makcik tu tahu kaktus senyum ke tak. Kelihatan makcik itu mengangguk setuju.

“Tapi… “. Tiba-tiba makcik tu bersuara.

“Kalau yang ini pula,sambil jarinya menunjukkan tulisan (50: 37). Adakah surah 50?” Soalnya..

“Owh.. maksudnya surah 50 ayat ke 37” Jawab kaktus pendek.

“Aik.. kalau ini?? “ Jarinya cepat beralih kearah tulisan yang lain.

“Adakah surah 108? Bukan surah ada 30 jer ka?” Makcik itu tidakberpuas hati.. Kaktus sedar anaknya hanya memerhati dan berdiri jauh dari kami.

Oooooo… barulah kaktus faham. Makcik ni terkeliru rupanya. Kaktus cuba menjawab dengan baik.

“Ada makcik.. yang 30 tu juzu’ dalam Quran. Surah 108 memang ada, sebab kalau surah ada 114. Tapi saya pun boleh keliru makcik kalau dia tulis macam ni jer”

” OOO.. tu la kan, Makcik pun keliru dah tadi”

Alhamdulillah, makcik terima jawapan kaktus! hehehe.Bercakap dengan orang tua kena hati-hati takut terasa plak. 🙂

So..da selesai dialog membantu makcik tadi, kaktus menyambung pencarian bukuyang nak beli. Lastly, kaktus jumpa 2 buku. Semuanya berjumlah RM17.60.. berbaloi! 🙂

1) Nikmatnya sedekah
2) Formula evergreen untuk bahagia

Alhamdulillah selesai! Kaktus balik ke rumah dengan rasa puas. ^_____^ Beli buku tentang sedekah supaya jadi peringatan kat kaktus supaya JANGAN KEDEKUT dan buku tentang formula bahagia tu supaya kaktus JANGAN SEDIH-SEDIH..

 

P/S : Jangan kedekut untuk bersedekah samada kepada orang lain atau diri sendri. Seringan-ringan huluran sedekah ialah senyum! ^______^

dan satu lagi… bila berjalan dengan mak, jangan jauh sangat. Kesian mak bila dia perlukan sesuatu bukan anak sendiri yang bantu tapi anak orang lain.. Ngeee… pelik tol kenapa anak dia tu just tengok jer mak dia merungut keliru sorang-sorang gitu.. So, pastikan! -___-‘

 

 

 

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on October 9, 2013 in SEMBANG SANTAI

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: