RSS

Category Archives: CERITA PENDEK

Segelas Nescafe dan Kentang Goreng

Si isteri memandang dengan ekor mata. Sebelum menjadi bahan ejekan, lebih baik dia tunduk dan melarikan pandangan. Bersungguh dia menahan ketawa dalam hati.  Encik suami pula memandang sambil tersengih.

“Ok..jom goreng kentang. Nak tak?” Encik suami mula memancing reaksi cik Isteri. Dia tahu cik Isteri suka dengan kentang goreng. Dia mengeluarkan sebungkus kentang goreng daripada peti ais yang dibelinya tadi. Seharian dia bersama cik Isteri berjalan menghilangkan kebosanan terkurung di rumah.

“Nak, Jom-jom!” Bersungguh cik Isteri bila kegemarannya disebut.

“Ellehh.. bukan awak yang goreng. Saya jugak yang buat. hehehe”. Cik Isteri membulatkan mata sambil tersengih-sengih. Serangan pertama dari encik suami. Dia memuncungkan mulut tanda protes namun disambut dengan gelak ketawa oleh Encik Suami.

“Mari sini. Belajar masak sikit” Encik suami memberi isyarat mata supaya Cik Isteri berdiri di sebelah kirinya. Minyak sedang dipanaskan dalam kuali. Senduk kuali kemas di tangan kanan Encik Suami. Cik Isteri pula setia memandang gelagat suaminya. Tersenyum dan cuba melangkah kebelakang sedikit.

“Aik.. awak ni. Takut sangat. Memang tak pernah masak ker? Goreng telur ka??” Cik Isteri menggelengkan kepala.

“Masak air??”
“Emm pernah.. hehehe” Cik isteri malu-malu kucing memandang encik suami.

“Ok..ambil cerek tu. Tadah air. Pastu masak air tu. Kan nak buat air” arahan dari seorang chef. Si Isteri mengikut arahan yang diberikan.

“Emm, awakk. buat macam ni ka?”
“Aik..kata tadi pandai masak air??” Pelik.
“Saya guna elektrik tak guna dapur gas macam ni”. Nada sayu cuba mempertahankan diri. Sambil tersenyum dia melihat Encik Suami mengambil alih tugas memasak air. Si isteri pula disuruh memasukkan kentang goreng ke dalam kuali panas tersebut. Buat pandai dia. Sedikit kebelakang untuk mengelak minyak panas yang sedikit tepercik keluar kerana Si Isteri melemparkan kentang goreng itu ke dalam kuali. Terkejut Encik Suami.

“Awaaak… buat elok-elok.”
“Hehe..ok”

“Nak saya buat air atau awak?” Encik suami bertanya. Di tangannya ada nescafe dan 2 gelas kosong.
“Awak la.. air awak sedap” Encik Suami tersenyum dipuji.

“ambil gula kat situ” Encik suami mengajar dengan sabar. Cik Isteri pula tekun mendengar. Sebenarnya tidak sabar untuk minum nescafe buatan Encik suami.

Akhirnya , dengan susah payah mereka berdua menikmati segelas nescafe dan kentang goreng. Minum malam sambil bermain catur. Kebiasaan Encik Suami dan Cik isteri ketika bersama. Mereka berkongsi gelak ketawa menonton animasi. Macam budak-budak. Perkara yang terbaik adalah mereka melakukannya bersama. Akibat sering berjauhan mereka saling menghargai setiap masa yang dialui.

————————————————

Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah jadi arwah. ^_^

p/s: Belajar menerima kekurangan pasangan. Dan yang kurang itu perlu diperbaiki. Bukan sendiri tetapi bersama-sama..

 
Leave a comment

Posted by on May 14, 2013 in CERITA PENDEK

 

Nafasku II

“Hijrah!”

Dia terkejut, lantas menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Jantung berdegup kencang. Pantas tangannya mengurut dada dan mencari pemilik suara itu. Seorang wanita berjubah hitam dan bertudung litup hijau lumut mendekat ke arahnya. Hijrah melemparkan senyuman. Kelihatan wajah wanita itu keletihan. Nafasnya kelihatan tercungap-cungap.

