RSS

Category Archives: TARBIYYAH

Ujian buatku.. ^^

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni. -_-‘

Namun,  alhamdulillah, ALLAH bagi semangat dan kekuatan dalam melawan RASA MALAS yang bersarang dalam diri. Fuh, sangat malas untuk update my wordpress ni sebenarnya walaupun ada kisah dan cerita yang ingin dikongsi. Sebulan dua ini saya lebih banyak berbicara dengan hati sendiri tanpa perlu untuk berdepan dengan papan kekunci. Jari pun terasa sumbang tarinya. Tetapi tak apa, saya berada dalam proses RAJIN semula.. ^_^

Sebelum nak celoteh panjang, jom amalkan doa ni untuk elakkan rasa malas dan lemah macam yang saya hadapi sebelum ini.. Ingat sahabat, MALAS itu penyakit hati! Jangan biar lama-lama duduk berumah dalam diri.

Doanya..

“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sifat malas dan lemah. Aku juga berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil serta cengkaman hutang dan penindasan orang”

Doa ni boleh dapat dalam almathurat.. bagi yang dah terbiasa dengan bacaan al mathurat pagi dan petang, bolehlah pula menghayati dan fahami apa yang kita minta dalam bacaan doa tu. Yalah, ada yang baca tapi tak nak ambil tahu apa yang dia baca. Ibarat minta tanpa ambil tahu apa yang diminta, Rasanya pihak yang dipinta tu nak bagi tak?

Kalau saya sebagai pemilik, memang tak la.. Tapi Allah tetap dengan rasa kasihnya akan terus memberi mengikut kehendakNya. Betul tak? Maha Baik Allah.. 🙂 Tambah-tambah lagi dalam bulan RAMADHAN yang mulia ini. Bulan dimakbulkan doa sang peminta. Maka mintalah apa yang diinginkan hatta dunia atau akhirat, DIA pasti dengar. Mintalah apa yang diperlukan, namun bersungguhlah dalam meminta.

—————————————————————————————————————–

^_____________^  saya tersenyum lebar selepas senyuman tu hilang ditelan rasa “stress”. Seminggu saya terlantar dalam sakitnya “iman” sebelum seminggu lagi saya diuji dengan sakitnya jasad. Virus demam melanda, selepas hati saya ‘demam’. I had double fever! Alhamdulillah

Sebulan sebelum ramadhan, saya menerima surat panggilan temuduga dengan rasa berat. Jawatan yang ditawarkan sangat jauh dari kos akademik saya, namun sikap dalam memilih kerja bukanlah sikap yang terbaik dalam keadaan ekonomi negara yang dikatakan “pesat” ini. Maka, dengan rasa berat hati, saya akur untuk menghadirinya. Saya tetap juga mengulangkaji dengan bersungguh, hafal itu dan ini. Hehehe.. last-last soalan yang keluar sangat jauh dari apa yang saya dah baca. Percaturan Allah yang memegang hati dan lisan saya. Kelu tetapi tetap tersenyum. Cuak juga sebenarnya.. -_-‘

Lepas daripada temuduga tu, harapan saya berubah. Dari rasa “TIDAK KISAH” kepada “BERHARAP SANGAT” moga mendapat kerja tu. Inilah manusia, hatinya tidak akan tetap kerana ALLAH ada. DIA yang memegang hati kita. Meronta juga jiwa saya kerana tidak mampu buat yang terbaik, namun saya mula membiarkan rasa tu dan serahkan pada Allah segala keputusannya..

22 JULAI.. bulan ramadhan.

Jawapan temuduga diterima dan “ANDA TIDAK BERJAYA“.

Saya sedih walaupun awalnya tidak suka dengan jawatan tersebut.. peliknya, jiwa saya betul-betul rasa “LOST”.. saya seakan-akan menghentikan tangan untuk menandah dan meminta. Menyorokkan tangan dan menundukkan kepala. Jiwa saya diasak dengan bisikan “kenapa susah nak dapat apa yang saya nak?”

Sedarlah saya bahawa saya sedang mengheret diri ke lembah putus asa! Lembah yang kosong dari harapan, lubang yang tiada jalan keluar darinya. Sedikit demi sedikit jiwa saya melawan REDHA dan menghulurkan tangan berjabat dengan PUTUS ASA. Saya beritighfar panjang.. mula muhasabah dan musyawarah.

Saya berbual dengan sahabat-sahabat dan kenalan. Mereka mencetuskan bunga harapan dan menyiram air iman di hati. Tegar saya menatap kalam Allah untuk menyiram iman yang semakin layu dipanah bisikan nafsu yang sudah 11 bulan terdidik dengan syaitan.

Sesungguhnya Allah lebih tahu yang terbaik buat hambaNya.. Tidak henti-henti saya melafazkan doa ini,

“Ya Allah, Kau tahu yang terbaik, maka jadikan aku baik untuk mendapatkan yang baik.”

Demam iman semakin pulih.. Alhamdulillah.. Namun, tidak berhenti di sini. Jasad pula dilanda demam. Seminggu berselimutkan rasa tidak selesa dan bertilamkan rasa sakit. Ubat-ubatan dari klinik menjadi santapan 3 kali sehari.. Biasalah, bila dah demam ni saya akan terlantar sahaja di atas katil. Nak bangun pun rasa pening. Yang paling mencabar adalah bila tiba waktu SOLAT. Saya memilih untuk Qiam! Yakni berdiri sebab saya masih mampu lagi. Walaupun ada keringanan untuk solat duduk dan sebagainya. Tapi ikut ukuran diri, “SAYA MASIH MAMPU”.. Hehe.

