RSS

Category Archives: AKHLAK ISLAM

Facebooker.. jom cermin diri..

fb

Kempen dengan slogan  ‘Andai Rasulullah melihat kita berfacebook’ mula menyedarkan kita bagaimana perlunya kita beradab dan ‘berhati-hati’ dalam mengendalikan laman sosial yang popular ini, namun kini sambutannya hanya suam-suam kuku sahaja, sentuhannya semakin kurang menyengat. Kenapa ya? Di mana kurangnya??

Sebenarnya, bukan masalah alat? tapi masalah hati si pengguna..  Yap, macam saya,  awak, dia, kamu dan mereka.. yang punya Facebook. Tak kisahlah 1 or 2 akaun, bahkan ada yang lebih daripada itu rasanya. Nah, makin banyak akaun makin besarlah amanahnya kan?

Fenomena dalam Facebook

Dalam facebook, kita juga mampu belajar mengenal dunia. Mengenal karenah manusia yang pelbagai. Kekadang ada yang menilai manusia lain melalui aktiviti yang dilakukan terhadap FB masing-masing. Tak kisahlah samada status yang dikemaskini. atau gambar-gambar yang dimasukkan sebagai hiasan pada wall. TAPI jangan silap menilai pulak, yang pasti apa yang kita pandang dan baca dalam ruang sosial ni banyak AUTA berbanding FAKTA.. al maklumlah, masing-masing nak tunjuk diri ‘perfect’, baik, macho, cantik dan sewaktu dengannya :

1)   Isu wanita dan Niqab.. ataupun dikenali sebagai niqabis. Mereka memang cantik. Dengan mata yang dihiasi alis yang menawan, cukup membuatkan saya berkata ” tak perlu hidung, bibir dan pipi.. cukup mata, kami da jatuh hati dan rasa suka”

Wait a minute.. apa tujuan paparkan gambar sendiri?? Ok fine..hak masing-masing. Tak palah, yang saya tahu ” SAYA TAK SUKA!!! SAYA TERASA TURUT DIPERAGAKAN”  Apa?? tak setuju? Maaf, ni hak saya mengeluarkan pendapat. ^_^

Sebenarnya, saya kecewa. Tindakan ini memberi fitnah kepada golongan ‘niqabis’.. mereka (yg tak tutup aurat) berkata “cakap jangan dedahkan diri sesuka hati tapi mereka juga memperagakan kecantikan mata”.. Allahu akbar, saya semakin tercabar, mungkin juga semakin rasa dikecewakan..

2)   Muslimah yang suka masukkan gambar… Saya tak kisah jika beramai2 dan jaraknya sangat jauh.. (tetapi hati saya tetap memilih x perlu) tetapi jika gmbar itu boleh mengundang muslimin yang memandangnya sangat teruja untuk memuji ‘kesolehaan’ kita, baik jangan.. Kasihan mereka, sukar menjaga hati asbab kita walaupun bukan kita asbab sepenuhnya tetapi elakkan. Pilihlah jalan dan tindakan yang paling selamat dari yang selamat.

Sebagaimana kamu malu ditenung di dunia sebenar, begitu jugalah kamu patut malu untuk memperagakan diri dalam alam maya dengan senyuman yang cukup menawan dan gaya yang betul-betul menarik.. Betulkan? Cuba fikir.. kita bila nak ambil gambar yang bukan ‘candid’ mesti akan memberikan senyuman yang paling terbaik yang kita ada dan membuat gaya yang paling ‘sopan’ dan menarik bukan?

Kena ingat orang yang memandang di alam maya lebih ramai dari di alam nyata.. 🙂

3) Upadate status : “aku suda dilamar”  “tengah duduk makan”  “Kejap lagi nak ke pasar”.. Rajin sangat update. Ops lupa, handphone canggih. So, senanglah nak update. BB terus dari handphone 24 jam.. Hak kamu.. Tapi sekadar nak ingatkan,  setiap yang kita lakukan hatta duduk pun Allah akan soal di akhirat kelak.. Sebab apa? Sebab masa yang kita sedang gunakan ni milik Allah. Kita meminjam saja. Andai Allah tanya “Apa manfaat yang kita dapat dari post2 tu?” Nak jawab apa ya??

