RSS

Monthly Archives: July 2012

Bagaimana Sirah Mengajar kita..

Saya menulis tentang pengorbanan bukanlah bermakna saya yang paling baik dalam berkorban..
Saya berbicara tentang perjuangan bukanlah bermakna saya yang paling kuat dalam berjuang..
Saya menggambarkan tentang kesabaran bukanlah bermakna saya yang paling teguh dalam bersabar..

Hakikatnya ianya hanya perbincangan sekitar  sejauh mana kita berkorban,berjuang dan bersabar. Menghayati erti ketiga-tiga ramuan hidup ini. Resam hidup orang yang berjuang perlu ada yang dikorbankan, perlu ada yang membuatkan kita sabar.

Hidup sebagai seorang yang miskin, mereka berjuang untuk mendapatkan rezeki, berkorban diri mengerah tenaga dan mereka perlu sabar untuk kelansungan hidup. Walau mereka menarik nafas kepayahan, jasad dan hati terus teguh memenuhi keperluan diri. Maka beruntunglah bagi mereka yang bersyukur.

Hidup sebagai seorang yang yang kaya, mereka berjuang menambah kekayaan, berkorban keluarga dan masa yang berharga dan mereka perlu sabar menghadapi masalah runtuhnya keluarga yang dibina. Walau mereka menarik nafas kelegaan, jasad dan hati mereka lelah memenuhi kepuasan diri. Maka rugilah bagi mereka yang tamak terhadap dunianya.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”   [14:7]

Perjuangan, pengobanan dan kesabaran menjadi suatu yang sia-sia andai wasilah untuk mengalirkan ketiga-tiga elemen hidup ini adalah untuk keduniaan. Oleh itu, semua orang memiliki perjuangan, pengorbanan malahan kesabaran tetapi tak semua perjuangan, pengorbanan dan kesabaran yang benar dijalaNya dimiliki oleh semua manusia. ^_^

Ada yang berjuang.. ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai ianya perjuangan menegakkan kebatilan yang nyata sepertimana tentera salib yang berjuang menentang Islam.
Ada yang berkorban.. ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai ianya pengorbanan untuk suatu yang tiada nilai di sisi Allah sepertimana pengorbanan Romeo dan Juliet.
Ada yang bersabar..ya ianya baik tetapi menjadi tidak baik andai kesabaran dalam melakukan maksiat sepertimana sabar menanti pasangan datang lambat untuk temu janji tepi pantai..^_^

Saya cuba memahami dan menghayati bagaimana pengorbanan, perjuangan serta kesabaran saya pula? Adakah lebih kepada suatu yang sia-sia atau suatu yang bernilai di sisi Allah.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”   [49:15]

Saya teringin nak merealisasikan perjuangan saya sepertimana ayat itu, bahkan bukan untuk saya sahaja tetapi untuk sahabat-sahabt lain juga..Biarlah saya belajar dan berusaha untuk menyalurkan elemen pengorbanan dan kesabaran saya dalam jalan seperti ini yakni sebagaimana Firman Allah s.w.t :

“(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan” [3:134]

Namun saya memahami bahawa ianya suatu yang sangat sukar untuk dibentuk dalam diri dan juga sahabat lain melainkan terus berusaha membentuk acuannya.

Saya melihat keadaan perjuangan menegakkan kepimpinan Islam di Malaysia. Sangat variasi mungkin juga boleh menjadi satu hiburan bagi yang bersikap ‘silent reader’. Lihat sahaja Facebook, medan luahan semangat-semangat anak muda. Mereka sangat bersemangat dalam perjuangan terutamanya dalam demonstrasi tetapi bagaimana dengan pengisian pengobanan? Tidak dinafikan perjuangan memerlukan semangat.. dan saya sangat menghargai semngat perjuangan sahabat-sahabat saya walaupun hanya sekadar di facebook dan semangat [ada demo sahaja ^_^. Mereka tetap juga ada kpentingan dan peranan dalam perjuangan.

Rasulullah s.a.w banyak mengajar kita tentang 3 elemen ini dalam setiap langkah baginda sebagai seorang utusan Allah. Senyuman baginda sahaja boleh dijadikan contoh, inikan pula bicara, perbuatan dan perjuangannya. Allah juga mencatatkan semula kisah para nabi sebelum baginda dalam kalam Allah. Bukan untuk dikhabarkan bagi mengindahkan Al-Quran tetapi sebagai ibrah dalam hidup. Nabi mana yang tidak sabar? Nabi mana yang tidak berkorban? Nabi mana juga yang tidak berjuang??! Hakikatnya mereka semua adalah pejuang, berkorban dan penyabar.. Kita?? Pengecut, kedekut dan pemarah.. Allah.. jauh sekali kita daripada nabi-nabi yang diutuskan sebagai contoh untuk kita.

Melihat sisi hidup Nabi Ibrahim A.s yang sabar menunggu hadirnya cahaya mata. Kesabarannya harus dicontohi oleh pasangan yang masih belum mendapatkan cahaya mata. Lalu kesabarannya bukan diganti dengan seorang anak tetapi dua orang anak daripada dua orang isteri yang disayangi. Kesinambungan kesabaran Nabi Ibrahim mengalir dalam diri isterinya siti Hajar dana anaknya Ismail ketika mereka ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang gersang.. Bukankah Allah ingin mengajar kita SABAR. Buat muslimah bergelar isteri, hati perlu mantap dengan sabar. Bukan selamanya hidup bersama dengan seorang insan bernama suami, satu saat dan ketika perjuangan hidup kita akan dilalui tanpa seorang imam yang memimpin maka saat itu kitalah imam.. tidak mahu kah kamu menjadi imam sekuat siti Hajar?? Mungkin ada yang berfikir, saat menjadi isteri itu lama lagi dan gelaran janda mustahil menjadi title kita tapi siapa kita untuk menetapkannya.. Right??