“Hijrah, ada orang nak jumpa kat masjid”

“siapa?” Keningnya berkerut penuh persoalan.

“Entah. 2 orang perempuan. Macam anak beranak. Mereka kata nak jumpa awak sekarang” Dia sedaya upaya menerangkan.

“Sekarang? Emm insyaAllah, saya pergi” Hijrah menjeling sekilas jam hitam yang melingkar rapi di pergelangan tangan kanannya.

“Ada masa lagi. InsyaAllah sempat.” Getus hatinya. Kuliah seterusnya akan bermula setengah jam lagi di bangunan Pengajian Islam. Hatinya sedikit gelisah. Dia pasti yang datang bukanlah ahli keluarganya. Sangat mustahil. Kakinya mula melangkah ke arah masjid yang dimaksudkan tadi. Hatinya penuh dengan tanda tanya. Kekadang terasa tidak mahu untuk berjumpa dengan mereka yang tidak dikenali.

“Assalamualaikum” Lengannya disentuh lembut. Hijrah menoleh ke belakang memandang insan yang mencuitnya. Dia malu, mungkin wanita ini telah lama memerhatikan dirinya yang sedang ralit mengintai di balik pintu kaca bahagian solat muslimat.

“Waalaikumsalam”. Dia menghulurkan tangan lantas bersalaman. Di hadapannya berdiri seorang wanita yang berumur sekitar 50-an. Tidak jauh daripadanya ada seorang wanita muda yang kelihatan sebaya dengannya. Hijrah memeberikan senyuman kepada wanita tua itu.

“Anak ni, Hijrah kan? Panggil makcik, ‘Mak Sum’ sahaja” Soal wanita tua itu.

“Iya mak cik. Macam mana mak cik boleh kenal saya? Owh, makcik ker yang nak berjumpa dengan saya?”

“Iya. Mak Sum yang nak berjumpa dengan Hijrah. Ini anak Mak Sum. Namanya Sufiah.”

“Panggil akak ‘kak Sufi’ saja yer” Ramah dia membahasakan dirinya ‘kakak’. Tidak sedar wanita muda itu sudah ada disamping Mak Sum. Mereka duduk di sudut ruang solat muslimat. Seakan-akan sedang membuat satu halaqah kecil. Hijrah tertunduk. Malu ditenung oleh Mak Sum dan Kak Sufi.

“Kenapa Mak Sum dan kak Sufi nak berjumpa dengan saya?” Soalan itu memecah keheningan petang itu.

Kelihatan Mak Sum memandang kak Sufi. Seakan-akan meminta kak Sufi yang mejelaskan tujuan mereka datang bertemu dengannya. Kak Sufi membetulkan duduk, seakan-akan sangat besar hajat yang ditanggungnya.Hijrah semakin gelisah. Tapak tangannya mula berpeluh dan dia juga semakin tidak tenang duduk. Tiba-tiba Kak Sufi menghulurkan sekeping gambar. Hijrah teragak-agak untuk mengambil gambar tersebut. Sempat dia memandang wajah kedua-dua wanita yang duduk bersimpuh di hadapannya mengharapkan kepastian.

“Ni gambar lelaki itu” Bisik hatinya. Dia tidak menatap lama gambar itu, cepat dia menyerahkan semula kepada Kak Sufi.

“Dia adik akak. Hijrah kenalkan?” Soalan itu membuatkan Hijrah semakin berdebar dan tidak tenang. Duduknya semakin gelisah dan resah. Teragak-agak dia mengangguk kepala tanda mengiyakan soalan itu. Matanya tidak mampu menatap wajah kak Sufi dan Mak Sum.

Tiada kata yang mampu terluah.

“Emm Hijrah jangan takut yer. Sebenarnya kak dan mak akak nak sampaikan hajat adik akak ni. Dia nak jadikan Hijrah sebagai isterinya.” Mak sum tersenyum dan mengangguk-angguk. Tanda mengiyakan kata-kata anak perempuannya.

