RSS

Category Archives: BICARA HATI

Si kaktus kecil : Nak konvo!

Alhamdulillah isnin ni insyaAllah saya akan ber”konvo”..

Walaupun hanya diploma sahaja tetapi meraihkannya dengan hati yang gembira itu juga tanda syukur. Tidak kisahlah apa tarafnya hatta konvo peringkat tadika pun, perlu diraih dengan meriah dan gembira. Itu bukti kejayaan kita buat diri sesuai dengan tahap perkembangan kita. Betul tak?

Manusia sangat buruk jika dia tak pandai nak meraihkan nikmat yang sedikit. Bila punya nikmat besar mudah lupa diri. Nuzubillah..

Saya masih lagi dirundung rasa sedih namun beginilah saya. Sesedih mana pun, “life must go on”. Sedih tidak menghalang minda saya untuk terus fokus pada study dan amanah lain yang saya pikul. Tidak pula saya mengurung diri, mogok dan sebagainya. Alhamdulillah, saya mampu bertindak seperti biasa. Actually study dan program-program yang saya ikuti adalah salah satu “ubat” untuk saya melupakan masalah dan ksedihan yang bersarang di hati. Kemuncaknya adalah dengan menulis. Seperti ini!  ^_^

Nikmat Allah dalam bentuk kelebihan.. Alhamdulillah!

Saya masih tidak membiarkan rasa sedih itu menjadi sisa atau saki baki yang tertinggal. Ianya tetap masih setia menjadi gumpalan awan sedih dalam hati. Bukan tidak redha tetapi sukar untuk akar itu terus dicabut.

Namun gumpalan awan sedih itu masih tidak mampu membuatkan hidup saya gerhana berpanjangan.

Saya terima ia sebagai ujian hebat dalam meletakkan rasa percaya dan sayang.. A liltte cactus must move on right?? ^__^

Hehehe.. kuat..kuat..kuat..

“Luka hati, yang tak nampk di mata.. Sandarkan pada Allah! Bersyukur saja jasadmu masih sejahtera dan imanmu baik-baik saja kan?”

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

——————————————————————————————–

2 hari lagi akan fly ke Pahang. Apa yang Allah sudah aturkan untuk saya di sana?? Moga semuanya baik-baik sahaja.. Bermula dengan fikiran positif untuk membentuk suasana yang positif walaupun hakikatnya sekeliling kita sudah dikuasai unsur yang negatif. Pemikiran boleh mengubah cara pandang dan menerima.

Kita fikir buruk, dapatlah yang buruk. Jadi, fikir yang baik-baik saja ya..

Perkara paling mengembirakan adalah bertemu dengan sahabat yang hanya berhubung di talian whatsapp dan facebook.. ^_^ konvo sama-sama… Moga Allah redha tempoh perkenalan dan jalinan ukhwah kami. Aaamin..

Aimi dan Atifah.. take a nice pic yaaaa.. ^____^ see u there!

Akhirnya kami konvo!!  hehehehe..

 

 
Leave a comment

Posted by on September 26, 2013 in BICARA HATI

 

Si Kaktus Kecil

Kali ini ada resah dan “sakit” yang mendesak aku untuk menulis. Namun tulisan ini aku kisahkan dalam bentuk cerita.. Benar atau tidak kisah ini, biar saja pembaca menilainya. Cuma aku ingin menebarkan rasa dan menyimpannya. Biar ia sekadar di sini..

———————————————————————————————–

Si kaktus kecil yang ceria dengan kehijauan yang segar rupanya punya kotak sedih dalam dirinya. Berdiri di tengah padang pasir sendiri, membuatkan kotak itu semakin membesar dalam jiwanya. Dulu, dia punya teman. Si kaktus besar. Gelak ketawa bersama. Membesar bersama dari benih yang sama. Segalanya seakan-akan tetap setia bersama.

Di mana silapnya? Si kaktus besar tumbang di depan mata. Hanya kerana kelalaian insan lain, durinya dipersalah. Si kaktus kecil terasa putus harapan, melihat si kaktus besar disambar dari hidupnya. Tangisan si kaktus kecil berubah dari tangisan kecewa kepada rindu. Kini tangisannya kosong. Jiwanya juga seakan-akan mula kosong. Dia tidak mahukan teman lagi kerana sakitnya kehilangan. Tawanya disentap dengan hebat!