Bagaimana pula Allah s.w.t aturkan kisah hidup semantap Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mentarbiyah kita?? Seorang anak muda yang bercita-cita tinggi dalam merealisasikan hadis nabi s.a.w bahawa Konstantinopel akan ditawan oleh pemimpin yang baik yang memilki tentera yang baik dan rakyat yang baik juga. Dia berusaha untuk menjadikan kepimpinannya adalah kepimpinan yang disebut-sebut dalam hadis tersebut.Kita pula? remaja kita bagaimana semangatnya dalam merealisasikan dan membuktikan kebenaran hadis Rasulullah s.a.w??!

Nabi s.w.a ditanya apakah amalan paling baik? baginda bersabda : “Solat di awal waktu”

Lihat hadis di atas, bagaimana kita meraihkan hadis ini? atau hanya memandang sepi tentangnya..Mana semangat kita dalam meraihkan hadis-hadis nabi. Kekadang kita mantap berhujah dengannya tetapi mengamalkannya? Tiadakah dalam kalangan kita atau kita sendiri yang meminjam semangat dan kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh.Perjuangannya yang bersungguh, kesabaran menjadikan tentera dan rakyatnya adalah yang terbaik dan pengorbanannya dalam merealisasikan hadis tersebut.

Pandang pada sisi hidup Rabiatul Adawiyah.. Sesungguhnya tanpa cinta dari manusia, dia mampu menjadi sebaik-baik hamba Allah di dunia. Dia tidak perlukan seorang lelaki yang soleh dan bertaqwa untuk membentuk ketaqwaannya kepada Allah tetapi dia mampu menempah nama di langit yang tinggi melakar wangian cinta di dunia. Jangan kita menjadi muslimah yang meletakkan syarat mencapai soleha dengan kehadiran kaum adam yang soleh. Si solehah mampu hadir tanpa si soleh!! Rabiatul mengajar kita erti berkorban nikmat hidup untuk mencapai nikmat yang hakiki. Siapa yang tidak inginkan cinta lelaki soleh bukan? tetapi untuk CINTA Tuhan yang hakiki, Imam Hassan al Basri turut mengkagumi cintanya pada Ilahi.

Hakikatnya Allah tidak mendidik kita hanya melalui ujian tetapi juga melalui kisah hidup insan lain. Banyak lagi sirah yang mengajar erti hidup kepada kita tetapi hanya kita yang menutup sebelah mata memandang sirah hanya sebagai lembaran sejarah yang hanya akan dibuka tatkala kuliah. Dimana hati kita saat menatapnya???

Sirah adalah kehidupan yang terus bernafas dalam diri kita.Sehingga hari ini, hati masih merasa teruja.. sirah Nabi suatu yang sangat2 amazing.. knapa tidak? Hatta tidak berlaku kepada kita tetapi boleh ia hidup dalam kehidupan kita.. Natijahnya, kita bljar erti sabar, qanaah, taqarrub, PENGORBANAN dan paling besar adalah PERJUANGAN DAN DAKWAH.. ♥ Andai mampu untuk dilafazkan, ya saya sangat rindu pada mereka.. Sirah 25 Rasul, hadam dengan hati yg sarat pnghayatan! bukan untuk melahirkan seorang nabi, itu sangat mustahil ! tetapi ingin mlhirkan insan yg memilki jiwa mncontohi nabi.. ♥

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on July 26, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

Hilangnya Yusuf Di Hati Remaja Muslim

Alhamdulillah.. Syukur pada Sang Pemilik hati dan jasad serta segala-galanya meliputi langit dan bumi, laut dan darat bahkan dunia dan akhirat. Siapa lagi pemiliknya jika bukan Allah s.w.t? Pastinya Allah Pemilik segala pembendaraan dunia dan akhirat kelak. Maka tiada seorang pun dan apapun dapat menafikannya..

Firman Allah s.w.t :
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”   [Al-Mulk :1-2]

Tidak pernah lupa untuk memulakan kata dan perkongsian rasa dengan nama Allah yang memiliki seindah-indah nama seperti yang terkandung dalam asma ul husna.. Ada lagi yang tidak menghafalnya? Bagus andai sudah mampu untuk melafazkannya dengan fasih TETAPI jangan lupa untuk menghayatinya.. Kerana penghayatan pada setiap nama-nama Allah mampu mendekatkan diri kita lebih akrab dengan Sang Pencipta Yang Maha Bijaksana.. Lihat sahaja bagaimana Allah menciptakan air sebagai keperluan manusia, langit yang tidak bertiang, sungai yang tak putus-putus mengalir, matahari yang sentiasa setia dengan cahayanya? Allah Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.. Itulah Pencipta kita..

Hari ini..seperti biasa saya melaksanakan rutin sebagai pelajar yakni menghadiri kuliah bagi subjek Perbandingan Agama.. seawal pukul 8.30 pagi, saya menjadi tetamu bagi salah satu taman syurga di dunia.. ^_^ mujahadah melawan rasa malas akibat keadaan diri yang mengantuk sangat akibat mesyuarat yang berakhir hampir pukul 1.20 awal pagi.. ^_^ Namun Allah membalas mujahadah itu dengan sesuatu yang berharga yakni ilmu yang sangat berharga walaupun hanya sebuah kisah tentang Nabi Yusuf a.s..

Kisah yang sering kita dengar malahan ramai antara kita yang pasti mengetahui kisah Nabi ini bersama seorang wanita bernama Zukaikha. Kisah cinta mungkin.. ^_^ ramai yang tahu tidak semestinya seramai itu juga yang faham dan ramai yang faham tidak semestinya seramai itu yang menghayati dan mengambil iktibar dari kisahnya.. Bukan kisah dongeng, tetapi kisah yang benar ! Sangat Benar ! Buktinya, lihat saja Firman Allah dalam Surah Yusuf..Allah melakarkan kisahnya dalam 101 ayat, bukan sekadar jadi hiasan tetapi ada sesuatu yang ingin disampaikan khususnya anak muda kita.. Remaja Muslim..