‘Post’lah status-status yang mampu memberi manfaat kepada orang lain yakni masyarakat ataupun agama. Paling kecil pun manfaat untuk diri. Actually, manfaat yang sebenar-benarnya manfaat.  Bukan semata-mata nak  hilangkan stress.. 🙂 Pilihlah manfaat yang membantu di dunia dan juga akhirat kita.

Sama juga apabila kita nak komen.. Pastikan ada nilai. Hatta, kita kata “setuju”. Kita niat untuk meraihkan. Moga sahabat kita tu makin bersemngat menyebarkan dakwah.. Bergantung pada niat kita sebenarnya.

4) Chatting : Hati-hati, ikhlitan perlu dijaga bukan sekadar di dunia nyata tapi juga di alam maya. Tidak terkecuali. Chat dengan yang bukan mahram, biarlah sekadar yang perlu dan penting sahaja. Elakkan bergelak ketawa “hehehehe” “hahahaha”.. sweet jer kan, tapi hot di masyar kelak.. ^_^

Chatting dengan sahabat sejantina, biar bahasa melembutkan hati si pembaca (si pendengar). Bahasa (lidah) mencerminkan hati.. baik lisan yang dilafazkan menggambarkan baiknya hati.

P/S : Facebook mampu menjadi ladang, terpulang pada hati yang mengeluarkan rasa mengerakkan jari untuk memberi dalam laman sosial ini. Apa yang kita pandang, kita tuturkan dan kita lakukan semua adalah pilihan kita. Dalam memilih, pilihlah yang TERBAIK, paling TERBAIK ya.. Bukan sekadar untuk dunia tetapi untuk akhirat yang utama..

Bukan untuk mengondem tetapi karangan ini untuk garis pnduan diri.. mungkin suatu hari, saya juga lalai dari berdiri di atas garis prinsip sendiri.

Mungkin hari ini, sayalah orang yang rasa malu untuk update status “main-main”, masukkan gambar tanpa tujuan, chatting dengan mereka yang tak selayakknya. Ya, saya akui. Saya banyak berfikir sebelum nak update sesuatu. Gambar apatah lagi, nak komen kat wall orang lain berfikir berkali-kali.. kekadang dah tekan tetapi cepat juga ‘delete’ semula. TETAPI ini adalah saya hari ini, hari esok dan sterusnya saya sendiri tak tahu. Moga teguran ini menjadi ‘wasiat bermakna’ buat saya kelak.. Buat kita.. ^_^

 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

Bila dijentik rasa marah

Mohon perlindungan daripada segala rasa yang menyesakkan dada.. sejahterakan hati, biar sentiasa aman dalam iman. Tetapi dalam sehari pasti ada yang membuatkan hati rasa sesak..Jika bukan kerana sikap manusia lain pasti sikap sendiri. Betul tak? ^_^

Tetapi apa pun terpulang pada diri kita bagaimana untuk mengatasi semua unsur negatif itu. Kebijaksanaan kita tidak dinilai daripada sebanyak mana kita menghafal sebuah buku atau berbuku-buku (^_^) tetapi sejauh mana kita mampu meletakkan diri kita berkondisi selesa dalam zon masalah..

Hari ini, tersentap seketika dengan kata-kata si “bijak pandai”.. menghukum tanpa selidik dan lebih memandang kesan jangka pendek berbanding memilih pelaburan untuk jangka panjang. Alhamdulillah hanya “seketika” unsur negatif itu memanaskan hati kemudian segera disejukkan dengan perkongsian dengan sahabat-sahabat. “TIDAK PERLU MARAH PADA SESUATU YANG TAK PERLU” dan saya tambah ayat itu dengan perkataan “TAK PENTING!!”

Saya mula tersenyum. Sedikit sebanyak saya mula mengawal kemarahan. Jika sebelumnya saya pasti akan menjadi bak singa sedang tidur yang dikejutkan bunyi bising, pasti tunjukkan taring.. Alhamdulillah sikap “cepat melenting bila diusik” berjaya saya jinakkan hari ini. Tersenyum dan tersenyum… Segera saya teringat  pada lagu “Ya Badratim”. Bibir saya mengalunkannya lantas cuba menghalang unsur negatif itu terus melekat pada hati.

” orang kuat bukanlah orang yang mampu memukul lawannya. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu mengekang hawa nafsunya ketika sedang marah ” .