Dalam si kaktus kecil sendiri. Ada kuasa mendatangkan pengganti. Tanpa sedar, dia sudah punya kaktus besar di sisi. Cuma jiwa kosongnya menjadikan dia sudah hilang rasa “bersama”. Namun hari demi hari si kaktus besar yang baru itu mengubah jiwanya. Sedikit demi sedikit jiwanya diwarna.. Senyumannya mula terasa manisnya..

Dia sudah mula kembali ceria. Menghargai kehijauan disekelilingnya.. Pasir terasa hidup dipandangannya. Tiupan angin mula riang membelainya.

Namun cerianya tidak berpanjangan. Si kaktus besar ingin pergi. Datarannya memanggil. Tempatnya bukan lagi di sisi kaktus kecil. Si kaktus menangis merayu, jangan dibiar pergi kaktus besar itu. Namun, dia sendiri tahu langkah pergi itu tidak akan berhenti…

Sayu dan terjatuh.. jiwanya runtuh.. langkah itu diatur sebelum si kaktus kecil meluah rasa, yang dia sudah berjaya menapak di gerbang dewasa..

——————————————————————————————————————

Ada yang ingin ku kata. Ada yang ingin ku sapa. Namun semuanya terkunci. Majlis konvokesyen bakal tiba, doakan segalanya baik-baik saja.. Syukran big cactus..

 
Leave a comment

Posted by on September 24, 2013 in BICARA HATI

 

Noktah Maaf..

Moga Allah hilangkan rasa sedih yang bersarang dalam jiwa. Moga Allah sirnakan rasa hampa yang membengkak dalam hati..

Tidak selamanya kita diulit rasa bahagia dan senang. Tetapi selamanya kita mampu membina tenang dalam kocakan hidup. Bila disayangi kita semakin tenang, bila disakiti kita semakin mampu untuk bertenang. Ketenangan itu hanya mampu dimiliki jika seluruh hati dan hidup kita berdampingan dengan Allah. Tidak terpisah walau sesaat..

Bukan seperti segolongan manusia yang hanya mendekat dengan Allah jika disapa resah dan susah. Kemudian kembali menjauh saat Allah memberi apa yang dikehendaki. Nauzubillah..

Seperti biasa bila saya mula menulis lagi, bermakna hati saya sedang dipukul dengan rasa sedih. Tidak kisahlah apa pun asbab rasa sedih itu. Yap, saya sedih. -_-‘

Bila kita mula melebarkan rantaikan ukhwah dengan insan lain, ketahuilah yang kita perlu untuk bersedia dilukai. Samada perempuan atau lelaki. Tidak akan mampu untuk lari dari rasa terguris, kecewa, sedih dan sebagainya.

Sekali lagi, rasa ini menerpa. terus menampar. Sakit… bila orang yang selalu ketawa bersama tiba-tiba menjauh tanpa kata. Saya terkial-kial bertanya, di mana silap saya. Apa yang telah saya lakukan. Jawapan tetap sama, diam dan terus menerus dengan hamparan bisu.

Dan saya pula, meletakkan noktah maaf untuk kesekian kalinya.

“Feeling bad!”

Ini yang saya rasa.. Saya bertanya pada seorang sahabat,”kalau kita mesej dan orang tu tak nak balas, maknanya orang tu tak nak kawan dengan kita lagi ka?”. Dia menjawab, “tak jugak, mungkin dia sibuk atau tengah buat sesuatu”. Emm, mungkin juga..

HUSNU DZON dan SALAMATUSSODRI.. 

^____________^ SMILEEEEEEEEEEEE CACTUS!

Tidak semua orang punya ruang dan rasa yang sama kan? Belajar letak rasa faham tapi  Tak nak berada dalam situasi ni “sekali lagi” nanti.. Penat. Saya minta maaf andai ada yang melukakan tanpa sedar.

“Saya janji tak ganggu lagi. Promise!”    ^___________^

Syukran..

p/s : menulis membuatkan saya mudah menghilangkan rasa sedih. Sebab bila menulis, saya mudah menukarkan negatif kepada positif.. now im happy! kesimpulannya “kalau orang tak nak, tak boleh nak paksa”.. ^__^

 
1 Comment

Posted by on August 17, 2013 in BICARA HATI

 

Hanya kerana yakin..

Kisah kita mungkin berbeza..

Ada yang awal hidupnya dimulakan dengan kesenangan dan akhirnya juga dia tampak senang. Ada yang sepanjang nafas hidupnya hanya ditemani rasa sedih dan kesusahan yang merobek jiwa. Dan saya pula, punya kisah tersendiri.