Tapi bila solat time sakit ni, biasalah kita akan rasa nak cepat sebab nak baring jer. Cuma kena ingat ya, sakit pun tetap kena solat. Lau sakit GILA, tak nak solat pun tak pa.. hehe

Petang jumaat, saya duduk di ruang tamu sambil berbaring di kerusi. Sambil-sambil tu saya tadahkan telinga untuk dengar tazkirah ilmu daripada ustaz Syarhan. Alhamdulillah, ALLAH sempatkan saya untuk mendengar kisah nabi Ayub a.s yang diuji dengan sakit yang teruk. Ada lagi yang tak tahu ker tentang kisah ni??!

Saya TERMOTIVASI!! bagaimana nabi masih kuat untuk sujud dan beribadah kepada Allah walaupun dalam keadaan yang sangat teruk sehingga diceritakan sewaktu nabi sujud, ulat-ulat keluar dari kepalanya.. Subhannallah.. dikatakan setiap kali nabi sujud, nabi akan merasa sakit yang teramat namun yang hebatnya, nabi akan sujud dalam keadaan yang lama. Subhanallah!!! Hebatnya iman nabi.

Saya menyindir diri..

“Baru sakit pening sedikit, sudah mula malas nak sujud. Kalau sujud pun asyik nak cepat jer..”

Huhuhu.. menampar iman sendiri. -_-‘

———————————————————————————————————-

Inilah tarbiyah Allah.

Bulan Ramadhan yang mulia ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk menjadi “silent reader” di muka buku. Kalau dulunya saya sangat aktif untuk update status tetapi kini buka pun mungkin  hari sekali. Itu pun hanya membaca. Kalau perlu untuk komen, saya komenlah. Tapi tak lama, mungkin dalam 10 -15 minit menghadap muka buku, cepat saja jari menekan butang logout. ^_^

Saya gantikan kesibukan muka buku dengan kesibukan mencari pahala lain. Memperkasakan iman membina taqwa.. ^^

Mungkin “silent reader” akan menjadi fenomena panjang bagi saya.

Sebelum saya tamatkan entry ini, mohan sang pembaca mendoakan agar perancangan istimewa terdekat saya akan dipermudahkan Allah walaupun agak pening menguruskannya.. Aamin. ^_^

Syukran. 🙂 SALAM RAMADHAN..

 
Leave a comment

Posted by on August 1, 2013 in TARBIYYAH

 

Sentapkan Diri!!

Jiwa itu sifatnya lembut.. Hati itu sifatnya terbuka.. Tetapi yang peliknya ada juga manusia yang punya jiwa keras dan hatinya TERTUTUP.. mungkin juga manusia itu saya atau kamu!! Bukan masa menuding jari, tapi masa untuk muhasabah diri..

Stop to be the beast yang degil!! Look at yourself!! Bukan menghalakan mata dan pandangan dengan orang lain sahaja. Mata itu bukan sekadar untuk pandang orang lain tetapi pandang diri sendiri itu yang UTAMA.. Dan bukan juga menjeling orang lain.. Bila kita banyak memandang orang lain dan menegur lumpur yang tercalit pada pakaian orang, kita akan lupa untuk memeriksa pakaian sendiri.. takut bukan sekadar lumpur yang melekat, najis pun terpalit sama pada pakaian kita.. Allahurabbi, kita lebih kotor dan busuk dari orang lain tanpa kita sedar..

Pelikkan manusia ni.. sangat unik bila mereka diberikan hati dan akal namun masih kaku untuk bertindak sebagai hamba yang baik.. Kekadang mengalahkan haiwan lagaknya. “Listen!! Haiwan pun ada masalah” maka Jadilah pokok sebab Mrs Listen tak cakap pun pokok ada masalah 🙂

Masalah sebenarnya bukan datang dari orang lain sahaja tetapi datang dari diri sendiri.. Betul tak?? Mereka yang berprasangka, hasad dengki dan busuk hati itulah yang suka sangat-sangat memberi masalah pada diri. So cheak hati kita.

Bagi yang memegang jawatan.. semak diri. Adakah kita layak bergelar pemimpin atau kita sebenarnya penguasa????!!

Bro! Sis! Jangan guna kuasa veto as boss.. kamu tu pemimpin bukan penguasa..kamu tak der hak nak berkuasa penuh dengan membuat semua keputusan tanpa berbincang.. Yang dibawah kamu bukan orang yang kamu beri gaji untuk mereka kelihatan seperti lembu dicucuk hidung tetapi mereka punya hak untuk membantah dan mencadangkan sesuatu. Kamu sekadar PEMIMPIN.. Bukan PENGUASA.. jangan mudah perasan!!! 🙂 -expecially untuk diri sendiri..

Semua manusia bila dipuji dan diangkat, mudah sangat perasan hebat!! Itu baru penghargaan dari manusia takut nanti ‘kosong’ dihadapan Allah.. Rugi.. rugi.. Sangat rugi. KIta berkobar kobar kata “pemimpin pelu terima teguran” tapi kita juga yan menutup fikiran dan hati untuk ditegur.. Inilah lumrah biasa bagi mereka yang rasa hebat berjawatan.. Moga kita belajar dari kesilapan.. ^_^ Sama-sama.. bukan sekadar kamu tetapi juga saya..