(HR Bukhari dan Muslim)

Thumbs up buat adik @Fadrul Azim kerana post hadis ni dalam komen kat wall saya.. ^_^

Marah adalah api yang ada dalam jasad anak adam.. kemarahan itu datangnya daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api.. cara nak padam ialah dengan air wudhuk.. uhh…sejuuukkkkk ^_^.. Dinasihatkan juga pada yang marah untuk mengubah posisi bila marah ibaratnya bila marah ketika duduk, berdirilah untuk mengurang rasa marah tu.. Tetapi habit saya ialah sukar nak pandang orang yang buat saya marah. Saya akui habit ni tak baik tetapi nak ubah tu tak mampu dalam sekelip mata.. saya memilih untuk tidak memandang berbanding membiarkan hati bersarang dengan hasad dan rasa marah. Allahu Rabbi.. saya sangat lemah dalam bab ni..sebab saya takut memandang dengan penuh benci. Mata saya saja cukup mengambarkan apa yang saya rasa terhadap seseorang itu. Mata saya juga mengambarkan ketegasan saya. Tetapi tak bermakna saya membiarkan terus habit ni menjadi salah satu identiti diri. Buruk tetap buruk walau sebaik mana kita hias dan tacap..

Terima kasih kepada yang mengajar erti sabar. Terima kasih kepada yang membuatkan saya marah.. Inilah tarbiyah yang Allah atur untuk saya hari ini. Saya menikmatinya dengan baik, alhamdulillah dengan izin Allah juga saya mampu mengatasinya untuk hari ini.. Esok pasti ada lagi. ^_^ dan saya bersedia untuk kesekian kalinya.

Jadi, hari ini saya mendapatkan hadiah atas kejayaan saya secara peribadi.. KESEMPATAN BERSAMA DENGAN SAHABAT-SAHABAT tatkala terpisah dengan hambatan  masa walaupun hari-hari berselisih atau bersua muka. Namun dah lama tak berkumpul bergurau senda sambil menikmati rezeki daripada Allah sambil-sambil telinga disajikan dengan persembahan Ustaz Akhil Hayy.. Tak nampak pun tapi just mendengar.. sambil berkongsi mutiara hikmah. Sweet moment, dibawah langit hitam berhiaskan bintang..emm ada bintang ker??? Tak perasan pula. Astaghfirullah, lalainya hati memerhati kebesaran Allah.. (-_-)

Apa pun.. belajar untuk mengatasi sikap marah walau apa jua cara kita yg penting tetap dalam syariat.. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit sikap tenang kita..

wallahualam

 
2 Comments

Posted by on September 30, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

Bagaimana Sirah Mengajar kita..

Saya menulis tentang pengorbanan bukanlah bermakna saya yang paling baik dalam berkorban..
Saya berbicara tentang perjuangan bukanlah bermakna saya yang paling kuat dalam berjuang..
Saya menggambarkan tentang kesabaran bukanlah bermakna saya yang paling teguh dalam bersabar..

Hakikatnya ianya hanya perbincangan sekitar  sejauh mana kita berkorban,berjuang dan bersabar. Menghayati erti ketiga-tiga ramuan hidup ini. Resam hidup orang yang berjuang perlu ada yang dikorbankan, perlu ada yang membuatkan kita sabar.

Hidup sebagai seorang yang miskin, mereka berjuang untuk mendapatkan rezeki, berkorban diri mengerah tenaga dan mereka perlu sabar untuk kelansungan hidup. Walau mereka menarik nafas kepayahan, jasad dan hati terus teguh memenuhi keperluan diri. Maka beruntunglah bagi mereka yang bersyukur.

Hidup sebagai seorang yang yang kaya, mereka berjuang menambah kekayaan, berkorban keluarga dan masa yang berharga dan mereka perlu sabar menghadapi masalah runtuhnya keluarga yang dibina. Walau mereka menarik nafas kelegaan, jasad dan hati mereka lelah memenuhi kepuasan diri. Maka rugilah bagi mereka yang tamak terhadap dunianya.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”   [14:7]

Perjuangan, pengobanan dan kesabaran menjadi suatu yang sia-sia andai wasilah untuk mengalirkan ketiga-tiga elemen hidup ini adalah untuk keduniaan. Oleh itu, semua orang memiliki perjuangan, pengorbanan malahan kesabaran tetapi tak semua perjuangan, pengorbanan dan kesabaran yang benar dijalaNya dimiliki oleh semua manusia. ^_^