Saya kusyuk mendengar tentang kisah ini walaupun hakikatnya ustazah telah berkali-kali menceritakannya sejak saya berada dalam semester 1 lagi dan sekarang saya telah melangkah ke semester 5.. Saya bergurau dengan seorang sahabat lalu berkata ” setiap kali ustazah bercerita tentang nabi Yusuf, pasti semua pelajar tidak senang duduk” Sahabat membalas ” Tu la kena sebijik-sebijik kat dahi.hehehe”.. Saya tersenyum dan mula berfikir, apa sebenarnya yang ingin seorang murabbih sampaiakn dan tanamkan dalam hati anak-anak didiknya?

Saya bermain dengan pen, memandang pada tulisan-tulisan di atas kertas, telinga saya masih jelas mendengar setiap bicara ustazah tetapi hati dan minda saya cuba untuk menghadam kisah itu.. Allahuakbar, indahnya sirah Nabi.. siapa kata sirah hanyalah suatu sejarah yang hanya perlu dipandang sepi?? Sirah adalah kehidupan yang terus bernafas dalam diri kita walaupun ianya berlaku beribu-ribu tahun yang lalu. Ianya hidup dalam hati-hati hamba yang memandangnya dengan hikmah..pandangan hati..mengaitkan dengan kehidupan untuk dijadikan panduan. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Firman Allah : “iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” [ 3:191]

Bahkan ianya akan hanya dipandang sia-sia oleh orang-orang yang mensia-siakan nikmat dalam hidup mereka.

Kisah Yusuf sedang berbicara denganmu wahai anak muda. Bahkan sedang mendidik hati-hati kita. Bagaimana seorang pemuda yang cukup tampan bermujahadah melawan godaan dan nafsu seorang perempuan hanya kerana takutkan Allah.. Mari kita koreksi diri. Seramai mana anak muda tanpa mengira jantina, apabila diusik untuk berbalas cinta berkongsi rasa dan perasaan maka dengan pantas respon diberi.. “Ya, saya sudi menjadi kekasih awak”.. Masyaallah, mudahnya.. Hakikatnya dalam diri segelintir daripada kita telah hilang sifat seorang Yusuf yang tegar menahan diri, memagar nafsu dan takutkan Allah daripada terlibat dengan perkara-perkara maksiat. Di mana remaja sekuat Yusuf walau tak setampan dan secantik dia?

Kini, baru saya sedar bahawa ustazah dihadapan saya ini sedang cuba menanamkan satu benih ilmu yang sangat berharga dalam hati-hati kami walaupun dia sedar bahawa benih yang ditanam itu akan lambat tumbesarannya.. kesabarannya mengulang-ulang mutiara itu agar kami mampu memiliknya sangat-sangat mengkagumkan. Di mana saya mampu menemui seorang pendidik sepertinya kelak?

Kisah Yusuf bukan berlari sekitar peristiwa godaan Zulaikha si wanita rupawan, hartawan dan segala “wan” tetapi lebih jauh. Bukan juga sekadar di sekitar kisahnya dipenjara dan doanya yang terkenal dikalangan kita iaitu memohon andai penjara itu lebih baik daripada terus berada bersama Zulaikha maka dia rela berada dipenjara..Akhirnya dimakbulkan. Bukan untuk mengajar diri kita meminta sedemikian rupa tetapi untuk mengajar kita memilih pilihan yang benar dan tepat.. Berfikir dan memilih sesuatu yang mampu memberikan kebaikan dan kebahagian yang berpanjangan.. memilih akhirat di atas dunia tanpa meninggalkan dunia.

Mungkin ada yang lupa tentang betapa benci dan dengkinya abang-abang nabi Yusuf terhadap dirinya saat nabi Yaakub sangat memberikan perhatian kepada anaknya yang bongsu itu. Lalu perancangan khianat telah diatur dengan jayanya.. Apakah balasan Nabi Yusuf saat dia menjadi Menteri Perbendaraan Mesir dan abang-abangnya datang memohon dan meminta untuk dimaafkan??

Lihat Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 100 :
Dan ia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgasana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: “Wahai ayahku inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Yaa.. Nabi Yusuf tidak membalas kejahatan saudara-saudaranya walaupun dalam keadaan dia mampu.. Subhanallah, Allah mengajar kita erti ehsan.. yakni memaafkan saat kita mampu untuk membalasnya. ^_^ Dan remaja kita hari ini, dendamnya berpanjangan. Dengkinya berlarutan..Amarahnya tak kunjung padam.. tatkala itu sebahagian Yusuf telah hilang dari hati mereka. Sabar dan memafkan wahai sahabat..

Saya mengulang-ulang ayat ini.. Saya tertarik dengan positifnya Nabi Yusuf dengan segala ujian daripada Allah.. Nabi Yusuf memandang segalanya dengan mata hati yang related dengan iman.. Maka saya tidak rugi untuk mengikuti jejaknya.. Ayuh remaja, pemuda Islam.. jangan biarkan hilangnya Yusuf di hatimu..Sirahnya bukan sekadar meniti d bibir tetapi juga tersemat rapi di hati.. dan berbuah pada amalan dan cara hidup kita.. ^_^

Kita ubah cara pandang dan penghayatan kita terhadap sirah.. sirah bukan dongengan jadi jangan membacanya seperti kita membaca kisah dongeng.. Kisah Yusuf bukan sekadar kisah cinta disulam redha Ilahi jadi jangan baca seperti sebuah novel cinta.. Kembangkan minda, zahirnya hati punya mata untuk melihat hikmah disebalik kalam Allah..

Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling dari padanya [12:105]

 
2 Comments

Posted by on July 25, 2012 in BICARA HATI

 

Satu antara Dua.. Cinta atas CINTA

Bismillah..Dengan Nama Allah yang Maha Kuasa yang tiada kekuatan melainkan dengan kekuatanNya dan hanya padaNya disandarkan segala urusan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar2 urusan..