Allah maha Hebat.. kita? tak hebat lansung walau berjuta pencapaian yang kita telah perolehi… Dan saya belajar menyerahkan segala cacian dan tembak belakang tu kepada Allah.. mungkin sebab saya dah penat, penat nak “care” apa orang kata.. ^_^ saya memandangnya sebagai ujian atau ransangan untuk muhasabah.. mungkin lagi TENANG begini.. hehehe

Bahasa kasarnya “lantaklah nak cakap apa! tu urusan antara kamu dengan Allah!” 🙂

SMILE AND PRAY…

 

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2013 in TARBIYYAH

 

Cakna si Hud-Hud & Hati Emas si “Little Bird”

burungAku memandang burung yang bebas berterbangan di awan biru.. Hari ini cuaca sedikit mendung. Aku berkira-kira, mungkin hujan bakal membasahi bumi Tawau hari ini. Bila? Wallahu alam.. Dia sebaik-baik Perancang. Andai hujan menjadi tetamu siang, moga ia menjadi tetamu yang membawa rahmat..

Burung-burung itu masih lagi ‘gembira’ menongkah angin. Sayapnya kelihatan garang bersuara “Aku mampu untuk terus terbang!”. Lantas aku terbayang 2 ekor burung yang terakam dalam dua kisah nabi mulia.

Hud-Hud dan si burung kecil yang ku tak kenali namanya..

Kenapa dengan burung-burung ini?

CAKNA SI HUD-HUD

Benar.. ia adalah burung yang hidup pada zaman Nabi Sulaiman. Zaman kegemilangan seorang nabi yang bergelar Raja. Raja kepada manusia, haiwan malahan jin! Sangat hebat! Hud-hud adalah pembukaan kepada ‘hijrah’nya seorang ratu. Ratu Balqis pemerintah kerajaan Saba’. Allah meletakkan jasa yang besar kepada seekor burung kecil.

” Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar”

Aku belajar daripada Hud-hud yang hampir di hukum oleh Nabi Sulaiman kerana keterlewatanya untuk berkumpul menemui Nabi Sulaiman. Aku belajar mengasah sikap “cakna” dalam diri agar lebih tajam dan bermanfaat untuk orang lain.

Cakna keadaan di sekeliling, kenali persekitaran yang berkualiti untuk kebaikan Islam. Tidak kira siapa atau apa. Menjaga tepi kain orang bukan menjaga dalam kain!! Melalui pandangan mata bukan sekadar kita mampu mencari kebaikan untuk diri sendiri tetapi juga untuk ummah yang mendambakan teguran dan didikan dari mereka yang berilmu.

Seperti Hud-Hud terbang di awan negara Saba’.. bukan sekadar melintas di atasnya tetapi singgah untuk memerhati dan berfikir. Hingga dia mampu membawa satu khabar yang kini menjadi sejarah hebat dalam Islam.. Allahu akbar!! Jiwanya besar.

Kita? Mampu punya jiwa yang besar. Pandanglah sesuatu dari kacamata dakwah bukan sekadar memadang kosong. Tidak malu kah memandang keindahan dan kejadian disekeliling milik Tuhan tapi sombong untuk berfikir dan mencari hikmah disebaliknya.

Teringin nak “terbang” seperti hud-hud dan pulang membawa ”hadiah” besar untuk Islam..

HATI EMAS SI BURUNG KECIL

Ingat lagi kisah perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang sedaya upaya mengalihkan kepercayaan umatnya termasuklah ayahnya si pembuat patung berhala kepada mentauhidkan Allah? Alhamdulillah.. Dalam kisahnya menghancurkan berhala sehingga dibakar oleh orang-orang yang jahil terhadap Tuhannya, ada satu kisah indah yang terselit..

Saat api sedang marak cuba membakar Nabi Ibrahim, si burung kecil bersusah payah membawa air dalam paruh kecilnya. Untuk apa? Untuk memadamkan api setinggi bukit yg sedang cuba memakan jasad Nabi Ibrahim.. Seakan-akan lagaknya sia-sia.. Dia menjawab dengan yakin saat burung-burung lain memperlekehkan usahanya.

“Sekurang-kurangnya aku ada jawapan kelak dihadapan Allah saat aku ditanya apa usahaku menyelamatkan kekasihNya”

Aku tersentak.. bahkan mungkin burung-burung lain juga begitu. Dia sikecil yang punya hati yang besar..

Aku belajar mengenal dan memahami hakikatnya Allah tidak menilai kejayaan kita tetapi Allah menilai usaha yang kita lakukan. Jadi kenapa perlu berhenti? Di saat kaki mula letih membawa usaha-usaha kecil ditambah pula dengan sambutan yang hambar dan rasa tidak memberi kesan apa-apa, maka hati mula berkira-kira untuk berhenti. Tidak malukah pada si burung kecil itu!! Dia punya hati emas walaupun tidak memiliki akal sehebat manusia dan kita miliki akal yang hebat cuma tidak mahu berusaha memiliki hati emas.. Sangat memalukan!!

Aku belajar untuk terus memikul usaha kecil ini.. Tanpa mengeluh tanpa bersedih.. Tidak resah tidak gelisah..

Inginku dakap hati emas itu dalam dakwah yang berliku.. Moga si burung kecil itu sudi menemani. Biarlah tiada siapa yang melihat usahaku, moga Allah redha itu yang utama… 

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2012 in TARBIYYAH

 

Aku mula belajar..

geAku mula belajar..

Disaat aku mula berputus asa..’Restart’ semula apa yang sedang aku jalani. Alhamdulillah, hanya perlu sedikit usaha dan kesungguhan serta ditambah dengan doa yang tak putus-putus. Moga Allah beri kekuatn demi kekuatan. Tak kisah penat bertatih asal hati semakin tenang terisi. It’s good than nothing, kan?

Bukanlah bermula dari ‘kosong’ tetapi mengisi runang yang ‘kosong’..