Ada yang berjuang.. ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai ianya perjuangan menegakkan kebatilan yang nyata sepertimana tentera salib yang berjuang menentang Islam.
Ada yang berkorban.. ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai ianya pengorbanan untuk suatu yang tiada nilai di sisi Allah sepertimana pengorbanan Romeo dan Juliet.
Ada yang bersabar..ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai kesabaran dalam melakukan maksiat sepertimana sabar menanti pasangan datang lambat untuk temu janji tepi pantai..^_^

Saya cuba memahami dan menghayati bagaimana pengorbanan, perjuangan serta kesabaran saya pula? Adakah lebih kepada suatu yang sia-sia atau suatu yang bernilai di sisi Allah.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”   [49:15]

Saya teringin nak merealisasikan perjuangan saya sepertimana ayat itu, bahkan bukan untuk saya sahaja tetapi untuk sahabat-sahabt lain juga..Biarlah saya belajar dan berusaha untuk menyalurkan elemen pengorbanan dan kesabaran saya dalam jalan seperti ini yakni sebagaimana Firman Allah s.w.t :

“(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan” [3:134]

Namun saya memahami bahawa ianya suatu yang sangat sukar untuk dibentuk dalam diri dan juga sahabat lain melainkan terus berusaha membentuk acuannya.

Saya melihat keadaan perjuangan menegakkan kepimpinan Islam di Malaysia. Sangat variasi mungkin juga boleh menjadi satu hiburan bagi yang bersikap ‘silent reader’. Lihat sahaja Facebook, medan luahan semangat-semangat anak muda. Mereka sangat bersemangat dalam perjuangan terutamanya dalam demonstrasi tetapi bagaimana dengan pengisian pengobanan? Tidak dinafikan perjuangan memerlukan semangat.. dan saya sangat menghargai semngat perjuangan sahabat-sahabat saya walaupun hanya sekadar di facebook dan semangat [ada demo sahaja ^_^. Mereka tetap juga ada kpentingan dan peranan dalam perjuangan.

Rasulullah s.a.w banyak mengajar kita tentang 3 elemen ini dalam setiap langkah baginda sebagai seorang utusan Allah. Senyuman baginda sahaja boleh dijadikan contoh, inikan pula bicara, perbuatan dan perjuangannya. Allah juga mencatatkan semula kisah para nabi sebelum baginda dalam kalam Allah. Bukan untuk dikhabarkan bagi mengindahkan Al-Quran tetapi sebagai ibrah dalam hidup. Nabi mana yang tidak sabar? Nabi mana yang tidak berkorban? Nabi mana juga yang tidak berjuang??! Hakikatnya mereka semua adalah pejuang, berkorban dan penyabar.. Kita?? Pengecut, kedekut dan pemarah.. Allah.. jauh sekali kita daripada nabi-nabi yang diutuskan sebagai contoh untuk kita.

Melihat sisi hidup Nabi Ibrahim A.s yang sabar menunggu hadirnya cahaya mata. Kesabarannya harus dicontohi oleh pasangan yang masih belum mendapatkan cahaya mata. Lalu kesabarannya bukan diganti dengan seorang anak tetapi dua orang anak daripada dua orang isteri yang disayangi. Kesinambungan kesabaran Nabi Ibrahim mengalir dalam diri isterinya siti Hajar dana anaknya Ismail ketika mereka ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang gersang.. Bukankah Allah ingin mengajar kita SABAR. Buat muslimah bergelar isteri, hati perlu mantap dengan sabar. Bukan selamanya hidup bersama dengan seorang insan bernama suami, satu saat dan ketika perjuangan hidup kita akan dilalui tanpa seorang imam yang memimpin maka saat itu kitalah imam.. tidak mahu kah kamu menjadi imam sekuat siti Hajar?? Mungkin ada yang berfikir, saat menjadi isteri itu lama lagi dan gelaran janda mustahil menjadi title kita tapi siapa kita untuk menetapkannya.. Right??

Bagaimana pula Allah s.w.t aturkan kisah hidup semantap Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mentarbiyah kita?? Seorang anak muda yang bercita-cita tinggi dalam merealisasikan hadis nabi s.a.w bahawa Konstantinopel akan ditawan oleh pemimpin yang baik yang memilki tentera yang baik dan rakyat yang baik juga. Dia berusaha untuk menjadikan kepimpinannya adalah kepimpinan yang disebut-sebut dalam hadis tersebut.Kita pula? remaja kita bagaimana semangatnya dalam merealisasikan dan membuktikan kebenaran hadis Rasulullah s.a.w??!

