RSS

Category Archives: FIQH WANITA

Kami berjemaah, Kami Kaya

Alhamdulillah..

Seusai solat berjemaah dengan adik-adik. Oleh kerana kat rumah semuanya perempuan maka, saya sebagai anak sulung yang still “bujang” kenalah jadi imam untuk adik-adik. Terasa sedikit lapang apabila solat secara berjemaah. Ukhwah kami tercas. Lucu dengan si adik yang ketiga kerana cuba mencium tangan si bongsu ketika tengah bersalam. Sebenarnya dia tidak faham dan sekadar mengikut. Dia OKU, jadi istimewa sikit. Paling penting adalah mengajak dia sekali untuk sujud pada Allah walaupun dia tak faham. Mungkin suatu hari nanti, perlahan-lahan dia akan tahu bahawa SOLAT ITU WAJIB DAN PENTING.

Sejak dia mula solat dan menjadi makmum setia saya, secara tidak lansung dia juga menjadi “penjaga” solat saya. Solat awal waktu. Alhamdulillah, dia sudah tahu waktu-waktu solat. Dengar sahaja azan dan tengok jarum pendek dan panjang pada jam dinding, dia yang akan bersedia awal dan mengajak. Saya bersyukur punya adik walaupun tak sempurna pada zahirnya tetapi punya hati yang mudah dibentuk ke arah kebaikan.

Dia belajar dari apa yang dia lihat dan pandang. Mengingati cara wudhuk juga dilakukan dengan cara yang kreatif dengan melukis gambar.

Photo0575

Dia menunjukkan kertas ini sewaktu kami hendak menunaikan solat asar. Bermula dengan gambar tangan, mulut, muka, lengan, rambut, telinga dan akhir sekali kaki. Kami ketawa. Terasa lucu. Namun alhamdulillah, sekarang dia dah hafal dengan baik turutan wudhuk.

Dia berusaha untuk menyempurnakan apa yang dilakukan. Mungkin dia adalah teguran lembut dari Allah untuk saya sekeluarga. Amanah yang perlu kami jaga dengan baik. Jika dia yang tidak sempurna zahirnya rajin menunaikan solat TEPAT PADA WAKTUNYA, kenapa tidak saya yang sempurna fizikal ini kan? Kekadang malu juga apabila dia yang mengingatkan saya untuk solat awal waktu. Dia setia menunggu dengan bertelekung dan sejadah sudah siap di bentang.

Moga kami istiqamah berjamaah di rumah. ^^ Menunggu kedatangan adik kedua yang sedang belajar di UNISZA. Nak tambah seorang lagi makmum. Mungkin oleh tukar saya jadi imam pula.. Moga amalan kami diterima Allah dan kami kaya dengannya.. sepertimana firmanNya :

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

27 x 3 = 81 ganjaran.. Hehe kami kaya! InsyaAllah.. ^^

Siapa yang tak nak kaya kan? Semua nak kaya, hidup senang, Namun ramai yang lebih memilih untuk senang dan kaya di dunia sahaja sehingga lupa untuk menjadi kaya di akhirat. Lupa dengan “hidup senang” di akhirat kelak.

Bagaimana nak jadi kaya?

Salah satunya solat berjemaah. Bagi kaum lelaki bolehlah berusaha solat berjemaah di masjid dan perempuan pula sebaik-baiknya mampu untuk solat berjemaah di rumah. Rasulullah s.a.w sangat mengutamakan solat berjemaah berbanding solat bersendirian.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Apa yang kita boleh dapat daripada solat berjemaah dalam membentuk peribadi kita?
1) Menepati masa
2) Berdisiplin
3) Taat pada ketua.
Terbaik! ^^
TAHNIAH bagi yang mampu istiqamah memastikan solatnya sentiasa berada dalam keadaan berjemaah kerana pastinya dia adalah orang yang paling kaya dengan ganjaran solatnya. InsyaAllah.. ^^
JOM JADI KAYA.. KAMI BERJEMAAH, KAMI KAYA.. ^^
solat-jamaah-new
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2013 in FIQH WANITA

 

AURATKU MARUAHKU : JOM SAYANGI DIRI!

Indahnya Islam!