 

Langkah pertamaku..

Uzlah.. bukan menjauhkan jasad daripada masyarakat tetapi merehatkan hati dan pemikiran untuk seketika. Ianya perlu untuk membina diri. Kekadang tenggelam dalam dunia yang penuh dengan rantaian hubungan dengan manusia boleh membuatkan aku alpa. Apatah lagi diiringi dengan pujian. Sangat meresahkan. Hati semakin jauh dari keikhlasan.

Hati yang memberi tanpa keikhlasan ibarat berkerja untuk menyuburkan kebun orang lain membiarkan kebun sendiri kering dan terbiar. Bermula dengan Facebook.. dari peng’update’ tegar menjadi ‘silent reader’. Alhamdulillah dikurniakan kemahiran berbahasa membuatkan senang untukku meng’update’ status setiap hari. Tetapi yang bahaya pada hati adalah melihat bilangan sahabat-sahabat yang ‘LIKE’.. sangat menguji. Maka aku memilih untuk mencegah dari merawat.. ^_^ sebab aku da mula rasa lain da pun..

Langkah kedua..

Alahai banyaknya buku kat almari buku ni. Banyak juga yang masih belum habis ku tatap patah lagi ku hadam dengan baik isinya. Maka kekosongan ini aku isi dengan membaca buku-buku itu.. Andai Allah takdirkan buku tu boleh berkata-kata, mesti ia telah menjerit padaku. “Bacalah kami!!”.. 1 minggu 1 buku. Membaca adalah kelansungan dalam memberi. Bacalah, in shaa Allah, kita tak rugi. Tidak akan rugi.

Buku adalah terapi buatku.. terapi yang terbaik untuk meningkatkan motivasi diri. ^_^ Moga aku jadi makin berilmu.

Langkah ketiga..

Memperbaiki dan mempertingkatkan ibadah yang sedia ada. Macam mana mengukurnya? List taklifan peribadi menjadi kayu ukur. Memperbaiki yang wajib dan membiasakan yang sunat.. ^_^ bermula dengan amalan-amalan yang kecil. Pesan nabi s.a.w, baginda cinta dengan orang yang sikit amalannya tetapi istiqamah.

Ya.. istiqamah.. senarai taklifanku :
– Bacaan al mathurat pagi/ petang
– Solat dhuha
– Baca quran 2 m/s sehari
– Bacaan al mulk sebelum tidur

Ini dulu.. yang termampu. Jangan gopoh nanti terasa beban. Orang kata “biar lambat asal selamat”.. ^_^ In shaa Allah da mampu nak tambah dan mula rasa seronok dengan yang ada, alhamdulillah boleh tambah lagi kan. Mungkin dengan :

-solat sunat rawatib
-solat sunat taubat sebelum tidur
-Qiam seminggu sekali

Its getting fun.. ^__^

Langkah keempat..

Muhasabah dan terus muhasabah.. Perbaiki dan terus membaiki..Belajarlah untuk IKHLAS dan TAWADDUK.. Bir tak dikenali di dunia yang penting terkenal di seluruh pelusuk langit. Tetapi tetap memilih untuk menjadi yang terbaik sebab MUSLIM itu hebat kerana agamanya yakni ISLAM. Masakan saya ingin mencapai yang biasa-biasa saja sedangkan ISLAM itu luar biasa hebatnya.. ^_^

Hidup bukan untuk meletakkan fitnah pada Islam tetapi meletakkan Islam pada tangga yang paling tinggi. Aku mula belajar.. dan aku belajar semula.. disaat aku hampir berputus asa. Aku ada Allah. Itu Pasti!! ^_^

 

 

 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2012 in TARBIYYAH

 

MUSLIM HEBAT MUSLIM O’SEM!!

ubmSiapa Remaja? Ya,kita dan kamu yang menatapnya.. Remaja Muslim yang sangat berharga untuk agama. Namun malangnya ramai yang terlibat dan seronok bergelumang dengan masalah sosial.

Pergaulan bebas? Dadah? salah laku? Jenayah? parti liar? dan 1001 masalah yang lain. Semuanya remaja sedang kuasai.

Persoalannya, mengapa mesti remaja terdorong ke arah itu?

“Sebab mereka remaja. Darah muda. Panas. Tidak berfikir panjang.”

Tetapi saya tidak menerima itu sebagai jawapan. Adik-adik juga tidak bersetuju kan?? Sebab sebenarnya setiap manusia itu diberikan pilihan untuk menjadi baik atau menjadi buruk. Remaja juga diberikan Allah SWT pilihan tersebut.

Maka, artikel ini adalah untuk mengajak adik-adik melihat semula. Kuasa kita sebagai remaja Muslim Yang Hebat!! Bagaimana dikatakan REMAJA YANG HEBAT??

Tunduk kepada Allah SWT

Remaja muslim yang hebat adalah remaja yang tunduk kepada Allah SWT. Tunduk yakni taat kepada Allah s.w.t dengan menjalankan perintah Allah SWT. Melaksanakan apa yang Allah suruh laksanakan, dan meninggalkan apa yang Allah suruh tinggalkan. Bagaimana?? Dengan mendirikan solat, taat pada ibu bapa dan sebagainya. Allah itu Maha Hebat, maka dia akan berikan sedikit kehebatan kepada adik-adik yang dekat dan taat dengan Allah.

Mudahkan? Cuma perlu sedikit bimbingan kita mampu jadi hebat di sisi Allah..