Nabi s.w.a ditanya apakah amalan paling baik? baginda bersabda : “Solat di awal waktu”

Lihat hadis di atas, bagaimana kita meraihkan hadis ini? atau hanya memandang sepi tentangnya..Mana semangat kita dalam meraihkan hadis-hadis nabi. Kekadang kita mantap berhujah dengannya tetapi mengamalkannya? Tiadakah dalam kalangan kita atau kita sendiri yang meminjam semangat dan kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh.Perjuangannya yang bersungguh, kesabaran menjadikan tentera dan rakyatnya adalah yang terbaik dan pengorbanannya dalam merealisasikan hadis tersebut.

Pandang pada sisi hidup Rabiatul Adawiyah.. Sesungguhnya tanpa cinta dari manusia, dia mampu menjadi sebaik-baik hamba Allah di dunia. Dia tidak perlukan seorang lelaki yang soleh dan bertaqwa untuk membentuk ketaqwaannya kepada Allah tetapi dia mampu menempah nama di langit yang tinggi melakar wangian cinta di dunia. Jangan kita menjadi muslimah yang meletakkan syarat mencapai soleha dengan kehadiran kaum adam yang soleh. Si solehah mampu hadir tanpa si soleh!! Rabiatul mengajar kita erti berkorban nikmat hidup untuk mencapai nikmat yang hakiki. Siapa yang tidak inginkan cinta lelaki soleh bukan? tetapi untuk CINTA Tuhan yang hakiki, Imam Hassan al Basri turut mengkagumi cintanya pada Ilahi.

Hakikatnya Allah tidak mendidik kita hanya melalui ujian tetapi juga melalui kisah hidup insan lain. Banyak lagi sirah yang mengajar erti hidup kepada kita tetapi hanya kita yang menutup sebelah mata memandang sirah hanya sebagai lembaran sejarah yang hanya akan dibuka tatkala kuliah. Dimana hati kita saat menatapnya???

Sirah adalah kehidupan yang terus bernafas dalam diri kita.Sehingga hari ini, hati masih merasa teruja.. sirah Nabi suatu yang sangat2 amazing.. knapa tidak? Hatta tidak berlaku kepada kita tetapi boleh ia hidup dalam kehidupan kita.. Natijahnya, kita bljar erti sabar, qanaah, taqarrub, PENGORBANAN dan paling besar adalah PERJUANGAN DAN DAKWAH.. ♥ Andai mampu untuk dilafazkan, ya saya sangat rindu pada mereka.. Sirah 25 Rasul, hadam dengan hati yg sarat pnghayatan! bukan untuk melahirkan seorang nabi, itu sangat mustahil ! tetapi ingin mlhirkan insan yg memilki jiwa mncontohi nabi.. ♥

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on July 26, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

Tak Rugi Pun Bersyukur

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara untuk sekian kalinya..

Alhamdulillah, moga saya dan juga sahabat tidak lupa untuk bersyukur dan terus bersyukur.. tiada asbab atau halangan kenapa kita perlu berhenti memanjatkan syukur atau merasa sombong untuk melafazkan dan menunjukkan rasa syukur pada Allah Yang Maha Pemurah..

Lupakah kita dengan Firman Allah dalam surah As Sajadah ayat 9

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali “bersyukur”

Inginkah kita tergolong dalam kalangan yang sedikit itu?

Bukankah syukur itu memberi kelebihan kepada yang bersyukur bukan kepada yang ditujukan syukur? Tidak percaya?

Lihatlah firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7

” Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu BERSYUKUR, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Dalam surah Al-A’raf ayat 58

Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur”

Dalam surah Al Fathir ayat 30

Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

Maka, hakikatnya kita tidak rugi walau sedikit pun apabila kita bersyukur.Malahan syukur merupakan pelaburan dan jaminan kebaikan dan kebahagiaan yang berpanjangan hatta di dunia atau di akhirat. Namun ramai yang bersyukur atas suatu yang banyak, besar dan nyata memberi keuntungan di dunia tetapi lupa bersyukur  atas nikmat yang tidak dapat dipandang dengan mata tetapi dapat dirasa iaitu nikmat iman, sihat dan akal yang waras. Malahan ada yang tidak bersyukur dengan nikmat hidup..