Alhamdulillah, tiada pujian yang selayaknya saya berikan kecuali kepada Allah atas nikmat kesihatan hati dan jasad.. Saat ini, moga dibersihkan niat di hati dalam melakar satu perkongsian..biarlah tidak cantik bahasanya yang penting sampai maksudnya.. namun saya memilih untuk berusaha menggunakan bahasa yang baik agar maknanya lebih manis meniti di bibir sang pembaca yang setia mengikuti kembara ini.. Penghargaan buat sahabat tersayang yang setia menatap bait2 rasa yang tak seberapa ini..

Saya mulakan dengan firman Allah yang indah dan membelai hati..

Dalam surah Al-Fath ayat 29 :
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka (umat Islam)”

Alhamdulillah moga ada rasa kasih kita kepada saudara semuslim sebagaimana Rasulullah menyayangi umatnya.. Andai tidak setanding dan setaraf rasa cinta baginda maka tidak perlu bersedih hati kerana Allah lebih tahu hatimu dan Dia tidak akan pernah mensia-siakannya..

Tidak banyak yang ingin saya kongsikan dan mungkin tidak sebaik apa yang pernah saya berikan sebelum ini..namun saya hanya berharap rasa ini dapat dikongsi..andai satu tahap kita mungkin berbeza pandangan dan cara melihatnya..

Memilih satu antara dua dalam memanfaatkan bajet sebanyak RM25 dalam tangan..

Antara Cinta High Class dan Airmata Syria maka saya memilih Airmata Syria.. memilih cinta di atas cinta.. Cinta yang sangat BESAR dan memerlukan hati yang juga besar..Besar dengan iman dan taqwa.

Siapa yang tidak mengenali Fatimah Syarha dan suaminya? Saya juga adalah salah seorang yang meminati penulisannya malahan saya memiliki semua novel dan buku karangan mereka kecuali yang terbaru ini.. Entah kenapa sejak kebelakangan ini saya sedikit menolak untuk membincangkan dan membaca soal cinta kepada manusia (suami/isteri), kebahagiaan rumahtangga dan pasangan yang soleh/solehah.. especially kahwin muda..bukan kerana saya tidak menginginkannya tetapi hati saya mula membentak..berhenti untuk berfantasi tentangnya dan menukarkan ia dengan doa yang bersungguh dan berharap saya juga mampu mencipta bahagia dengan cara saya sendiri. Cukup dengan dua perkara yang ditinggalkan oleh baginda yakni Al-Quran dan sunnah..sudah cukup untuk saya lebih bahagia daripada watak-watak itu..^_^ saya yakin dengan itu!

Saya akui yang isu cinta remaja merupakan isu yang berpanjangan dan saya sangat menghargai serta bersyukur dengan kehadiran novel-novel yang menjadi kayu ukur dan petunjuk untuk menghalakan cinta mereka kepada suatu yang halal dan lebih bermakna tetapi sejauh mana mereka mengatur langkah untuk mencontohi setiap input yang dihidangkan dalam kisah itu..

Seorang sahabat mencadangkan untuk saya berkongsi tentang baitul muslim, cinta suami isteri dan seumpanya..tetapi saya menolak dengan baik..bagi saya cukuplah kita telah ada Ustazah Fatimah Syarha dan suami.. Jangan kita lupa dengan Ustazah Siti Norbahyah dan suaminya yang kebahagiaan mereka juga boleh dijadikan contoh sehingga ustazah sendiri mengajar cara urutan Cakar Harimau untuk menambat hati suami.. ^_^ lebih praktikal kan??

Cukuplah dengan input cinta dan baitul muslim yang selama ini saya tatap sebagai persiapan menjadi seorang isteri dan mungkin juga seorang ibu sehinggakan saya lupa bahawa seorang isteri dan seorang ibu itu juga tidak lari daripada perjuangan dan penglibatan dalam gerakan Islam. Maka saya memilih untuk menjadi muslimah berfikrah haraki dan berhati jundi, bukan sekadar mengimpikan suami yang soleh untuk ditaati dan anak yang comel untuk disayangi.. ^_^

Oleh itu saya memilih kisah Syria sebagai tatapan minda seterusnya. Kisah yang menuntut cinta, perhatian dan doa yang lebih besar. Ya, saya tahu mereka tak kan mampu membalas cinta dari saya (saya tidak mengharapkannya) tetapi biarlah Allah hubungkan cinta kami di akhirat kelak.. dan pastinya saya tidak akan kecewa andai cinta saya tak berbalas, biarlah cinta saya dalam diam tetapi terus mekar di taman-taman syurga. Namun saya memandang ke bawah dengan perasaan sugul, sangat sayu.. hari ini mereka berbicara soal cinta sesama mereka saling berpandangan berkongsi rasa tetapi saya berbicara soal keperitan mereka seorang diri tanpa pandangan saya berbalas, hanya melalui gambar-gambar yang sepi tanpa suara namun riak wajah mereka dalam gambar kusam itu cukup menceritakan bahawa mereka sangat-sangat perlu untuk dicintai dan dikasihi. Dicintai dan dikasihi dalam doa.. hanya doa..

Saya memandang sebuah gambar yang memaparkan tiga orang anak kecil. Hati keibuaan saya tersentuh lantas saya berbisik dengan diri sendiri..andai saya benar-benar mampu saya ingin menjadikan mereka anak yang berada dibawah jagaan saya. Bukan sekali dua saya melontarkan keinginan untuk punya anak angkat daripada kalangan anak-anak umat Islam yangtetapi saya akui dalam setiap permintaan saya ada syarat-syarat yang perlu untuk dipenuhi dan saya sangat tidak mampu untuk memnuhinya.

Teringat pada suatu kisah..