Cemburu melihat insan lain memiliki hidup yang ceria, bahagia dan serba cukup. Cemburu melihat mereka punya suatu yang tidak saya mampu miliki. Saya melihat mereka  mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan, sedangkan saya segala-galanya terlihat agak mustahil.. Dari kecil lagi saya mendapatkan sesuatu dengan mengenal erti susah.

Teringat masa sekolah rendah dulu. Buku pertama yang saya beli adalah buku cerita ditektif kanak-kanak. Seingat saya harganya RM7.50. Tebal jugaklah dalam 100 lebih muka surat. Buku tu saya beli dengan hasil simpanan sendiri. Setiap hari ke sekolah, mak akan bekalkan duit RM1 atau 50sen. Kalau dapat RM1, saya akan simpan 50sen. Kalau dapat 50sen, kekadang saya simpan 20sen atau tak belanja lansung sebab nak sangat dapatkan buku tu.

Masa sekolah menengah, ketika form 1 buku pertama yang saya beli adalah buku tentang aurat. Pertama kali saya kenal erti aurat. ^__^ Harga buku tu tak silap saya dalam  RM10.50. Teruja tengok cover buku tu ada gambar muslimah bertudung labuh dan berniqab. Excited nak beli! Jadi, macam biasa..nak dapatkan buku tu saya kenalah berusaha sendiri. Kumpul duit.. ^___^ Dalam 3 minggu jugak la saya kumpul. Tolak makan waktu rehat. Saya gantikan waktu rehat saya dengan baca buku. Biasa saya minta mak sediakan bekal. Sweet.. terima kasih mak..

Sejak itu, saya suka beli buku dengan duit simpanan sendiri.

Barulah saya mengerti yang hidup saya perlukan pengorbanan. Tidak semudah orang lain. Melalui proses ini, saya bersikap “memikirkan orang lain”. Mendahulukan keperluan orang lain berbanding keperluan sendiri walaupun hakikatnya saya sangat sedih.

Pengorbankan.. Korbankan apa yang saya mahu, apa yang saya suka dan apa yang saya inginkan.. Semuanya perlu untuk saya gadaikan hanya kerana sebuah kehidupan yang sudah Allah gariskan. Kekadang keluhan saya ditemani airmata.

Kenapa saya tidak menjadi seperti mereka?
Kenapa saya tidak dapat apa yang saya nak?

Jawapan yang bertandang hanya “PENGORBANAN”. Sehebat mana pun saya merintih dan menangis, ianya hanya memberi kelegaan tanpa memiliki. Namun kelegaan itu ubat.

Apa yang saya mampu miliki adalah sebuah keyakinan bahawa Allah tidak menjadikan hambaNya sia-sia. Allah lebihkan dan kurangkan sesuatu pasti dengan hikmah. Keyakinan ini yang membuatkan saya kuat tersenyum, kuat berusaha dan saya terus menerus berharap. Disebalik kekurangan,Allah beri kekuatan dan kelebihan pada sudut yang lain.

Hal yang paling menggembirakan dan hadiah yang paling disukai buat diri saya sendiri adalah keputusan-keputusan cemerlang yang saya perolehi dari darjah 1 sehinggalah diploma. Alhamdulillah, setiap tahun saya punya hadiah untuk diri. Saya tidak berniat untuk gembirakan orang lain dengan keputusan-keputusan saya melainkan untuk diri saya sendiri.. ^_^

Garis hidup ini yang saya jalani dengan kekuatan syukur. Tidak perlu menumpang “senang”nya orang lain.

Alhamdulillah.. inilah saya.

^_________________________^ big smile for a big syukur!

 

p/s : Entah kenapa rasa nak tulis..

 
Leave a comment

Posted by on August 12, 2013 in BICARA HATI

 

Ragam Raya

Yeaaahhhh… dah raya!

Ops!

Alhamdulillah.. setelah diberi kesempatan bertemu dengan ramadhan, kini bersua pula dengan syawal yang meriah. Hari ini dah masuk syawal yang ketiga. Still ramai yang buat open house dan gerakan jaulah. Pakat-pakat kumpul dan pergi ke rumah sahabat-sahabat lain. Best! ^__^

Saya pula, raya ketiga memilih untuk duduk kat rumah. Menghilangkan keletihan semalam. Menziarahi 10 buah rumah dalam masa sehari. Bukan hanya kaki yang penat berjalan, mulut pun penat dah mengunyah. Aktiviti semalam makan saja.. saya pula makan sekadar yang mampu dan perlu. Cuma saya pastikan air habis diminum. Tak manis pula kan lau tak dihabiskan..