Buktinya??

Seorang wanita tidak bersyukur dengan kecantikan dirinya sehingakan ingkar untuk menutup auratnya. Lebih suka menjadi tatapan pandangan mata liar yang rakus menganalisis kecantikan seluruh tubuhnya yang tidak tertutup.. Maka berakhir dengan rogol, cabul malahan bunuh..

Seorang lelaki tidak bersyukur dengan nikmat hidupnya sehinggakan menyediakan dirinya ke lembah kehancuran melalui rempit dan dadah.. Maka berakhir dengan kehilangan kaki, parut malahan maut..

Seorang anak tidak bersyukur dengan kehadiran ibu bapa dalam hidupnya sehingga merasakan keluarga sebagai satu institusi yang mengongkong kebebasan diri (remaja) sehinggakan lari dari rumah.. Maka berakhir dengan kehidupan sosial yang sia-sia malahan ada yang menjadi bohsia dan bojan..

Pastinya banyak lagi kan..

Kekadang kita yang berlimu ini juga tidak bersyukur… ^_^ tanyalah hati masing-masing..

Mungkin hakikatnya bersyukur itu suatu yang sukar untuk diamalkan andai hati kita sangat rakus merebut sayap nyamuk.. Sayap nyamuk???! ^_^ Lihat hadis di bawah..

Seandainya dunia itu bernilai di sisi Allah seperti sayap nyamuk, maka orang kafir tidak akan diberi minum walaupun seteguk air daripadanya” (Riwayat al-Tirmizi)

Lihatlah nilai dunia yang menjadi rebutan.. dunia yang membuat ramai manusia tidak dan lupa untuk bersyukur. Saya juga melihat dan pernah terlibat dengan satu kes seorang anak yang tidak kenal erti syukur.. sanggup mencanagkan pada kawan-kawan yang ibu bapanya telah meninggal hanya kerana perasaan marah tatkala ibu bapanya tidak dapat memberikan wang secukupnya pada dirinya..lantas saya bertanya “berapa yang mak ayah selalu beri?” Dia menjawab ” RM500 sebulan”.. Allah, saya dan sahabat sangat terkejut..dia masih tidak bersyukur dengan duit sebanyak itu sedangkan kami meminta duit sebanyak RM150 sebulan pun, hati sudah gelisah meluahkan rasa dan kehendak kepada ibu bapa..

Ada juga seorang remaja yang tidak bersyukur dengan wajahnya.. sanggup menghabiskan duit beratus-ratus untuk membeli cosmetic dan bedak silih berganti.. ^_^ perempuan…hehe..jangan terkejut andai ada yang menabung dan berjimat hanya kerana ingin membuat facial muka yang special.

Kekadang kita sendiri terlepas pandang.. ujian dan kesengsaraan juga suatu yang perlu dinikmati dengan syukur bukan keluhan.. namun ramai antara kita yang meraihkan tarbiyah rabbani ini dengan seribu keluhan.. Allah.. pemberian Allah itu baik atau buruk adalah suatu hadiah.. andai baik, jelas syukurnya..andai tidak baik dengan hikmah sahaja kita boleh memandang baiknya..ibarat mencari harta karun.. andai sabar maka kita akan dapat hasilnya.. maka bersyukurlah walaupun pahit. Bandingkan dengan orang yang lebih susah dari kita.. ^_^.

Syukur itu diwujudkan dalam tiga aspek :

  1. Syukur dengan hati, iaitu menyedari dan menyakini bahwa semua nikmat dan kurnia yang diperolehi merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya.
  2. Syukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya.
  3. Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribada kepada-Nya dan menggunakan kurnia itu untuk kebaikan.

Jangan sombong jadi orang yang BERSYUKUR.. tak susah pun… ^_^ mulalah mendidik hati dengan kaya syukur..

Siapa kita jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w?? Sedangkan kitalah yang patutnya lebih banyak bersyukur.

Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kakinya bengkak-bengkak. Aisyah ra. bertanya kepada Baginda: Mengapa melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang ? Baginda menjawab: Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur ?” (HR Bukhari).

Akhirnya, jom kita hayati hadis ini :

Hadis Nu’man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda “barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala.” 

