RSS

Category Archives: NOVEL

NOVEL : KERANA DIRIMU WANITA (Bab 1 : Bahg 1)

 BAB 1 : DISAPA UJIAN 

Dia sayu memandang langit biru. Petang ini hatinya sangat resah. Andai mampu dia khabarkan pada semua, ingin saja dia menjerit. Luka hatinya hanya Allah yang memahami.  Dia tertunduk, memeluk erat buku–buku yang dibawanya. Kakinya menapak pergi meninggalkan perpustakan yang menjadi tempat merehatkan minda. Baginya buku adalah teman yang baik tetapi hari ini hatinya tidak betah untuk berlama-lama dalam taman ilmu itu. Air matanya kembali bersarang dibirai mata. Perit terasa. Hanya Tuhan Yang Tahu.

Jumriani meneruskan langkah. Niatnya ingin cepat sampai ke bilik. Tidak mampu lagi rasanya membendung air mata. Dia tidak mahu orang lain melihat kesedihan dan kesakitan hatinya. Cukup dia sahaja yang merasanya.

“Kak jum! Kak jum!”

Langkahnya terhenti. Dia menarik nafas dan menoleh ke belakang. Bibirnya cuba mengukir senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu andai insan itu menghidu kesedihan hatinya.

“Eh, Nadia. Kenapa dik?” Huluran tangan nadia disambut mesra.

“Nak tanya akak tentang usrah malam ni. Jadi tak kak?”

“Owh, ingatkan apa da tadi. Hehe. In Shaa Allah jadi, seperti biasa ya. Maklum pada yang lain. Maaf, kak lupa nak balas mesej Nadia tadi.” Kesal Jumriani. Hatinya beristighfar panjang. Bagaimana dia lupa hal sepenting itu. Dia memarahi dirinya.

“Ok kak. Jumpa malam ni ya. Nad ada kelas lagi ni. Akak nak balik bilik dah?”  Soal Nadia.

“In shaa Allah, iya dik. Kak da tak da kuliah lepas ni. Nak balik rehat sekejap.” Jawab Jumriani. Senyumannya tak lekang di bibir. Itu saja cara untuk dia menyembunyikan kesedihan daripada adik usrahnya itu.

Pertemuan ini betul-betul memukul hatinya. Dia masih kesal, kerana masalah itu dia lalai terhadap tanggungjawabnya. Amanah sebagai Naqibah.

“Ampunkan aku Ya Allah” Bisik hatinya penuh harapan. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
4 Comments

Posted by on December 8, 2012 in NOVEL