Miliki peribadi yang cantik

Cantik.. Hensem.. Baik.. Semua orang suka dipuji dan disebut dengan perkara yang baik-baik. Apabila kita menjadi manusia yang taat kepada Allah, maka sedikit sebanyak apabila kita meninggalkan apa yang Allah larang dan buat apa yang Allah suruh maka ‘akhlak baik’ kita akan terbentuk secara perlahan-lahan. Bila akhlak/ perwatakan kita baik, pasti Allah cinta dan manusia kasih. Sapa yang suka bila Allah murka dan manusia benci? Fitrah manusia suka dengan kebaikan dan dipandang baik, begitu juga dengan kita.. Ayuh, bina kebaikan dalam hati dan pancarkan pada akhlak kita. Moga kita baik di dunia dan di akhirat.

 

TETAPI hari ini kita kehilangan REMAJA MUSLIM YANG HEBAT

Kita kehilangan susuk-susuk hebat seperti Ali bin Abi Talib RA yang mampu menggantikan Rasulullah SAW pada katil baginda, saat usianya masih kecil. Kita kehilangan Usamah bin Zaid RA yang mengetuai bala tentera pda umur 18 tahun. Kita kehilangan Muhammad Al-Fateh yang menawan Konstantinopel pada usia 21 tahun. Kita kehilangan remaja yang berani seperti Muadz dan Muawwidz yang menumbangkan Abu Jahal sedang usia mereka ketika itu hanya belasan tahun. Kita kehilangan remaja yang serius menimba ilmu seperti Abdullah ibn Umar RA, yang pada umur muda sudah duduk di majlis orang-orang tua menimba ilmu Allah SWT.

Tiada remaja mahu serius. Tiada remaja mahu berdisiplin. Rata-rata mahu berseronok.

Ketahuilah bahawa tiada ubat untuk kehilangan ini, melainkan kembali kepada Allah SWT, dan tunduk kepadaNya. Itulah ubat yang sebenar hakikatnya.

Tetapi ubat itulah yang kebanyakan kita tinggalkan hari ini. Jadilah remaja kita seperti apa yang kita lihat hari ini. Sinonim dengan masalah. Sedangkan satu zaman dahulu, remaja adalah sinonim dengan kekuatan, kegemilangan, kecemerlangan.

Beranilah berubah untuk membina perubahan.. Adik-adik mampu untuk menjadi sehebat tokoh ‘muda’ zaman baginda..

 


Apakah cara-cara untuk menjadi individu Muslim yang hebat?

  1. Niat: Anda kena pasang niat untuk menjadi hebat. Anda kena hinakan diri anda, bahawa selama ini anda belum hebat di mata Allah s.w.t, walaupun anda beragama Islam.
  2. Faham al-Quran mengikut ‘silibus’ yang Rasulullah s.a.w. sampaikan kepada para sahabat: Mulakan dengan memahami juzuk 30. Kenapa juzuk 30? Juzuk 30 berupa persoalan aqidah, peringatan tentang adanya akhirat, adanya Allah s.w.t. Ayat-ayatnya yang pendek adalah berupa pukulan, tendangan, tujahan, tamparan, sergahan buat anda yang baru belajar untuk jadi hebat!
  3.  Larikan diri anda dari kejahiliyyahan: Jika ada seorang peminum arak, jauhkan diri anda dari kedai-kedai arak. Jika anda seorang yang kuat mencarut, larikan diri anda daripada kawan-kawan yang suka mencarut. Jika anda seorang penagih dadah, … adakah anda?
  4.  Sucikan hati anda yang sedang hitam: Pada hati andalah sepatutnya ada semua yang perlu; iman, taqwa, kasih sayang, ukhuwwah, Allah s.w.t.! Hati anda sebenarnya sedang kehitaman. Sucikannya dengan wudhuk yang sempurna, solat yang ikhlas, doa yang tidak pernah putus, baca al-Quran selalu,
  5. Didik nafsu yang jahat: Berpuasa sunat, kurangkan makan, adalah cara paling best untuk mengawal nafsu anda.
  6.  Sahabat yang baik: Carilah sahabat yang baik yang memahami dan boleh membantu tarbiyyah diri anda menjadi seorang yang lebih baik. Sahabat yang rapat dengan anda boleh membantu anda memperbaiki akhlakSejarah Islam: Banyakkan baca kisah-kisah sahabat Rasulullah s.a.w. Kenal pasti bagaimana sentuhan Islam yang syumul boleh menjadikan mereka hebat!
  7. Pengajian: Saya syorkan anda mencari kelas-kelas pengajian, usrah, halaqah yang bersifat kecil-kecilan berbanding ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah umum, kerana diri dan hati anda mesti dididik secara berfokus tetapi berterusan!

 

Jadilah MUSLIM YANG HEBAT DAN O’SEM.

Rasulullah SAW bersabda:

“Bermula Islam itu dalam keadaan dagang(asing), ia akan kembali dagang sebagaimana bermulanya ia. Maka beruntunglah bagi mereka yang dagang.” Hadith Riwayat Muslim.

Dengan mengambil Islam, kita automatik akan menjadi asing. Pelik. Ganjil.

Tetapi bukankah untung, terhindar dari keburukan? Ganjil di tengah-tengah kerosakan bermakna kita adalah kebaikan bukan?

Maka adik-adik sekalian, mengapa tidak kita memilih untuk menjadi yang hebat ini?

Atau kita hendak menjadi pewaris yang menghancurkan masa hadapan dunia ini nanti?

Kita pilih.

Dan Allah sesekali tidak rugi dan untung dengan pilihan kita.

Kitalah yang rugi dan untung, mengikut pilihan yang kita buat.