Seorang isteri bertanya pada suami. “Boleh tak sayang pergi Syria?”  “Kenapa?” Suami bertanya serius. Si isteri lambat membalas pertanyaan lalu suami bertanya lagi..“Nak buat apa kat sana?” Si isteri menjawab, “ Sayang nak berjuang membela umat Islam” Suami membalas dengan senyuman “ Berjihad di medan ilmu dulu sayang. Sekarang ni kita just mampu sumbangkan harta dan doa sebanyak-banyaknya untuk mereka”

Permintaan si isteri yang diikuti dengan emosi tatkala rutin hariannya dipenuhi dengan keasyikan melihat dan membaca isu-isu terbaru di Syria.. ^_^

Saya tertarik dan mula berfikir.. bila lagi saya ingin membentuk cinta dan hati saya yang penuh dengan cinta haraki?
Bila lagi saya mampu menjadi sehebat Zainab Al-Ghazali andai hati saya kemaruk dengan cinta seorang suami sehinggakan saya lupa bahawa umat Islam juga memiliki hak untuk dicintai?

Namun kisah Syria tidak membuatkan saya lupa pada Palestin, Burma dan umat Islam yang lain malahan dengan kisah mereka saya berpeluang untuk menyediakan hati saya agar sarat dengan perjuangan, jihad yang tidak mengenal sempadan negara dan berbezanya bangsa.. melainkan kerana Allah dan tuntutan dalam Islam.. Kitakan umat Nabi Muhammad s.a.w. ^_^..

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri

Saya berhenti untuk berkhayal menjadi bidadari dalam dunia sang suami yang soleh dan lembut belaiannya..saya tukarkannya menjadi satu doa yang sangat sarat dengan pengharapan dan ditambah dengan permintaan bahawa saya ingin menjadi seorang muslimah yang bergelar isteri dan ibu yang mampu menyemarakkan cintanya melalui darah perjuangan, yang mampu melahirkan jundullah yang memiliki jiwa 2 Umar.. kisah cinta saya biar saja dalam lembaran-lembaran doa tetapi semangat saya dalam perjuangan Islam biar gah meniti dalam setiap gerak jasad dan lontaran rasa hati.. Insyaallah..

P/s : Maaf buat sahabat, perkongsian kali ini tidak terlalu banyak memberi input atas faktor kesihatan.. ^_^ moga yang sedikit ini lebih bermakna..Wallahualam..

 
2 Comments

Posted by on July 19, 2012 in BICARA HATI

 

Sangkaan.. Biarlah yang Baik

Dengan nama Allah saya mula menarikan jari.. moga tarian kali ini tidak terbawa-bawa dengan emosi. Moga idea tercurah dari hati yang tenang, hati yang menyerahkan segala urusan kepada Allah samaada baik atau buruk kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. Saya berlindung daripada syaitan yang direjam..Saya berlindung daripada amarah yang bukan diniatkan kerana Allah..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat padaku.”

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

Allah S.W.T berfirman dalam suarah Ali Imran ayat 134 yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.

Hari ini saya mengenali ketegasan seorang suami terhadap kelalaian isterinya.. saya merenung sedalam2nya..mungkin saya berkecil hati andai saya melihat teguran sang suami kepada isterinya dengan pandangan mata zahir bukan dengan pandangan mata hati yang related dengan Iman.. Mungkin saya merajuk berpanjangan andai saya terlalu memikirkan kenapa sang suami sanggup berkata tegas (bukan marah) dengan isterinya bukan dengan menghayati isi tegurannya.. Hanya kerana bangun lewat?? ^_^ remeh tetapi besar kesannya..

Sang suami menghantar mesej kepada si isteri

” Pada awalnya rasa sayang timbul pada diri abg terhadap sayang adalah kerana tertarik dengan kepimpinan dan pendidikan (ilmu) yang ada pada sayang.. tetapi andai sayang selalu membiasakan lewat bangun walaupun uzur, maka kepimpinan sayang semakin hilang dari pandangan abang”

Sang isteri sentap membaca mesej dari sang suami yang jauh di mata..

Apa yang saya pelajari dari kisah ini?

Jika saya isteri itu pastinya saya sangat pilu mengenangkan mesej tersebut. Terdetik dalam hati, kenapa sang suami tidak menerima kekurangan diri yang ada? Namun setelah beberapa lama berfikir, saya merenung dan memandang langit biru..Alhamdulillah cuaca yang cerah.. walaupun hati saya sedikit mendung andai saya terlibat dengfan situasi ini..

Lantas saya memandang dengan mata hati dan mencari hikmah yang tersembunyi.. Alhamdulillah.. I got it!!! saya tersenyum sendiri.. Ya benar, bagaimana saya mampu menjadi seorang ibu andai jika saat saya memegang gelaran sebagai isteri, saya masih lagi terbawa-bawa sikap seorang muslimah bujang.. Bagaimana saya mampu untuk menjadi seorang ibu yang mampu melahirkan anak yang soleh/solehah andai saya masih lagi bersikap bukan sebagai ISTERI ORANG.. emmm, saya da dapat mesejnya… saya sedang menghadam tarbiyahnya… ketegasan suami bukan sesuatu yang perlu dipandang sepi dan dilayan dengan rajuk..Peringatan buat diri dan bakal-bakal isteri.. ( saya hanya berbicara bagi pihak muslimah ^_^)

Andai saya isteri itu, saya akan bersyukur punya suami yang tegas dalam mendidik isteri untuk kebaikan dunia dan akhirat.. ^_^

Hakikatnya.. saya menjadi tenang apabila memandang segalanya dengan pandangan yang baik..berbaik sangka dengan pemberian Allah dan  mencari hikmah serta mutiara kebaikan hatta sesuatu itu bukan berlaku kepada diri sendiri.