Dah namanya raya kan. ^_^

Tapi.. dalam keseronokan beraya, adab ziarah jangan lupa.. akhlak dan syariat tetap kena jaga.

Pakaian raya still kena menepati syarat tutup aurat dan pengaulan kena waspada. Tahu siapa yang boleh dan tidak boleh salam. Jangan asal nak salam jer.. Free-free dapat dosa di hari raya.. ^_^

———————————————————————–

Seronoknya raya ialah “baru”.. baju baru, kasut baru, tudung baru. Yang besar sikit, kereta baru dan rumah baru. Yang melampau tu, isteri baru.. hehehe. Hakikatnya raya suatu yang menyeronokkan bagi yang tidak mampu, mereka hanya akan merasa “baru” ketika sambutan raya sahaja. Setahun sekali.

Bagi yang sangat-sangat tidak mampu, mungkin hari raya sama seperti hari-hari yang lain. Tiada yang berbeza. Bahkan mungkin ada yang semakin sayu merenung nasib diri. Si ibu dan ayah merasa bersalah saat menatap wajah anak-anak kerana tidak mampu membelikan baju raya seperti kanak-kanak lain. Moga anak-anak itu memahami erti redha dan sabar..

Untuk yang mampu dan sangat-sangat mampu. Berhati-hati dengan harta yang dimiliki.

Time raya ni.. ramai sangat yang nak bertanding.. Pakaian raya paling cantiklah, rumah paling cantik dan besar laaa.. macam-macam perangai. Ada yang sampai tak senang duduk kalau tengok jiran sebelah beli perabot baru atau renovate rumah. Nak juga buat.. raya sahaja, berpuluh-puluh ribu habis. Hanya nak puaskan hati dan puaskan mata yang memandang yang hakikatnya TIDAK PERNAH dan AKAN PUAS pun..

Ada juga yang terlebih rendah diri.. tak nak ajak sahabat-sahabat ke rumah sebab malu. Malu rumah kecik, tak cantik dan tak besar macam yang lain. Ada juga yang malu nak kenalkan keluarga sendiri, hanya kerana keluarga tak nampak mewah dan uptodate.. Allahuakbar!! Jika ada yang rasa sebegini, semak semula hati. Apa sangatlah harta yang nak dibanggakan. Bila-bila masa sahaja Allah tarik. Jangan lupa diri!!

Kaya tidak semestinya bertaqwa dan bahagia.. Tidak confirm membawa ke syurga!

So, bersyukur dengan apa yang kita ada. Ikhlaslah dalam menerimanya. Semuanya adalah amanah. Berbangga kerana harta, bukan aset yang menjamin bahagia..

SELAMAT HARI RAYA… Assalamualaikum..

 

 

 
Leave a comment

Posted by on August 10, 2013 in BICARA HATI

 

Hadiah, si Pokok Kaktus

Moga tulisan ini tidak lara atau sepi hanya dengan angan-angan..

Hadiah, si pokok kaktus!

Saya dikenalkan dengan si kaktus. Lagaknya biasa. Hanya hijau yang dipandang, hanya duri yang dihindari. Jika ada warna lain pun, pastinya merah. Namun malam itu saya belajar bagaimana si kaktus ini hakikatnya si hijau yang luar biasa dan si duri yang unik di mata.

images

“Kaktus?” Dalam banyak-banyak bunga, kaktus juga yang saya pertikaikan walaupun hanya bergurau.. ^_^

Namun bila saya memutar pandangan 360 darjah berlawanan dengan pandangan asal, akhirnya pandangan saya berubah. Lebih indah cara pandang. Andai sang muslimah, sang solehah diluar sana sering menuturkan “AKU INGIN MENJADI MAWAR YANG BERDURI”, “AKU INGIN SEINDAH POHON SEMALU”.. saya pula lari dari kebiasaan pandang.

“Saya ingin menjadi seperti KAKTUS”

Hehehe.. bunyinya sedikit sumbang. Namun harapan ini sudah terbang tinggi di awan. Moga Allah bantu memanjangkan hajat dengan tembakan doa yang lembut dan penuh harap.

“Kaktus kan biasa jer?” Getus hati saya namun dalam diam saya mula berfikir. Menukarkan pandang negatif kepada suatu yang positif.