 
Leave a comment

Posted by on December 6, 2012 in TARBIYYAH

 

Langkah Sekeping Hati Yang Rapuh

Andai mampu untuk meminta dikembalikan dan diputarkan masa yang telah jauh meninggalkan saat ini, aku benar-benar ingin ianya termakbul. Kembali melangkah ke belakang untuk memulakan langkah yang baru dan lebih tersusun kemas ke hadapan.. Namun.. TIDAK MUNGKIN akan kembali. Imam Al-Ghazali berkata “perkara yang paling jauh adala masa yang berlalu”. Aku meratapi masa-masa ku yang telah berlalu saat aku merasa langkahku makin payah, tanganku makin lemah meraih jaya..

Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

(Al ´Ashr :1-3)

RUGI!!! Aku benar-benar merasakan kerugian itu. Mengimbas kembali masa lalu membuatkan aku bertanya dengan diri sendiri

” kenapa aku buat semua tu??”
” Kenapa aku tak buat begini dan begitu??”

Mula menyalahkan diri. Mempersoalkan langkah dan pilihan. Astaghfirullah, dadaku sesak memikirkan persoalan itu. Air mataku mula membasahi pipi. Hatiku seakan-akan remuk, retak yang menanti belah. Kenapa dengan aku??! Allahu Rabbi…. Bagaimana ingin aku betulkan setiap kesilapan dalam langkah yang telah jauh meninggalkan aku? Bagaimana aku mampu membersihkan dosa dalam setiap perjalanan masaku?Kerana aku benar-benar tersepit dengan kesannya..

Aku cemburu dengan bijaknya insan lain menjaga pengisian masanya, melakar keindahan hidupnya sedangkan aku mencorak kedua-duanya dengan maksiat dan dosa. Aku cemburu mendengar orang lain tawa dalam cahaya sedangkan aku gelisah membina bahagia.. Semuanya kerana pengisian dan lakaran hidupku yang cuba kucantikkan dengan maksiat hakikatnya ia tetap buruk dihadapan Allah.. Hakikatnya aku sedang menipu diri dengan berpura-pura bahagia.. Bukankah itu suatu pembohongan??

Buntu.. Bersalah.. Kesal… Inilah yang kurasa..

Aku menyapa hati dan diri.. sampai bila terus begini.. Aku tak mampu putarkan kembali masa yang semakin menjauh lantas apa yang perlu dan selayaknya untuk aku lakukan? Hatiku semakin gelisah.. bermain tarik-tarik tali dengan nafsu sangat meletihkanku. Melelahkan perjuanganku. Sangat meletihkan Ya Allah.. Andai mampu untuk aku perdengarkan kepada seluruh alam “YA..AKU SANGAT-SANGAT LETIH!!!”

Allahu Rabbi, seakan-akan aku ingin tidur dalam pelukan cahayaMu..

Terasa Inginku hentikan langkah kaki. saat hatiku benar-benar kecewa dan terluka asbab perbuatanku sendiri.. Terasa semakin tidak mampu untuk aku terus bertahan dengan perasaan ini, membawa hati yang semakin kering dihadapan Allah.. dan semangatku semakin tenggelam, lemah tak daya… terkapai dalam usahaku sendiri..  Dekatnya diri dengan sifat putus asa.. rebah dalam khayalan dunia yang tak berpenghujung.. Tanganku semakin tawar untuk menadah, bicaraku semakin keluh untuk meminta dan hatiku semakin jauh dengan TAQWA. Di mana perginya rasa takut dan berharap pada Allah duhai hati???

Sisa hati berbisik.. bangkit melawan titik hitam yang semakin membaluti. ” TAUBAT ILALLAH YA QALB”.
Ya.. taubat.. tetapi aku membalas bisikan ” aku sering kali mengunjungi kolam suci itu bahkan menyentuhnya tetapi aku tak terdaya mengulanginya lagi”  Berkali-kali dan sering kali namun masih tidak terkesan di hati. Kesannya sementara.. mujahadah mempertahankannya kendur.. Di mana silapku?? Masih lagi aku menyentuh kotoran itu, masih lagi aku seronok berulang-ulang menyentuhnya.. Astaghfirullah Ya Allah.. bagaimana aku kelak dihadapanMu andai aku terus berada dalam keadaan yang lemah ini???

haruskah aku mengalah?? Berhenti pada saat Allah masih mengizinkan aku berjalan.. Siapa yang harus aku persalahkan kalau bukan diriku sendiri…

Haruskah aku mengalah?? Berpaling pada saat Allah masih menyambung garis hidupku.. Duduk terdiam kaku memikirkan takdir..

Haruskah aku mengalah?? Terus melangkah pada saat Allah masih memberi ruang untuk kembali… Tidak peduli dan terus mengingkari..

TIDAK.. TIDAK sesekali aku akan berhenti!!  Jiwaku masih berbisik “inilah dugaan..” Dugaan yang akan mematangkan iman dan menyuburkan kekuatan.. selagi aku sedar maka aku masih punya hati yang berpotensi untuk kembali..

<MUJAHADAH DAN TIDAK PUTUS ASA>

 
3 Comments

Posted by on November 13, 2012 in TARBIYYAH

 

Oh! My Iman..

Angin mula naik ke kepala.. malas bukan kepalang. Berbaring saja pening pula yang bertamu. Jadi tak senang duduk, gelisah dan resah dibuatnya. Alahai..sangat-sangat tak best bila berada dalam keadaan bosan + malas ni..