Lidahnya kelu, mukanya mula meronah merah. Seakan-akan jantungnya berhenti berdegup.

****

“Ya Allah, besarnya ujian yang Kau beri buat hati ini. Tak pernah aku duga, sehebat ini Kau aturkan tarbiyyah untukku. Aku tak layak menerimanya dan aku tak nak menjadi beban yang besar buat dirinya. Ya Allah, Kau temukan dia dengan pasangan syurga yang terbaik buatnya di dunia. Sedang aku, hanyalah debu yang bakal ditiup pergi. Ke mana perginya aku, hanya Engkau yang Maha Tahu selayaknya aku berada kelak. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan petunjuk Ya Allah Ya Bari’. Aku memohon sepenuh hati ku.. jangan biarkan insan lain menaggung resah dan masalahku.”

Lama dia sujud menyembah Yang Esa, Dia berserah diri pada Allah dengan penuh lemah dan tidak berdaya. 2 minggu lagi dia perlu untuk memberi jawapan. Pertemuan mereka siang tadi sangat menggusarkan hatinya. Sepanjang berada di dalam bilik kuliah saing tadi, dia hanya mendiamkan diri. Terasa hati dan kepalanya berat untuk fokus. Sepanjang hari, hanya persoalan itu yang bermain di minda. Satu kejutan besar daripada Allah.

 

Bersambung..

 

 
1 Comment

Posted by on April 21, 2013 in CERITA PENDEK

 

Nafasku

Dia termenung jauh. Pandangannya kosong.

Sehingga kini, dia masih berjaya menyembunyikan resah hatinya. Senyum dan tertawa ibarat topeng di wajah. Namun topeng itu yang membuatkan sahabat-sahabatnya tetap tersenyum bahagia. Inilah pengorbanan. Inilah cinta.. Buat sahabat-sahabatnya.

“Hijrah. Jauhnya termenung.” Dia tersedar dari lamunan. Dia memalingkan wajah. Sedaya upaya menghadiahkan senyuman yang termanis. Insan itu masih setia di sampingnya. Bahu kanannya semakin rapat menyentuh bahu kiri Hijrah.

“Tak da apa Ai” Hijrah senyum sehingga menampakkan barisan giginya.

“Saya nak pergi ke kedai. Nak ikut?” Pelawa Ai. Bersungguh.

“Emm.. Ai pergilah. Saya duduk rumah jer ye”. Dipandangnya wajah Ai, berharap sahabatnya itu tidak memaksa..

“Ok.. awak jaga rumah tau”. Ai meninggalkan Hijrah yang setia berdiri melepaskan pandangan di tepi tingkap biliknya.

‘Sampai bila aku akan memandang langit biru, rumput yang menghijau dan merasa udara senyaman ini’.

Hijrah bermonolog sendiri. Dalam resah dia belajar pasrah. Dalam kesedihannya, dia cuba untuk lebih bersedia. Sakit jantungnya semakin cemburu melihat dirinya punya masa untuk terus tersenyum. Seakan-akan, ia ingin mematikan terus senyuman itu dari bibir Hijrah.

‘Sampai bila aku akan bertahan?’

Dia bertanya sendiri. Hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang mengerti. Dia melepaskan satu keluhan yang sangat berat. Seberat sakit yang ditanggungnya.

‘Maafkan aku sahabat. Tidak berniat untuk menyembunyikan rasa ini kerana aku masih memerlukan senyuman antum sebagai penawar rasa sakit ini’

Tidak sedar, air matanya mengalir. Dia semakin rindu, semakin sayang dan semakin cinta. Cinta pada memorinya yang semakin jauh ditinggalkan. Dan akan lenyap terus dalam noktah hidupnya nanti. Ya.. hanya Allah yang tahu bila noktah itu akan mencoret garis masanya.

***

Bersambung…

 

 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2013 in CERITA PENDEK