Berbaik sangka dengan Allah.. Mungkin awalnya kita sangat kecewa atau sedih dengan apa yang berlaku ke atas kita hingga keluarlah madah2 indah menghiasi wall-wall FB , Twitter dan sebagainya. Sehinggakan segala makhluk Allah dikaitkan..

Kala sedih mesti dikaitkan dengan hujan dan kala gembira kaitkan pula dengan matahari..inilah keindahan bahasa melayu tatkala bngsanya mula berpuitis.. ^_^ Puitis sungguh!!! Segala makhluk Allah yang lain dijadikan lambang rasa.. Belum lagi bicara soal bunga, kumbang, madu, tupai, pelangi, daun dan macam-macam lagi.. bahasa menunjukkan bangsa..right??? ^_^

Dalam kita sedih dan dihujani dengan derita, ramai dalam kalangan kita yang bersikap buruk dengan Allah..istighfar… Allah3x..

Bila ditimpa masalah, mulalah berkata “ Allah tak sayang aku..kenapa aku?”
Bila dirundung masalah, mulalah berkata “ memang aku tak layak, Allah dah jadikan aku begini”
Bila dihimpit sengsara, mulalah berkata “ da nasib badan macam ni”

Keluhan demi keluhan dan pasrah tanpa sebab..

Namun hakikatnya keluhan sebegitu adalah terhasil dari orang-orang yang dalam hatinya  sangat kecil sikap berbaik sangka dengan Allah s.w.t..

Kesedihan itu awalnya fitrah tetapi tidaklah perlu untuk dilayan berpanjangan. Takut nanti kita tidak redha menerimanya. Sesuatu yang awalnya dan secara kasarnya suatu yang buruk bagi kita hakikatnya Allah telah mengaturkan sesuatu yang terbaik sesudahnya.. Maka cerah yang tidak berpanjangan itu tidak semestinya menjanjikan hujan yang tak henti-henti.. Lumrah hidup, sesudah cerah maka hujan yang menjengah dan selepasnya cerah kembali menyapa.. kadang kala cerah itu lebih lama menyinari hidup kita cuma kita yang tidak pernah bersyukur dan susah sangatlah nak bersangka baik dengan Allah..alahai manusia… ^_^

Tak perlu sibuk  mencari madah manusia kerana firman Allah lagi lembut belaiannya.. tak percaya?? Lihat ni… ^_^

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 216 :
“Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu”

Tarbiyah Rasulullah juga indah dengan sabdanya :
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu”. (HR Bukhari).

Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Nabi SAW berkata tiga hari sebelum wafatnya :
“Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (HR Muslim)

Maka saya mulakan segalanya dengan berbaik sangka dengan Allah walau sekecewa mana pun saya pada hari itu. saya akui bukan mudah tetapi BELAJAR… oleh itu saya membiarkan air mata mengalir sebagai fitrah namun tidaklah berpanjangan melayan perasaan sebab saya yakin dan berusaha untuk bersangka baik dengan Allah yang Maha Baik.. ^_^

 
Leave a comment

Posted by on July 16, 2012 in BICARA HATI

 

Tak Rugi Pun Bersyukur

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara untuk sekian kalinya..

Alhamdulillah, moga saya dan juga sahabat tidak lupa untuk bersyukur dan terus bersyukur.. tiada asbab atau halangan kenapa kita perlu berhenti memanjatkan syukur atau merasa sombong untuk melafazkan dan menunjukkan rasa syukur pada Allah Yang Maha Pemurah..

Lupakah kita dengan Firman Allah dalam surah As Sajadah ayat 9

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali “bersyukur”

Inginkah kita tergolong dalam kalangan yang sedikit itu?

Bukankah syukur itu memberi kelebihan kepada yang bersyukur bukan kepada yang ditujukan syukur? Tidak percaya?

Lihatlah firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7

” Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu BERSYUKUR, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Dalam surah Al-A’raf ayat 58

Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur”

Dalam surah Al Fathir ayat 30

Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

Maka, hakikatnya kita tidak rugi walau sedikit pun apabila kita bersyukur.Malahan syukur merupakan pelaburan dan jaminan kebaikan dan kebahagiaan yang berpanjangan hatta di dunia atau di akhirat. Namun ramai yang bersyukur atas suatu yang banyak, besar dan nyata memberi keuntungan di dunia tetapi lupa bersyukur  atas nikmat yang tidak dapat dipandang dengan mata tetapi dapat dirasa iaitu nikmat iman, sihat dan akal yang waras. Malahan ada yang tidak bersyukur dengan nikmat hidup..

Buktinya??

Seorang wanita tidak bersyukur dengan kecantikan dirinya sehingakan ingkar untuk menutup auratnya. Lebih suka menjadi tatapan pandangan mata liar yang rakus menganalisis kecantikan seluruh tubuhnya yang tidak tertutup.. Maka berakhir dengan rogol, cabul malahan bunuh..

Seorang lelaki tidak bersyukur dengan nikmat hidupnya sehinggakan menyediakan dirinya ke lembah kehancuran melalui rempit dan dadah.. Maka berakhir dengan kehilangan kaki, parut malahan maut..

Seorang anak tidak bersyukur dengan kehadiran ibu bapa dalam hidupnya sehingga merasakan keluarga sebagai satu institusi yang mengongkong kebebasan diri (remaja) sehinggakan lari dari rumah.. Maka berakhir dengan kehidupan sosial yang sia-sia malahan ada yang menjadi bohsia dan bojan..

Pastinya banyak lagi kan..

Kekadang kita yang berlimu ini juga tidak bersyukur… ^_^ tanyalah hati masing-masing..

Mungkin hakikatnya bersyukur itu suatu yang sukar untuk diamalkan andai hati kita sangat rakus merebut sayap nyamuk.. Sayap nyamuk???! ^_^ Lihat hadis di bawah..