Islam sangat-sangat melindungi wanita. Buktinya? Allah memerintahkan agar wanita itu menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan bukanlah untuk menindas wanita tetapi adalah untuk MENJAGA WANITA DARIPADA GANGGUAN, BAHAYA DAN FITNAH. Begitulah Maha Baiknya ALLAH kan? ^^

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab : 21

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

PANDUAN MENUTUP AURAT..

1)       Tutup aurat

2)       Longgar dan tidak sempit

3)       Tidak jarang dan nipis

4)       Tidak menyerupai orang kafir

5)       Tidak menyerupai lelaki

6)      Tidak menarik perhatian.

 Picture1

 

KENA PAKAI BAJU KURUNG DAN TUDUNG LABUH? BERFESYEN TAK BOLEH?

 

Islam tidak melarang umatnya berfesyen tetapi dengan syarat masih lagi menutup aurat dengan sempurna. ^^  Sebagaimana firman Allah s.w.t :

 “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”
Maka, pastinya Allah nak juga hambaNya tampak cantik dan kemas.
Ini adalah contoh pakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai. Jom, semak pakaian kita! ^_^

auratwanitafatima3pemakaian

Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jom tutup aurat!

 

KENAPA WAJIB TUTUP AURAT?

ü)  Lambang wanita yang beriman dan bertaqwa

ü)  Mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat

ü)  Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim

ü)  Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit

gelombang_tutup_aurat___by_adilah91-d523ufq

 

 

——————————————————————————-

Entri ini merupakan artikel pertama saya untuk edaran dakwah di sekitar bandar Tawau. ^^ Moga Allah redha dan terus memberikan ilham menulis.

 
Leave a comment

Posted by on June 18, 2013 in FIQH WANITA

 

Senggugut ketika Haid..

Assalamualaikum buat muslimah yang disayangi..

Ramai dalam kalangan wanita yang sering mengalami senggugut ketika haid dan saya juga dikelilingi sahabat2 yang sering mengalami senggugut ketika haid dan saya sangat bersimpati terhadap mereka.. Jelas di wajah mereka kesakitan yang amat sangat saat saya menjenguk mereka di bilik asrama. Ada yang tak boleh nak berjalan, lemah badan dan ada juga yang lansung tak boleh bangun dari katil sepanjang hari.. Terpaksa tidak hadir ke kelas/ kuliah. Senggugut sangat2 menarik mood ceria seorang wanita dan pastinya orang disekeliling termasuklah saya sendiri jadi serba salah berhadapan dengan keadaan ini. ^_^ . Namun dalam simpati, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana sepanjang saya mengalami proses “wanita” ni, tak pernah sekali pun saya senggugut..jadi saya lansung tak tahu bagaimana sakitnya sesunggut..

Anda bagaimana pula? Pernah senggugut?

Jom kita sama-sama kenali senggugut ni.. ^_^

 

Apa itu SENGGUGUT?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar ” primary spasmodic dysmenorrhea” dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.

 

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’. Namun pengambilan pil tahan sakit dan sebagainya akan memberi kesan sampingan seperti batu karang dan monopaus awal. Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan kaedah bertungku.

 

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Antara rawatan bagi endometriosis adalah penggunaan ubat hormon progesteron yang boleh memberi kesan sampingan, pembedahan laporoscopy membuang cyst atau membetulkan keadaan retroverted uterus. Bagi yang paling teruk, rawatan terakhir adalah membuang rahim atau ovari.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang apabila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.

Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. Rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

 

Wallahu a’lam.. Semoga bermanfaat untuk semua walaupun tak seberapa.. yang utamanya adalah perkongsian walaupun sedikit.. Bukan sekadar wanita yang kena tahu, lelaki yg bakal jadi suami pun perlu ambil tahu.. ^_^

 
Leave a comment

Posted by on July 12, 2012 in FIQH WANITA

 

Keluar Angin melalui faraj : khusus wanita

Pengenalan

Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui faraj atau vagina atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.

Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.  Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.  Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka.  Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.  Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas) Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.

 

Hukum dan implikasinya

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.

Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

 

Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

1. Berdehem selepas membuang air kecil.

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.

4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

 

Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah. – Editor.

 
Leave a comment

Posted by on July 10, 2012 in FIQH WANITA