 
1 Comment

Posted by on July 15, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

Bicara Tentang Ikhlas

Sang isteri memandang suaminya lalu bertanya kepada sang suami ” Abang dapat elaun ke jadi imam dan bilal masa terawih dan khatib masa solat jumaat?” Sang suami memandang wajah isterinya sambil tersenyum. Lantas dia menjawab : ” IKHLAS sayangku.. abang akan dapat elaun lagi besar daripada Allah.Lagipun, abg anggap ni adalah latihan dan medan praktikal ilmu-ilmu yang abg belajar selama ni. Syg tak suka?” Isteri membalas dengan senyuman paling manis “Alhamdulillah suka, setiap bicara abg tarbiyyah untuk sayang.”

IKHLAS DALAM BERAMAL IBADAH

Firman Allah s.w.t :
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik” (s. Al-Hajj: 37)

Menurut Ibn Atthiyyah dalam Muharrar dan Ibnul Jawzi dalam Zad al- Masir, menurut Ibnu Abbas bahawa ayat ini diturunkan kerana kecenderungan sesetengah kaum muslimin yang mengikuti amalan kaum musyrikin yang menghadapkan binatang sembelihan mereka ke arah Kaabah sambil merenjiskan darah yang melimpah dari smbelihan itu ke dinding Kaabah untuk menunjukkan keikhlasan mereka dalam beramal. Maka Allah menurunkan ayat ini untuk menegur perbuatan mereka dan menyatakan bahawa Allah s.w.t tidak mengkehendaki kepada darah dan daging tersebut melainkan ketaqwaan hanya ketaqwaan mereka sahaja.

Ayat ini walaupun fokus kepada ibadah korban tetapi ia juga berkaitan dengan pelaksanaan ibadah yang lain.

HAKIKAT IKHLAS

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al Bayyinah ayat 5 :
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”

Ikhlas ertinya murni.. Keikhlasan dalam melakukan sesuatu amalan adalah perkara asas yang diperintahkan oleh Allah untuk disampaikan kepada umat Islam seluruhnya. Ikhlas in tempatnya di hati dan hanya individu itu yang mengetahui samaada dia ikhlas atau tidak dengan sesuatu amalannya. Segelas air dikatakan al maa’ul khalish ketika tiada setitis warna apa pun dicampurkan ke dalamnya. Maka seorang hamba dikatakan mukhlis apabila seluruh hidupnya murni untuk Allah s.w.t yakni tidak dicampuri dengan dengan kepentingan lain dalam amalan perbuatannya. IKHLAS ialah ketaatan secara menyeluruh kepada Allah dalam segala perbuatan. Lawan kepada ikhlas ialah SYIRIK menurut Imam Al- Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah .s.w.t bersifat cemburu. Allah bersifat cemburu apabila hambaNya melakukan syirik terhadapNya. Diriwayatkan dalam satu kisah peperangan yang diberi nama Zatur Riqa’ terdapat para sahabat seramai 6 orang  bergilir-gilir menaiki unta dalam peperangan itu. Salah seorang menceritakan pengalaman mereka lalu timbul rasa kekesalan dalam hatinya lantas mengubah topik perbualan kerana takut timbul riya’ atau ujub dengan diri sendiri. Dia risau darjat keikhlasannya dicacatkan dengan pujian rakan-rakannya. Nama peperangan itu sempena keadaan mereka terpaksa membalut kaki masing-masing dengan kain kerana musim panas yang teruk sangat sehinggakan kaki mereka sakit. Begitulah penghayatan para sahabat terhadap keikhlasan dalam hidup mereka.

Namun perlu diingat, bukan semua perkara atau amalan yang dilakukan jika ikhlas akan diterima Allah. Para ulama’ menegaskan syarat kedua diterimanya amalan ialah amalan itu sendiri perlu selari dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Ini bermakna sehebat mana pun amalan andai tidak ikhlas maka amalannya tertolak dan andai seikhlas mana pun ia beramal tetapi amalannya tidak selari dengan perintah Allah dan sunnah Nabi s.a.w maka amalannya juga tidak diterima..Wallahu a’lam

Rujukan :

– Al Quran Karim
– Ihya Ulumiddin (IKHLAS)
– Majalah Al-Ustaz (2)

 
Leave a comment

Posted by on July 12, 2012 in AKHLAK ISLAM