Seandainya dunia itu bernilai di sisi Allah seperti sayap nyamuk, maka orang kafir tidak akan diberi minum walaupun seteguk air daripadanya” (Riwayat al-Tirmizi)

Lihatlah nilai dunia yang menjadi rebutan.. dunia yang membuat ramai manusia tidak dan lupa untuk bersyukur. Saya juga melihat dan pernah terlibat dengan satu kes seorang anak yang tidak kenal erti syukur.. sanggup mencanagkan pada kawan-kawan yang ibu bapanya telah meninggal hanya kerana perasaan marah tatkala ibu bapanya tidak dapat memberikan wang secukupnya pada dirinya..lantas saya bertanya “berapa yang mak ayah selalu beri?” Dia menjawab ” RM500 sebulan”.. Allah, saya dan sahabat sangat terkejut..dia masih tidak bersyukur dengan duit sebanyak itu sedangkan kami meminta duit sebanyak RM150 sebulan pun, hati sudah gelisah meluahkan rasa dan kehendak kepada ibu bapa..

Ada juga seorang remaja yang tidak bersyukur dengan wajahnya.. sanggup menghabiskan duit beratus-ratus untuk membeli cosmetic dan bedak silih berganti.. ^_^ perempuan…hehe..jangan terkejut andai ada yang menabung dan berjimat hanya kerana ingin membuat facial muka yang special.

Kekadang kita sendiri terlepas pandang.. ujian dan kesengsaraan juga suatu yang perlu dinikmati dengan syukur bukan keluhan.. namun ramai antara kita yang meraihkan tarbiyah rabbani ini dengan seribu keluhan.. Allah.. pemberian Allah itu baik atau buruk adalah suatu hadiah.. andai baik, jelas syukurnya..andai tidak baik dengan hikmah sahaja kita boleh memandang baiknya..ibarat mencari harta karun.. andai sabar maka kita akan dapat hasilnya.. maka bersyukurlah walaupun pahit. Bandingkan dengan orang yang lebih susah dari kita.. ^_^.

Syukur itu diwujudkan dalam tiga aspek :

  1. Syukur dengan hati, iaitu menyedari dan menyakini bahwa semua nikmat dan kurnia yang diperolehi merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya.
  2. Syukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya.
  3. Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribada kepada-Nya dan menggunakan kurnia itu untuk kebaikan.

Jangan sombong jadi orang yang BERSYUKUR.. tak susah pun… ^_^ mulalah mendidik hati dengan kaya syukur..

Siapa kita jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w?? Sedangkan kitalah yang patutnya lebih banyak bersyukur.

Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kakinya bengkak-bengkak. Aisyah ra. bertanya kepada Baginda: Mengapa melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang ? Baginda menjawab: Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur ?” (HR Bukhari).

Akhirnya, jom kita hayati hadis ini :

Hadis Nu’man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda “barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala.” 

 
1 Comment

Posted by on July 15, 2012 in AKHLAK ISLAM

 

GOAL!!!!

Dengan lafaz bismillah ku mulakn bicara..

Kemenangan Sabah 3-0 keatas Perak pada SUKMA Pahang 2012.. tak dijangka saya juga terheret sama untuk menjadi salah satu penonton “live” di Stadium Kuantan..pada awalnya, saya memang tak mahu ke sana tetapi memikirkan keselamatan diri di dorm seorang diri dan dalam keadaaan “cuti” ni, terpaksa juga la membawa diri ke sana.. sepanjang perjalanan ke sana, fikiran melayang memikirkan keadaan dan reaksi orang kat sana.. Seperti yang dijangka… sesak dan bising..semua mata memandang keadaan diri yang berpurdah.. Inilah salah satu sebab kenapa saya sangat tidak ingin ke sana melainkan TERPAKSA..

Tetapi dalam keterpaksaan, saya mengambil peluang untuk memerhati keadaan disekeliling.. mungkin ada yang boleh dijadikan iktibar dan sempadan hidup..memandang dengan MATA HATI related dengan IMAN.. moga ada keberkatan dari Allah..

Bola sepak sesuatu yang saya akui seronok juga apabila saya melihatnya secara live dan DIPAKSA untuk melihatnya (itu sahaja yang boleh dipandang ketika itu-pandangan kosong).. melihat mereka bersorak untuk mengekspresikan keterujaan dan kegembiraan mereka.. dan saya hanya memandang betapa seronoknya mereka menikmati setiap tendangan yang dilakukan.. ^_^ saya hanya tersenyum melihat telatah mereka.. dan saya cuba memahaminya… adakah begini juga keterujaan dan kegembiraan sahabat2 nabi apabila mereka mendapat kemenangan dalam medan tempur ?

Memerhati bola yang ditendang ke sana ke sini, pastinya ada yang menepati strategi yang dibincangkan dan mungkin ada juga aksi spontan yang perlu untuk diambil tanpa teragak-agak… Lalu saya memandang bahawa dalam berdakwah adakalanya silibus memainkan peranan dan ada masanya kita perlu bertindak mengikut keadaan dan kesesuaian dakwah kita….

Goaaalllll!!!! Jeritan yang saya dengar dan saya hanya memandang kosong pada skrin besar yang menayangkan adegan semula jaringan dimasukkan… Namun saya teringat, skrin Allah di padang mahsyar nanti..pastinya lebih hebat dan saya jelas melihat segala perbuatan saya di dunia.. mungkin sekarang dalam keadaan ini kita bersorak memandang skrin itu, tetapi pastinya kita tertunduk melihat skrin Allah kelak…

Hari ini.. dalam keterpaksaan ada tarbiyah yang Allah beri.. membiarkan diri melihat dan bersama dengan mereka.. kmenangan malam ini mberi iktibar bhawa saya perlu menang di akhirat kelak..kemengan atas nafsu….  MUJAHADAH….^_^

 
3 Comments

Posted by on July 14, 2012 in BICARA HATI

 

Pakaian zahir Pakaian hati

Memulakan bicara dengan lafaz Basmallah..moga ada keberkatan yang dapat dikongsi..