Inilah keadaan pabila iman sedang menurun.. (-___-) Nak bangkit kena mujahadah semula. Mencari satu titik untuk menyentap diri sendiri, biar sedar dan kembali bersemangat. Teringat kata-kata naqibah dulu ” Jika iman kita sedang menurun, jaga amalan-amalan wajib. Jangan sampai ditinggalkan”

Yap !! bila iman berada dalam zon merah (tidak selamat), maka dengan mudah amalan-amalan sunat yang sering dilakukan akan ditinggalkan dengan perasaan berkira-kira. Hati mula membuat perhitungan dengan nafsu

“tak palah, esok boleh buat”
“Rasa malas pulak, tak pa lepas isyak boleh baca quran.. ”

Ni la antara ayat pujukan nafsu buat si hati. Dan si hati pun alpa dan mula berkira-kira dengan ALLAH. Terdetik si hati merasa mati itu bukan esok bagi dia. Istighfarlah andai hati kita mula merasa keadaan itu. Yang pastinya maut itu pasti dan akan akan datang pada kita tanpa kita tahu bila giliran kita pula.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. [29 :57]

Jangan kita jadi hamba yang lupa pada kuasa Penciptanya.Dengan mudah kita pula mengatur dan melakukan tawar menawar dengan Allah. Jangan juga menjadi hamba yang menangguhkan amalan. Andai da terbit niat dalam hati untuk melakukannya, mujahadah lawan nafsu untuk realisasikannya walaupun kita melakukannya dalam keadaan terpaksa apatah lagi tidak kusyuk sepenuhnya. Tarbiyyah buat diri bermula daripada paksaan dan daripada paksaan yang berterusan kita lahirkan keikhlasan atas kemanisan istiqamah melaksanakannya. Biar ia sebati dalam hidup dan setiap hela nafas kita. Insyaallah..

Iman manusia sangat berbeza dengan iman malaikat dan syaitan. Iman manusia ada turun naiknya. Iman malaikat pula sentiasa sejahtera di sisi Tuhannya manakala iman syaitan pula sentiasa berada di bawah yang mendekatkan ia dengan kemungkaran dan api neraka. Iman yang “panas” tempatnya di neraka dan iman yang “sejuk” tempatnya di syurga.. Sesuai dengan keadaannya. ^_^.. Rasulullah s.a.w bersabda :

Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Pabila seorang itu kehilangan imannya maka dia akan menjadi lebih buruk dari syaitan. Nauzubillah. Tetapi andai iman seseorang itu berdaa dalam keadaan yang sangat cantik , maka dia lebih baik daripada malaikat yang taat pada Allah. 0_o

Iman itu ibarat besi. Ia juga mudah berkarat. Iman berkarat akibat tindakbalas antara kejahilan dan maksiat sepertimana besi berkarat akibat tindak balas oksigen dan air.. Nak menghilangkan karat pada besi, perlu digosok dan di kikis dengan kertas pasir. Karat iman pula di basuh dengan air mata taubat dan zikrullah.

Jom tingkatkan iman kita dengan menjaga dan mempertingkatkan  :

1. Amalan Hati 

Dilakukan melalui pembersihan hati kita dari sifat-sifat buruk, selalu menjaga kesucian hati. Ciptakan sifat-sifat sabar dan tawakal, penuh takut dan harap akan Allah. Jauhi sifat tamak, kikir, prasangka buruk dan sebagainya.

2. Amalan Lidah

Perbanyak membaca Al-Qur’an, zikir, bertasbih, tahlil, takbir, istighfar, mengirim salam dan sholawat kepada Rasulullah dan mengajak orang lain kepada kebaikan, melarang kemungkaran.

3.  Amalan Anggota Tubuh

Dilakukan melalui kepatuhan dalam solat, pengorbanan untuk bersedekah, perjuangan untuk berhaji hingga disiplin untuk solat berjamaah di masjid

Iman yang menurun adalah satu bentuk ujian daripada Allah. Oleh itu, harus untuk kita berhati-hati apabila berada dalam keadaan ini kerana takut kita GAGAL dalam ujian tersebut. As muslim, get prepare untuk berhadapan dengan zon merah ini !! sangat bahaya buat iman andai kita memasuki zon merah tanpa persediaan yang sebaiknya. Firman Allah s.w.t :

Orang-orang Arab berkata:”kami telah beriman”.Katakanlah (wahai Muhammad):”Kamu belum beriman, tp berkatalah sahaja:`kami telah Islam’ kerna iman belum masuk ke dlm hatimu.Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin),Allah takkan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(49;14)

Jom sama-sama kita sejahterakan IMAN.. ^__^ JANGAN BIARKAN IMAN KITA BERCUTI..

 
2 Comments

Posted by on October 3, 2012 in TARBIYYAH

 

MEMBERI sebanyak-banyaknya dalam hidup

Dakwah adalah cinta
Cinta meminta segalanya dari dirimu

Bagaimana kehidupan mereka yang memberi sebanyak2nya untuk Islam?

Lihat sahaja Mus’ab Ibn Umair.. daripada sgt kaya menjadi sangt miskin sehinggakn kain kafannya tidak cukup dan dipulau oleh ibu sendiri TETAPI HATInya tenang bertemu Allah dan jasadnya lena di taman syurga..

Lihat pula zinnirah.. daripada celik dengan mata yang indah menjadi buta kerana diseksa mempertahnkn iman TETAPI matanya mendahului dirinya di syurga dan HATInya tenang dalam dakapan Ilahi..