Kaktus tampaknya biasa, tidak menarik dengan warna-warna memikat, punya duri.. nak hidu pun tak berbau. Silap-silap hanya bau “busuk” yang menjadi tetamu deria rasa di hidung. Jika tak dapat bau, hidung pasti “dicium” duri. Realitinya, walau ia tidak punya rupa yang indah namun punya manfaat dan simbolik tersendiri..

Saya ingin menjadi kaktus yang punya duri memagar diri. Tidak mudah di sentuh sesuka hati, pasti duri menanti untuk beraksi. Sedaya upaya memagar diri dari menjadi murah dan mudah didekati. Ayat biasa “untuk yang halal saja” hehehe.. ^___^

Saya juga ingin menjadi kaktus yang walaupun zahirnya tampak tidak menarik dipandangan mata namun tetap punya keindahan tersendiri. Miliki kesederhanaan dan ketenangan. Tidak semestinya jika  tidak miliki rupa paras yang cantik, kita tidak mampu dipandang indah kan? Makhluk Allah semua punya nila INDAH.. sebab Allah maha Indah.. Baik tumbuhnya, pasti ada bunga kecil mengiringi. Begitu juga muslimah, cantik akhlak dan hatinya pasti ada keindahan hakiki yang terzahir.

Terdapat juga pokok kaktus yang menyimpan air. Tak silap saya kaktus padang pasir. Sila betulkan jika saya salah.. Besar namun tumbuhnya tidak sia-sia. Membantu musafir yang dahaga di perjalanan. Subhanallah! Sangan bermanfaat.. Saya ingin menjadi kaktus yang mampu memberi khidmat dan kebaikan kepada orang lain. ^___^

Sederhana, berduri & bermanfaat kepada orang lain.

TERIMA KASIH pada TEMAN yang memberi.. sungguh saya jatuh cinta pada si kaktus.

—————————————————————————————

Melepasi malam yang sangat meletihkan bersama sahabat tersayang. NORMA SUDIRMAN. Saya juga yang mengaku kalah awal. Tak larat nak meneruskan perjuangan menyiapkan almond london.. maka saya berundur mengisi perut yang tidak lapar. Kak norma (along) pula terus gigih menyiapkan proses terakhir almond london tu.

“maaf long.. memang tak larat..” -__-

Kami sudah semakin sukar untuk bertemu tetapi bila dah ada masa berjumpa, ada saja aktiviti untuk dilakukan seharian. Pot biasa, kat rumah dia la.. ^___^ saya juga la yang perlu menapak ke sana. Nak kata jauh, boleh la.. Transit kat bandar sebelum ke sana. Pasir Putih.

Alhamdulillah, saya seronok punya masa bersamanya. InsyaAllah, saya nak lagi walaupun ada juga kuih yang hangus. Hahahaha.. resam la kan, bila membakar ada yang terlebih bakar pula. Sambil bubuh kacang dalam adunan tu sempat jugak masukkan ke mulut.. Nasiblah kacang tu banyak lagi. Hehehe..

Thanks a lot long..  ^___^ nak tidur atas katil long lagi laaaaaaaaaaaaaaaa…

 

– Assalamualaikum-

 

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2013 in BICARA HATI

 

Berani bahagia

Kadang-kadang perlu untuk kita memiliki sifat berani untuk melepaskan sesuatu. Mungkin agak sukar dan menyakitkan terutamanya jika sesuatu itu adalah seseorang dalam hidup kita. Pelik manusia ni, bibirnya mengatakan sakit tapi tindakannya masih saja mahu untuk terus disakiti. Kekadang lebih memilih rasa sakit daripada melepaskan ia pergi..

Alhamdulillah.. moga kita tergolong dalam kalangan yang sentiasa sedar bahawa hidup kita di dunia bukan sekadar merasa sakitnya terluka tetapi juga merasa manisnya hijrah. Jangan sampai menganiaya diri sendiri hanya kerana perasaan kita yang tidak pasti. Manusia sering saja tertipu dengan kata rasa yang hadir dalam hati tanpa memikirkan rasional terhadap pilihannya.

Alhamdulillah..berani berubah untuk berani bahagia. Bukan di dunia tetapi di akhirat sana.. Bukan sementara tetapi selamanya. ^^

Saya yakin..

 

Doa-Hakikat-26

 
Leave a comment

Posted by on May 24, 2013 in BICARA HATI