Seusai jemaah lelaki menunaikan solat, saya bersiap-siap untuk ke bandar bersama seorang sahabat..dengan niat dan tujuan untuk membeli barang keperluan harian yang hampir habis.. Saat bersiap, saya masih lagi terfikir-fikir adakah pakaian yang saya sarungkan ditubuh telah menepati syarat sebagai seorang muslimah.. bukan ingin dilihat cantik tetapi cukuplah sempurna dipandangan Allah..

Firman Allah s.w.t :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” (s.al-a’raaf :26)

Maka saya memilih cantik dipandangan Allah berbanding cantik pada pandangan manusia..^_^

Kuantan Parade.. destinasi yang dituju selepas menemani sahabat ke pejabat pos.. Namun sebelum keluar tadi, senarai barang yang ingin dibeli telah disediakan, begitu juga sahabatku.. pening jugak nak list kan barang yang penting sahaja untuk dibeli.Maklumlah, hati perempuan… Kalau boleh, semua nak dibeli. Tarbiyyah sang suami buat isterinya, maka saya sudah terbiasa menyenaraikan barang yang hendak dibeli dalam kertas kecil sebelum ke kedai atau ke bandar.. Takut perbelanjaan keluar daripada bajet..ELAKKAN PEMBAZIRAN ^_^.. lagipun promosi raya telah pun bermula walaupun ramadhan seminggu lagi.. (budaya masyarakat kita)..

Cuba lihat pula firman-firman Allah berikut:

“Janganlah membukakan tanganmu itu seluas-luasnya (terlalu murah hati), maka nanti kamu jadi tercela dan sengsara.” (al-Isra’: 29)

“Janganlah kamu terlalu boros (dalam membelanjakan hartamu), sesungguhnya orang-orang yang boros itu menjadi kawan-kawan syaitan, sedangkan syaitan kufur (ingkar) kepada Tuhan.” (al-Isra’: 26-27)

“Dan orang-orang yang bila membelanjakan hartanya tiadalah terlalu boros dan tiada pula terlalu kikir, bahkan mereka berlaku sederhana dalam kedua hal itu.” (al-Furqan :67)

Mungkin ramai yang tidak sedar, perbelanjaan sepanjang ramadhan melebihi perbelanjaan bulan-bulan yang lain walaupun kita tidak berbelanja untuk makan di siang hari..

Sepanjang berada dalam KP , rambang mata juga tengok jubah-jubah baru.. terniat nak membeli jubah baru khas untuk raya nanti.. Alhamdulillah, list barangan dan duit yang minima yang dikeluarkan yang hanya cukup untuk membeli barang yang telah disenaraikan sedikit membantu untuk menahan niat daripada membeli barang yang disuka bukan barang yang perlu.. Sambil berjalan mencari barang keperluan, masih lagi berkira2 nak mendapatkan barang yang disuka..^_^ namun diusahakan juga untuk memujuk hati, “bersifat qanaah la wahai diri” 

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana’ah.” (HR Tirmidzi) 

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)

Indahnya muslimah sebagai seorang isteri dan juga ibu andai dia mampu bersikap qanaah dengan apa yang diberikan Allah melalui suaminya… ^_^

Alhamdulillah.. selama tiga jam juga berada di KP untuk membeli barang.. mengambil masa untuk mencari barang dan harga yang terbaik @ murah… Keluar dengan baik dan balik dengan selamat.. Syukur atas perlindunganMu Ya Allah…

Firman Allah s.w.t :
“Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” 

P/S : Tak rugi bersyukur untuk apa pun kebaikan dan perkara baik yang anda lakukan hari ini kerana kita masih diberi peluang untuk melakukannya sebelum kaku di dalam kubur.. ^_^ wallahu a’lam

 
2 Comments

Posted by on July 13, 2012 in BICARA HATI

 

Senggugut ketika Haid..

Assalamualaikum buat muslimah yang disayangi..

Ramai dalam kalangan wanita yang sering mengalami senggugut ketika haid dan saya juga dikelilingi sahabat2 yang sering mengalami senggugut ketika haid dan saya sangat bersimpati terhadap mereka.. Jelas di wajah mereka kesakitan yang amat sangat saat saya menjenguk mereka di bilik asrama. Ada yang tak boleh nak berjalan, lemah badan dan ada juga yang lansung tak boleh bangun dari katil sepanjang hari.. Terpaksa tidak hadir ke kelas/ kuliah. Senggugut sangat2 menarik mood ceria seorang wanita dan pastinya orang disekeliling termasuklah saya sendiri jadi serba salah berhadapan dengan keadaan ini. ^_^ . Namun dalam simpati, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana sepanjang saya mengalami proses “wanita” ni, tak pernah sekali pun saya senggugut..jadi saya lansung tak tahu bagaimana sakitnya sesunggut..

Anda bagaimana pula? Pernah senggugut?

Jom kita sama-sama kenali senggugut ni.. ^_^

 

Apa itu SENGGUGUT?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar ” primary spasmodic dysmenorrhea” dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.

 

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’. Namun pengambilan pil tahan sakit dan sebagainya akan memberi kesan sampingan seperti batu karang dan monopaus awal. Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan kaedah bertungku.

 

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Antara rawatan bagi endometriosis adalah penggunaan ubat hormon progesteron yang boleh memberi kesan sampingan, pembedahan laporoscopy membuang cyst atau membetulkan keadaan retroverted uterus. Bagi yang paling teruk, rawatan terakhir adalah membuang rahim atau ovari.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang apabila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.

Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. Rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

 

Wallahu a’lam.. Semoga bermanfaat untuk semua walaupun tak seberapa.. yang utamanya adalah perkongsian walaupun sedikit.. Bukan sekadar wanita yang kena tahu, lelaki yg bakal jadi suami pun perlu ambil tahu.. ^_^

 
Leave a comment

Posted by on July 12, 2012 in FIQH WANITA