Hakikatnya andai kita memilki hati yg cintakan dunia maka kita akan melihat betapa ruginya kita memberi untuk Islam TETAPI andai kita memilki jiwa yang cintakan akhirat lebih daripada dunia maka kita akan melihat betapa UNTUNGnya kita hatta kehilangan nikmat dunia.. ketahuilah hakikatnya dunia lebih hina daripada bangkai seekor kambing dan lebih murah daripda seblah syap nyamuk.. KITA TIDAK RUGI DALAM PELABURAN ISLAM!!

Rasulullah s.a.w bersabda :

Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu d sisi tuannya, demi Allah dunia lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Jika nilai dunia ini mnyamai nilai sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk air pun kepada orang kafir”
(R: Tirmizi dan Ibnu Majah- Hasan sahih)

Pilihan pelaburan di tangan anda sendiri?

Ya… diakui kita akan kehilangan harta, masa lapang, anggota badan kita bahkan mungkin juga nyawa kita andai kita memilih PERJUANGAN untuk ISLAM namun kita tidak rugi kerana Allah tidak hilang dan jauh daripada kita.. Sesungguhnya Allah cukup bagi hamba2Nya yang bertaqwa melebihi keperluan dan kehendak mereka kepada dunia.

” Em penatnya..malam ni usrah lagi”
” Esok meeting lagi”
” Jap lagi ada program..malasnya nak pergi”
” Maaflah kak saya ada hal sikit tak dapat datang”
” Em duit cukup untuk beli makanan jer nanti, macam na nak derma”

Alasan-alasan ini yang menghalang jiwa kita dalam memberi. Alasan yang memanjakan diri untuk menjadi kedekut dengan diri sendiri.Apatah lagi dengan orang lain. Mungkin sahaja kita sebegitu tetapi sampai bila berada dalam takuk yang sama? Angkat kaki dan melangkah ke dunia yang lebih baik..

Memberi dalam hidup sekadar untuk orang lain tetapi pemberian itu tetap berbalik kepada yang memberi. Namun semuanya atas hati yang berkorban. Memberi hakikatnya untuk diri. Sebanyak mana yang kita bagi sebanyak itu juga yang kita dapat yang berbezanya adalah masa dan bentuk imbalan atau pulangan. Contoh memberi untuk diri sendiri ialah kesediaan dan kesungguhan kita untuk menghadiri majlis ilmu dan mendapatkan ilmu. Sebenarnya kita sedang memberi untuk diri sendiri. Kita berkorban masa lapang yang mungkin boleh digunakan untuk hal-hal yang kita suka demi mendapatkan ilmu yang akhirnya memberi kebaikan kepada diri sendiri..

Bukankah Allah telah berfirman :

“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” [58:11]

Begitu juga dengan memberi masa, harta dan segala yang kita miliki kerana Allah, maka pasti ada pulangan untuk kita di sisi Allah dan yang paling berharga ialah Syurga bergantung sejauhmana kita menyakini kewujudannya. Sikap kedekut dan berkira-kira dalam memberi menunjukkan hati seseorang itu masih lagi belum menyakini adanya hari akhirat dan pembalasannya dengan sebenar-benar yakin.. Andai hati terikat dengan Ilahi pastinya hati suka memberi. Bukankah Allah telah berjanji menggandakan setiap pemberian.. Adakah kamu lupa??

Inilah yang dinamakan memberi untuk diri sendiri.

Kebiasaan kita sangat jarang memandang hakikat pemberian ini. Uruf masyarakat memahami pemberian adalah untuk kepentingan dan kebaikan orang lain maka tidak hairanlah ada yang menganggap sikap pemurah atau memberi sesuatu kepada seseorang adalah tindakan yang merugikan kerana ianya sangat mengurangkan pemilikan kita.. Sangat tidak benar!

Kita pandang dan renung sejenak kisah Srikandi Nafisah.. Siapa yang mampu mengalahkan dia dalam memberi?  dia menyediakan suaminya dan anak-anaknya syahid di medan perang. Hingga dia risau dan bersedih kerana tidak lagi memilki pemuda dan lelaki untuk dihantar berperang sehinggakan dia merayu untuk ikut serta dalam peperangan. Dan dia jugalah yang melindungi Rasulullah s.a.w dgn nyawanya melalui sebilah pedang.

Bagaimana kita dalam memberi untuk Islam? Setakat mana kita berusaha dalam memberi sebanyak-bnyaknya untuk Islam? Renung sejenak keterikatan hati kita dengan Yang Maha Memberi.. Memberi sebanyak-banyaknya untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya..  Korbankan hal-hal yang mengikat diri dengan dunia untuk kita bina jambatan ke syurga..

Pilihan pelaburan di tangan anda sendiri?

Ya… diakui kita akan kehilangan harta, masa lapang, anggota badan kita bahkan mungkin juga nyawa kita andai kita memilih PERJUANGAN untuk ISLAM namun kita tidak rugi kerana Allah tidak hilang dan jauh daripada kita.. Sesungguhnya Allah cukup bagi hamba2Nya yang bertaqwa melebihi keperluan dan kehendak mereka kepada dunia.

Dan saya…memilih untuk merasa seronoknya memberi ilmu, masa, tenaga dan harta untuk ISLAM.. memilih keseronokan dan kesibukan membuat pelaburan dalam Islam bersama Allah s.w.t..
“Akak tak penat?” Saya hanya mampu tersenyum. Keseronokan membayangkan pulangan yang lumayan daripada Allah membuatkan diri lupa dengan rasa penat dan putus asa..

-Andai hati terikat dengan Ilahi pastinya hati suka memberi-

“Terima kasih Ya Allah mengajar aku erti memberi”

 

Buatmu Gen-NAFISAH ^_^

 
Leave a comment

Posted by on September 1, 2012 in TARBIYYAH